Posts

Showing posts from October, 2012

MID NUFF

PERKAHWINAN DALAM AGAMA SIKH

Image
PERKAHWINAN DALAM AGAMA SIKH Dalam agama Sikh, perkahwinan atau   anand karaj   dianggap suci. Penganut Sikh dimestikan berkahwin kerana perkahwinan adalah penyatuan dua roh menjadi satu. Penyatuan ini disamakan dengan penyatuan antara manusia dengan Tuhan, iaitu satu matlamat penting dalam kehidupan setiap penganut Sikh. Sistem perkahwinan orang Sikh adalah monogami. Perkahwinan dalam masyarakat Sikh penting, malah dimestikan kerana cara hidup berkeluarga atau   grihasth asram   adalah cara hidup yang paling utama dan semula jadi sifatnya. Perkahwinan antara individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan atau endogami dilarang atau tidak digalakkan. Oleh itu, pemilihan menantu biasanya dibuat oleh ibu bapa masing-masing. Masyarakat Sikh mengamalkan bentuk pemilihan pasangan eksogami, iaitu memilih pasangan hidup daripada kelompok yang luar daripadanya, bukan daripada mereka yang ada ikatan persaudaraan. Cara ini dapat meluaskan pengaruh keluarga dan menggalakkan perkembangan

Penghayatan dan amalan nilai-nilai keguruan ke arah pembinaan negara dari aspek kualiti peribadi dan kualiti profesional.

Penghayatan dan amalan nilai-nilai keguruan ke arah pembinaan  negara dari aspek kualiti peribadi dan kualiti profesional. Kita tentu pernah mendengar kenyataan bahawa kecemerlangan seseorang guru tidak terbatas pada kebolehannya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran ( p & p ) dengan baik tetapi juga pada kualiti peribadinya yang tinggi kerana guru diharapkan mempamerkan peribadi contoh kepada pelajarnya. Oleh itu, ketinggian kualiti peribadi guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa depan. Pembinaan modal insan adalah teras kepada kejayaan bangsa dan negara . Ia merangkumi proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Selari dengan aspirasi negara dan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang meletakkan usaha membina budaya baru iaitu berani berlumba, membina prestasi serta memiliki

Peranan dan tangungjawab guru membina negara berlandaskan etika agama dan nilai.

Peranan dan tangungjawab guru membina negara berlandaskan etika   agama dan nilai.  Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu itu. Dari kecil hinggalah menjawat jawatan yang hebat, semua itu adalah hasil ajaran dan didikan guru di sekolah, pun begitu, dunia hari ini semakin maju dan bergerak pantas seiring dengan era ledakan maklumat ini, guru tidak terkecuali merasai tempiasnya. Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh guru semakin mencabar seiring kehendak kerajaan dan PIPP nya yang kita sedia maklum. FPK ( Falsafah Pendidikan Kebangsaan ), Rukun Negara, Wawasan 2020, PIPP ( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ) dan Misi Nasionalnya, semuanya menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain pendekatan dari segi agama haruslah menjadi perkara yang ‘ first and foremost’ dalam diri seorang individu yang bergelar guru itu. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan kepercayaan kepad

Konsep Negara bangsa

1.4 Konsep Negara bangsa   Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut: “...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.” (Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangk

Maksud Etika Profesional

Maksud Etika Profesional Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Skop Etika Profesional 1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan lain-lain. 2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya. 1.3       Etika Perguruan Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Kepentingan Etika Guru Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana: 1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai unt

Definisi dan Konsep Keguruan

PENGENALAN             Profesion Keguruan Dalam Pembinaan Negara Bangsa       1.1          Definisi dan Konsep keguruan Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Mengikut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘keguruan’ pul

KEMAHIRAN ASAS HOKI

Image
KEMAHIRAN ASAS Hoki memerlukan kepantasan, kekuatan, daya tahan dan kemahiran-kemahiran yang menarik untuk menjadikan permainan ini seronok dan mencabar.  Bagi memastikan keseronokan dicapai, kita perlulah mempelajari kemahiran-kemahiran asas dahulu.  Pada tajuk ini, guru pelatih akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas seperti menggelecek, memukul, menguis dan lain-lain lagi. 4.1       MENGGELECEK Menggelecek merupakan kemahiran asas yang perlu di ajar supaya pemain dapat mengawal bola dengan baik.  Terdapat tiga cara untuk menggelecek iaitu: CARA MENGGELECEK BUTIRAN MENGGELECEK menggelecek longgar -        Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar.  Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan. -        Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan. -        Mata memandang bola ketika membuat tolakan. -        Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan k