MID NUFF

Kerja Kursus Falsafah Pendidikan-FPK

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN,

14000, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

SEMESTER 1

FALSAFAH PENDIDIKAN

EDU 3102

NAMA : MUHAMMAD RIDZUAN BIN AZMI

NO. KAD PENGENALAN : 900209-08-5599

KUMPULAN : 3PISMP PJ/PI/PM 2

NAMA PENSYARAH : PN.LATIFAH BINTI OMAR

TARIKH SERAHAN : 29 MAC 2010

PENGAKUAN

Saya mengakui portfolio ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan :

Muhammad Ridzuan Bin Azmi

: Nama penulis

29 MAC 2010

: Tarikh

ISI KANDUNGAN

Kandungan Bil .

Perkara

1.

Penghargaan

2.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

3.

Konsep dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

4.

Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

5.

Peranan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

6.

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap system pendidikan Negara

7.

Refleksi

8.

Bibiliografi

9.

Lampiran

PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya akhirnya dapat menyiapkan kerja kursus bagi „Falsafah Pendidikan di Malaysia‟. Jutaan terima kasih saya tujukan buat Pn.Latifah selaku pensyarah Falsafah Pendidikan yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang penghasilan kerja kursus ini.

Terima kasih juga saya hadiahkan buat kedua ibu bapa saya, serta tutor yang telah banyak memberi dorongan kepada saya selama ini. Tidak lupa buat rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberikan kerjasama pada setiap masa.

Sekian, terima kasih.

Yang Teramat Menghargai,

----------------------------------

(MUHD.RIDZUAN B. AZMI)

1 PISMP PJ-PI-PM

PJ D’RUNNERS

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Rounded Rectangle: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.


KONSEP DAN MATLAMAT   FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

KONSEP DAN MATLAMAT

Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun pesat. Jesteru, negara ini haruslah mempunyai falsafah pendidikannya sendiri. Oleh itu, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen- dokumen dasar dan ideologi negara pada tahun 1988. Kini, dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di Malaysia. Ia menggabungkan matlamat, dasar- dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal,jelas dan logik. Tujuannya ialah untuk menjelaskan secara rasional amalan- amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982 ). – dipetik daripada buku Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk PPPRP4T (2008).

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dinyatakan di atas, maka matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Tujuannya ialah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna, memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

· Percaya dan patuh kepada Tuhan;

· Berilmu pengetahuan;

· Berakhlak mulia;

· Bertanggunggjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;

· Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu;

· Memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum.

Melalui proses pendidikan pula, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga berhasrat untuk melahirkan masyarakat yang:

  • Bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara;
  • Mahir serta cekap serta menjalankan tugas secara produktif;
  • Memahami, menerima mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan;
  • Taat setia pada Raja dan negara;
  • Memahami dan mengamalkan prinsip2 Rukun Negara untuk mewujudkan perpaduan;
  • Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan menyediakan kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

v Dipetik daripada :

- Buku Ilmu pendidikan untuk KPLI sekolah Menengah Semester 1&2 (Edisi Ketiga);

- Buku Pengantar Pendidikan TERAS untuk PISMP Sekolah Rendah.

Di dalam buku Pendidikan Di Malaysia juga ada menyebutkan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Buku ini lebih menekankan peranan guru sebagai agen dalam melaksanakan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Antara matlamatnya seperti berikut:

· Perpaduan kaum dan penghapusan polarisasi kaum.

Pelaksanaan bahasa Malaysia dalam pendidikan merupakan suatu langkah dalam usaha memupuk perpaduan kaum di kalangan pelajar. Dengan penggunaan bahasa Malaysia, secara tidak langsung pelajar dapat berinteraksi di antara satu sama lain. Amalan seperti ini tentu akan meningkatkan lagi persefahaman dan perpaduan di kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum.

· Peneguhan pembentukan sifat kenegaraan.

Proses pendidikan menggalakkan perkembangan diri individu dan orientasi terhadap masyarakat dan negara untuk membolehkannya menjadi warganegara yang berguna, patrioritik dan bertanggunggjawab.

· Penerapan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

Nilai-nilai murni ini terdapat dalam Pendidikan Moral yang diajar di sekolah. Tujuannya ialah menanamkan kepada para pelajar nilai kemanusiaan selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara agar mereka dapat memberi kebaikan kepada masyarakat dan negara.

· Penerapan nilai-nilai Islam.

Penggunaan pengajaran dan contoh tauladan yang terkandung dalam Islam dengan cara yang betul dan sempurna akan menjamin sepenuhnya kebahagiaan umat Islam di dunia dan di akhirat.

· Pembentukan insan harmoni dan seimbang.

Usaha seperti ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggunggjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

· Menanam sifat minat membaca.

Membaca adalah salah satu asas penting dalam pendidikan dan pembelajaran seseorang individu. Ianya sama penting dengan kemahiran menulis dan mengira. Asas 3M ini perlu dititikberatkan untyk kemajuan seterusnya bagi seorang insan.

· Menghapuskan najis dadah.

Najis dadah merupakan musuh negara yang utama. Antara yang banyak terlibat dalam gejala ini adalah golongan belia. Masyarakat seharusnya mengambil peranan dalam menghapuskan najis dadah ini termasuk juga para guru.

· Menanamkan sikap berdikari.

Sifat berdikari ini dapat dipupuk oleh guru dengan pelbagai cara. Antaranya ialah guru hendaklah menyampaikan pelajaran yang memusatkan pelajar. Ini bermakna aktiviti- aktiviti pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah ditekankan. Ini kerana penglibatan pelajar dalam aktiviti kelas dapat memupuk sifat keyakinan dalam diri mereka sekaligus memupuk sifat berdikari di kalangan mereka.

· Penggunaan bahasa baku.

Bahasa baku ialah bahasa yang bersistem, teratur serta mempunyai sistem rujukan betul dan salahnya. Antara fungsinya ialah dapat menyatupadukan rakyat negara ini dan menimbulkan rasa bangsa terhadap nusa dan bangsa.

ELEMEN-ELEMEN DALAM  FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

ELEMEN-ELEMEN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1) Pendidikan suatu usaha berterusan

Pendidikan merupakan suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. Proses ini berlangsung secara berterusan(dari kecil-akhir hayat). Ia jua merupakan pendidikan awal kanak- kanak untuk membentuk asas sahsiah (lingkungan 1-6 tahun). ini kerana sahsiah berkembang sepanjang tempoh sekolah. Apabila tamat persekolahan setiap individu tingkatkan ilmu,kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan berterusan ini uga membantu individu menyesuaikan dgn perubahan.

2) Perkembangan potensi individu

Perkembangkan dan mempertingkatkan bakat, potensi dan kebolehan pelajar amat penting . ia boleh berlaku melalui interaksi sosial (manusia dan alam sekeliling). Daripada pendidikanlah pelajar diberi peluang untuk kembangkan bakat, potensi dan kebolehan.

3) Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Bakat, potensi, kebolehan mesti dihubungkait bagi mengelak pertentangan antara satu sama lain.Peningkatan ini merangkumi 4 aspek iaitu aspek ,Jasmani ,Rohani ,Emosi dan Intelek.

4) Insan yang seimbang dan harmonis

Individu yg mempunyai kesihatan diri yang baik, kerohanian yang kuat iaitu percaya kepada Tuhan dan mempunyai akhlak yang baik , emosi dan sahsiah yg baik serta mempunyai ilmu yg mendalam adalah individu yang seimbang. Ia akan menghasilkan individu yang mampu hidup harmonis dengan diri dan orang lain.

5) Unsur intelek

Setiap individu mesti mempunyai asas 3M (membaca, menulis, mengira). mereka perlu berusaha memperoleh dan mengembang ilmu yang benar. Mereka juga perlu berkemahiran untuk berfikir secara, kreatif ,kritikal dan relektif .disamping itu, mereka perlu berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran.

6) Unsur rohani

Dalam hal ini ,individu perlu menyedari dan percaya kepada tuhan .ini menunjukkan kita bersyukur dengan pemberian tuhan. Seseorang juga perlu berakhlak mulia dan berpegang dengan nilai-nilai murni.

7) Unsur emosi

Setiap individu mesti mempunyai emosi yang matang dan stabil. Selain itu individu juga mesti memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang serta mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.

8 ) Unsur jasmani

Setiap insan harus menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal. Ianya penting bagi mengembangkan bakat dan kemahiran seperti teknikal, manipulatif ,dan sosial. Dan mereka juga harus menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.

9) Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Setiap individu wajib mengakui tentang kewujudan Tuhan. Sebagai Pencipta manusia dan alam.Di samping itu, setiap insan harus menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan.Oleh itu, Individu bertanggungjawab ke atas perbuatan dan tindakannya.Serta mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti.

10) Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Setiap individu perlu menyintai ilmu pengetahuan.Mereka perlu berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca.Serta berfikiran luas dan terbuka.

11) Rakyat Malaysia yang berketrampilan

Rakyat yang berketrampilan mestilah mempunyai kecekapan dan kompetensi diri.Oleh itu, mereka mestilah berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna serta berpandangan jauh dan berinisiatif .

12) Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Setiap individu mestilah mempunyai perwatakan diri yang baik serta berpegang kepada nilai-nilai murni yang baik dan moral prinsip hidup.

13) Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

Individu yang bertanggungjawab boleh dipercayai oleh orang lain .Jesteru, seseorang mesti menyedari bahawa setiap tugas adalah amanah dan mesti dilaksanakan dengan baik.Mereka juga perlu menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap.Di samping itu, mereka harus berusaha meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

14) Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

Untuk mencapai kesejahteraan diri, seseorang mesti berfikiran waras dan berjiwa tenang. Selain itu, peru juga daya ketahanan yang kuat untuk meghadapi cabaran hidup.

15) Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara

Individu perlu berusaha memupuk perpaduan dengan sifat yang baik.Selain itu juga,kita perlu berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan untuk mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara. Oleh itu, kita mesti mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.

16) Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

Setiap individu harus mempunyai daya tahan fizikal & mental serta berkebolehan mengharungi cabaran dlm kehidupan.

17) Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

Dalam hal ini, setiap insan perlu mengamalkan serta menghayati Rukunegara sebagai amalan hidup. Kita juga perlu memupuk persefahaman keluarga mematuhi norma masyarakat semangat cintakan negara.

v Dipetik daripada:

- Buku Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk PPPRP4T (2008);

- Buku Pengantar Pendidikan TERAS untuk PISMP Sekolah Rendah .

PERANAN SEKOLAH   DALAM MEREALISASIKAN   FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

a) PENTADBIRAN

Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah pentadbiran. Pentadbiran sekolah iaitu diketuai oleh guru besar merupakan orang penting dalam memajukan institusi pelajaran di Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan berhubungan dengan guru dan juga murid. Mereka bertanggungjawab menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah, membentuk visi dan misi sekolah yang berlandaskan FPK.

Mengenai kepimpinan, banyak teori telah dikemukakan. Ada teori yang dikemukakan berasaskan sifat peribadi manusia, yang diasaskan kepada ”charisma” seseorang. Kepada setengah orang, perkataan ”kepimpinan” mempunyai erti yang mendalam di mana seseorang pemimpin itu dianggap orang yang boleh mendorong pengikut untuk bekerja kuat menghasilkan sesuatu yang agung. Walau apa pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan semua sifat berikut: pengarah, pendorong, dan pembantu.

Perkembangan semasa memperlihatkan peningkatan peranan guru besar sebagai peneraju utama di sekolah-sekolah. Penyelidikan oleh Morrisson (2005) mendapati bahawa perubahan peranan pentadbir sekolah perlu berlaku dalam aspek-aspek tertentu seperti kepemimpinan, tuntutan kerja, orientasi perniagaan, tanggungjawab, pengurusan sumber manusia, membuat keputusan, komunikasi, kuasa, dan perancangan. Peranan guru besar merupakan antara faktor utama yang akan menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Guru besar yang berkesan mampu mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi cemerlang.

Dalam melaksanakan amanah menyediakan sumber manusia menjelang tahun 2020, fungsi kepemimpinan, pengurusan, dan pentadbiran sekolah menjadi semakin mencabar. Peranan kepemimpinan di peringkat sekolah mestilah dalam bentuk instructional leader yang memainkan peranan tertentu pada tahap serta kedudukan masing-masing untuk melaksanakan sesuatu progam pendidikan. Kepemimpinan pendidikan juga haruslah berperanan sebagai transformational leader iaitu sebagai agen transformasi perubahan.

Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Pemimpin sekolah mestilah juga mampu dan berupaya membimbing guru-guru di bawah pengawasannya untuk menjadi lebih berkesan.

Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepemimpinan yang bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan. Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar merupakan individu yang paling berpengaruh dan bertanggungjawab terhadap sesuatu perubahan.

Di sekolah, banyak cara boleh dijalankan untuk membentuk sifat kepimpinan di kalangan pelajar dan ia termasuklah latihan formal dan latihan tidak formal. Latihan formal ialah latihan yang diperolehi dari kursus, seminar, bengkel dan sebagainya yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sebaliknya, latihan tidak formal boleh didapati dari pengalaman aktitiviti atau kerja-kerja yang dibuat sehari-hariadalah dipercayai latihan-latihan ini akan meningkatkan potensi memimpin seseorang murid. Pihak sekolah boleh menggunakan perbelanjaan untuk program latihan kepimpinan seperti kem persatuan, kem badan beruniform, seminar ataupun kursus yang dapat mencungkil bakat kepimpinan pelajar. Sekolah-sekolah boleh merancang dan mengadakan berbagai bentuk dan cara latihan. Walaupun cara latihan berbeza, tetapi tujuannya adalah sama iaitu membentuk dan menghasilkan pemimpin yang lebih berkesan.

Malah, dalam aktiviti-aktiviti yang berkenaan, guru-guru boleh menunjukkan sifat kepimpinan mereka agar boleh dijadikan sebagai teladan dan contoh kepada pelajar. Guru-guru boleh mengadakan beberapa aktiviti yang mencabar, menarik yang dapat muncungkilkan sifat kepimpinan murid. Contohnya, satu ahli jawatankuasa boleh ditubuhkan dalam sesuatu aktiviti dan setiap pelajar ambil giliran untuk menjawat jawatan dalam jawatankuasa tersebut. Dengan itu, semua murid adalah berpeluang untuk mendapat pengalaman dalam memimpin serta sifat kepimpinan mereka dapat dicungkil.

Sifat kepimpinan yang dipupuk di kalangan murid dapat membentuk pelajar sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Aspek ini adalah penting untuk mewujudkan seseorang murid yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa dan bertindak dalam cara-cara tertentu. Dalam hal ini, murid sebagai pemimpin bagi suatu aktiviti harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang bekerja dengannya, dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Murid juga harus mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa hadapan. Jika berjayanya membentuk sifat kepimpinan seseorang murid yang berkesan, maka dialah seorang yang boleh dipercayai. Mereka akan sentiasa menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik, amanah, bersih dan cekap. Mereka juga senantiasa berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara sebagai tunggak negara dan pemimpin negara pada masa depan.

Murid yang bersifat kepimpinan adalah berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri. Mereka dapat berfikir dengan waras dan berjiwa tenang semasa ingin membuat keputusan atas perkara kerana segala keputusan yang dibuat adalah penting dan adalah demi kepentingan bersama. Malah, mereka juga mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup ketika menghadapi masalah yang muncul tiba-tiba. Daya tahan fizikal dan mental yang tinggi juga dapat dibentuk agar mereka mempunyai ciri-ciri berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup.

Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan murid terletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru besar pula dikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim), atau budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik murid (Rutter et al,1979).

b) BUDAYA SEKOLAH

Selain daripada kandungan kurikulum dan operasi sistem pendidikan, suasana kognitif di sekolah juga dipentingkan. Untuk mewujudkan aspirasi falsafah pendidikan negara, perlu diwujudkan suasana sekolah yang selesa, tenteram, mesra, riang di mana proses pengajaran dan pemelajaran boleh dijalankan dengan lancar.

Budaya sekolah dibahagikan kepada tiga aspek iaitu fizikal, sosial dan penggunaan bahasa. Namun, guru dan pihak sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk budaya sekolah. Dari segi fizikal, kebersihan dan keselamatan dipentingkan. Bangunan dan kawasan sekolah yang bersih serta pakaian pelajar yang kemas dan keindahan kawasan sekolah dengan adanya taman bunga atau hiasan lukisan dinding memberikan keselesaan kepada orang. Keselesaan dapat diwujudkan dengan jadikan gangguan-gangguan kepada proses pengajaran dan pemelajaran pada tahap minimum. Malah, langkah-langkah keselamatan harus diambil dan peraturan keselamatan harus sentiasa digubal demi menjaga keselamatan sekolah dan murid.

Dari segi aspek sosial budaya sekolah pula, pelbagai nilai murni dapat dipupuk di kalangan murid. Contohnya, guru boleh menerangkan kebaikan jika pelajar mengamalkan nilai murni tersebut serta kepentingannya melalui sesi moral atau aktiviti kumpulan yang dijalankan. Dengan itu, semua ahli yang terlibat dapat berinteraksi antara satu sama lain dan banyak pengalaman boleh dipelajari. Contoh nilai murni yang dapat dipelajari adalah seperti hormat-menghormati, kekitaan dan perpaduan, kemesraan dan keriangan serta keadilan.

Dari segi aspek penggunaan bahasa pula, bahasa-bahasa asas haruslah diajar agar murid dapat menguasai asas bahasa untuk bertutur dan menulis. Contohnya penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul di dalam dan di luar bilik darjah mendatangkan faedah. Malah, penggunaan Bahasa Inggeris pula sesuai dalam keadaan yang tertentu.

Unsur intelek dapat diperkembangkan dengan budaya sekolah di kalangan pelajar. Sebagai contohnya budaya membaca buku, membaca surat khabar dan bahan rujukan luar, budaya kaunseling atau budaya sukan, ia dapat membentuk kemahiran asas 3M dalam murid iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan mangamalkan malan tersebut, mereka akan sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar. Malahannya, mereka akan sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran demi menyebarluaskan ilmu. Lama-kelamaan, mereka juga berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif.

Budaya sekolah juga dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Mereka mempunyai perwatakan diri yang baik serta sering berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup seperti yang telah dipupuk dalam budaya sekolah.

c) KO-KURIKULUM

Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aktiviti ko-kurikulum kini menegaskan kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor selaras dengan penerapan nilai-nilai murni agar dapat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif. Pendidikan dan aktiviti kokurikulum adalh berkait rapat kerana ia menentukan corak serta mutu kehidupan individu. Ko-kurikulum merupakan suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Penglibatan murid dalam ko-kurikulum dapat memupuk perkembangan diri pelajar melalui aspek psikomotor, kogmitif dan efektif. Ini juga dapat mengembangkan bakat, potensi dan minat dalam bidang atau kegiatan yang dipilih. Selin itu, dalam objektif perlaksanaan ko-kurikulum, ia dapat meningkatkan penguasaan kemahiran asas murid dalam bidang-bidang yang dipilih, kebolehan mengurus dan kepimpinan. Penglibatan dalam ko-kurikulum turut membantu proses penyuburan diri bagi menjadikan pelajar warganegara cemerlang yang berilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, kebolehan mengurus, dan kebolehan memimpin. Ini boleh memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, keboleahan mengurus dan kebolehan memimpin.

Selain dapat mempertingkatkan lagi keupayaan dan pengiktirafan diri pelajar ke arah kecemerlangan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaaan, ia juga dapat meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini boleh menjadikan pelajar-pelajar individu yang bersifat inovatif dan kreatif di samping meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan mengambilkira pelajar dalam melahirkan budaya cemerlang. Perlaksanaan ko-kurikulum juga meningkatkan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat setempat. Kesemua ini dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat dengan penuh keyakinan.

Guru dan pihak sekolah boleh menerapkan nilai murni dan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis melalui ko-kurikulum. Maka, mereka haruslah memberi tumpuan utama kepada pengembangan watak, peribadi dan sahsiah pelajar. Ia perlu untuk mengupas masalah dan cabaran masa kini dan masa akan datang. Ia juga diperlukan untuk memupuk nilai-nilai kewarganegaraan supaya hasrat untuk mewujudkan perpaduan rakyat dan identiti kebangsaan boleh dicapai. Contohnya, Program Latihan Khidmat Negara membolehkan pelajar belajar untuk berdikari, cerdas berfikir dan mempercepatkan proses pergaulan di kalangan pelajar di samping mewujudkan integrasi di kalangan kaum. Malah, aktiviti lain yang mencabar seperti berkhemah di hutan, berkayak dan sukan membolehkan murid menguasai kemahiran tertentu, mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah serta mewujudkan perpaduan.

Pihak sekolah haruslah menitikberatkan perkembangan ko-kurikulum kerana ia memainkan peranan penting dalam perkembangan potensi murid. Setiap individu telah diberkati Tuhan dengn bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Jadi, guru haruslah mewujudkan peluang untuk mempertingkatkan, mencungkil serta memupuk potensi dan kebolehan mereka. Pada masa yang sama, pendidika seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan agar menjamin perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu. Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek iaitu intelek, rohani, jasmani dan emosi. Maka, bakat, potensi dan kebolehan ini tidak boleh dikembangkan secara berasingan, sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain.

Aktiviti kokurikulum boleh membentuk pelajar sebagai rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Melalui ko-kurikulum, mereka dapat memupuk perpaduan rakyat menerusi sifat toleransi, kekitaan, hormat-menghormati kerana kebanyakkan aktiviti dijalankan dalam kumpulan besar yang merangkumi pelbagai bangsa dan kaum. Dengan adanya nilai-nilai dan sifat tersebut, mereka dapat mengekalkan kestabilan politik negara serta mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara. Malah, mereka juga berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri dengan mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi yang dipupuk semasa aktiviti kokurikulum. Ini menjadikan mereka berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup.

Guru juga boleh melahirkan murid yang berilmu pengetahuan melalui ko-kurikulum kerana biasanya aktiviti ko-kurikulum banyak menguji kemahiran murid. Melalui latihan dan ujian, mereka dapat menguasai kemahiran asas dan mendapat banyak ilmu pengetahuan yang tidak dapat dijumpai dalam buku. Sebagai implikasinya, mereka akan lebih mencintai ilmu pengetahuan serta mempunyai fikiran yang luas dan terbuka. Malahannya, ko-kurikulum dapat melahirkan murid yang berakhlak mulia. Ia dapat membentuk perwatakan diri yang baik dalam sanubari murid agar berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip-prinsip hidup. Jika kita lihat dari unsur jasmani pula, ko-kurikulum dapat menyedarkan murid tentang kepentingan kesihatan. Mereka juga berupaya untuk menggunakan kecergasan fizikal bagi memanfaatkan masyarakat agar dapat mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial.

d) GURU

Masyarakat merayakan sambutan hari guru pada 16 Mei setiap tahun bagi mengiktiraf sumbangan besar mereka dalam pembangunan modal insan yang menjadi tunggak dalam pembinaan masyarakat madani. Peranan guru adalah sesuai dengan tema sambutan hari guru iaitu " Guru penjana modal insan cemerlang". Guru merupakan arkitek sosial bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu malah berperanan untuk merealisasikan transformasi pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menurut Kamus Online Merriam-Webster, ”guru” didefinisikan sebagai ”seorang yang mengajar”. Sinonim-sinonim yang disenaraikan bagi perkataan guru termasuklah ”pendidik”, ”instruktur”, ”ahli pedagogi”, ”jurulatih” dan tutor. Dalam Akta Pendidikan 1996 pula, ”Guru” ertinya seseorang yang mengajar murid di suatu institusi pendidikan. Mereka menyediakan dan mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh, dan termasuklah guru besar atau pengetua.

Sebenarnya, perkhidmatan seseorang guru adalah amat penting serta diperlukan oleh masyarakat untuk mendidik generasi muda. Seseorang guru harus sentiasa mementingkan perkhidmatannya lebih daripada kepentingan diri sendiri. Contoh yang paling nyata ialah apabila guru-guru sekolah rendah mengorbankan masa cuti sekolah untuk menghadiri kursus KBSR serta menyediakan alat bantu mengajar sehingga larut malam.

Sebelum seseorang guru boleh disahkan sebagai guru yang bertauliah, dia juga perlu memperoleh pengetahuan tentang pelbagai jenis teknik dan kaedah pengajaran serta kemahiran pengajaran. Bagi mendapatkan pengetahuan dan kemahiran pengajaran, latihan perguruan disediakan sama ada di maktab-maktab perguruan atau di universiti-universiti. Namun, seseorang guru juga mempunyai autonomi dalam pemilihan strategi, teknik dan kaedah mengajar yang dianggap paling sesuai serta sejajar dengan minat dan kebolehan pelajar. Selain itu, guru juga bertanggungjawab atas keputusan serta tindakan yang dibuatnya. Sekiranya dia telah memutuskan seseorang murid itu perlu dihukum atau didenda, maka dia harus sedia menerima akibatnya.

Sebagai seorang guru, dia haruslah bertanggungjawab terhadap murid-muridnya dengan lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain. Mereka seharusnya bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, keturunan dan agama. Malah, mereka juga haruslah menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada murid.

Seseorang guru juga harus menunjukkan tanggungjawab terhadap ibu bapa dengan berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Mereka haruslah memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara juga penting. Seseorang guru haruslah memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. Guru adalah bertanggungjawab dalam memupuk setiap murid dengan sikap dan nilai yang dapat membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang baik.

Elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menyatakan bahawa pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan. Maka, guru telah memainkan peranan penting dalam mengembangkan pendidikan secara berterusan. Pendidikan ialah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni yang berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Namun, guru haruslah mulai mendidik kanak-kanak dengan memberikan pendidikan awal kanak-kanak bagi membentuk asas sahsiah yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun.

Selain itu, guru dan pihak sekolah juga berperanan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Guru haruslah banyak mendedahkan murid-muridnya kepada ilmu pengetahuan melalui buku atau rujukan serta menerangkan kepada mereka tentang kepentingan ilmu pengetahuan. Malah, guru juga boleh menceriakan suasana pembelajaran dengan menggunakan cara mengajar atau alat bantu mengajar yang lebih menarik untuk menarik minat membaca murid-murid. Dengan itu, dapatlah murid-murid dipupuk dengan semangat cintai ilmu pengetahuan dan sanggup berusaha untuk memupuk budaya ilmu dan budaya membaca. Cara ini juga membolehkan mereka membentuk fikiran yang luas dan terbuka.

e) PRASARANA

Suasana sekolah yang selesa, tenteram, mesra, riang di mana proses pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan dengan lancar perlu diwujudkan dengan membekalkan prasarana yang lengkap.

Sekolah memainkan peranan yang amat penting untuk mendidik dan mengembangkan potensi individu murid-murid supaya menjadi seorang warganegara yang berilmu pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia. Sekolah juga merupakan sebuah tempat untuk bersosialisasi bersama individu lain dengan mengamalkan budaya dan nilai murni yang tinggi selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Jadi kemudahan-kemudahan di sekolah amat penting untuk membantu objektif FPK ini berjaya dilaksanakan.

Kemudahan prasarana yang sedia ada kini perlu diubahsuai atau dinaiktaraf sesuai dengan keadaan masa kini. Perubahan kemudahan-kemudahan ini perlu supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial, secara menyeluruh dan seimbang. Selain itu juga perubahan aktiviti budaya yang kondusif amat sesuai dalam usaha untuk mewujudkan corak pembelajaran yang sihat dan bermakna kepada pelajar.

Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk juga dapat melahirkan pelajar-pelajar yang mencintakan ilmu sekiranya prasarana yang disediakan menarik minat mereka untuk membaca contohnya menyediakan computer cyber yang dilengkapi dengan latihan-latihan atau nota-nota yang berkaitan dengan pelajaran. Secara tidak langsung, daripada kemudahan prasarana yang disediakan dapat membentuk budaya membaca di kalangan mereka.

f) KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, kita difahami bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat Kerajaan terhadap sistem pendidikan Negara ini serta matlamat pendidikan dengan jelas. Oleh itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan haruslah dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidik bagi memastikan hasrat Kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai.

Adalah amat penting agar Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masing-masing. Malahannya, setiap pendidik harus berpegang kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab professional mereka. Dengan itu, barulah profession mereka sebagai seorang guru dapat dijamin dan dikekalkan dan setiap tugasan yang dijalankan adalah bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, mereka juga akan lebih memahami akan fungsi-fungsi pendidikan dan cara-cara yang mereka gunakan semasa dalam proses mendidik pula akan lebih berkesan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah pun ditetapkan dan digubal untuk kepentingan pendidikan negara, kaum pendidik serta murid-murid.

Jadi, sudah pasti matlamat dasar pendidikan Negara akan menjadi satu kenyataan dan bukan hanya satu impian sahaja. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berganding bahu dan bekerjasama untuk menjayakan serta merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana ia merupakan tanggngjawab kita semua.

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN  KEBANGSAAN   TERHADAP   SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat Kerajaan terhadap sistem pendidikan negara ini serta matlamat pendidikan dengan jelas. Dengan itu, para guru haruslah menghayati dan mengusahakan FPK bagi memastikan hasrat Kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai. Dalam hal ini juga, kaum pendidik juga perlu menjadikan FPK sebagai garis panduan dan rujukan semasa menjalankan tugas- tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masing-masing.

Di samping itu, para pendidik hendaklah memainkan peranan aktif dalam merealisasikan FPK. Oleh itu, mereka hendaklah bersifat terbuka terhadap perubahan pesat dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Mereka juga harus menimba ilmu sebanyak yang mungkin dan mempelajari kemahiran-kemahiran baru yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menghadapi dunia pendidikan yang semakin mencabar ini.

Selain daripada itu, para pendidik perlu menyedari bahawa tugas mereka bukan hanya terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja, tetapi mereka juga perlu memberi perhatian serius kepada pembentukan modal insan seperti mana yang diharapkan oleh Kerajaan. Para guru adalah individu yang amat diharapkan oleh masyarakat untuk membimbing generasi akan datang. Jesteru, mereka perlu melakukan perkembangan secara meyeluruh dan seterusnya berupaya menyumbangkan ilmu, kemahiran, masa dan tenaga mereka demi kemaslahatan bersama.

v Dipetik daripada:

- Buku Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk PPPRP4T (2008);

Di dalam buku Ilmu Pendidikan untuk KPLI ( Sekolah Menengah) juga ada menerangkan mengenai implikasi- implikasi kepada sistem pendidikan negara . Antaranya adalah seperti berikut :

* Implikasi terhadap kurikulum

Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Negara . Ini meliputi :

o Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu.

o Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran.

o Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

o Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan kea rah pendidikan umum.

o Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.

* Implikasi terhadap pendidik

Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi :

o Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

o Perubahan professional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia.

* Implikasi terhadap institusi pendidikan

Perubahan organisasi sekolah kearah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi :

o Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial, secara menyeluruh dan seimbang.

o Perubahan aktiviti budaya yang kondusif untuk memupuk nilai- nilai murni dalam jiwa pelajar.

o Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka.

Kesimpulannya, jika para pendidik berpegang kepada Falsafah Pendidikan kebangsaan dalam melaksanakan tugas mereka, maka sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara akan menjadi kenyataan.

REFLEKSI : MUHAMAAD RIDZUAN BIN AZMI

Berdasarkan semua perkara yang telah saya lakukan untuk menghasilkan tugasan ini, saya mulai sedar betapa pentingnya dan betapa perlu kita memahami dan mendalami Falsafah Pendidikan Negara. Sebelum ini secara jujurnya saya tidak mengambil berat mengenai hal ini kerana merasakan tidak mempunyai kaitan dengan diri saya. Tetapi kini saya merasakan saya perlu untuk mendalaminya kerana sayalah yang akan mendokong falsafah ini pada masa hadapan.

Secara dasarnya, matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna disamping melahirkan warganegara Malaysia yang seimbang bukan sahaja jasmani tetapi emosi serta intelek.saya berpendapat falsafah yang digubal ini sesuai dan bertepatan kerana ianya merangkumi semua aspek kehidupan, bukan sahaja dari segi luaran tetapi juga dalaman, serta seiring dan sesuai dengan peredaran zaman.

Sejak dari hari pertama saya diberi tajuk untuk mendalami tentang falsafah ini, saya tidak pernah rasa terbeban malahan saya merasa sangat gembira kerana tajuk yang diberikan pada saya ini dapat member manfaat yang banyak kepada diri saya. Bagi saya, tugasan ini amat sesuai untuk kami lakukan kerana iainya merupakan tunjang dalam profesion perguruan dimana profesion inilah yang akan kami laksanakan pada masa hadapan. Bak kata pepatah, ‘tak kenal maka tak cinta’. Kami perlu mengenal dan menghayati falsafah ini sebaik mungkin supaya kami dapat melaksanakannya dengan cemerlang pada masa hadapan.

Secara kesimpulannya, saya gembira kerana diberi tajuk ini dan sangat gembira kerana Berjaya menyudahkannya dengan baik. Saya berharap tugasan ini cukup untuk memuaskan hati semua pihak.

Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI

Chong Lean Keow (2008), Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia untuk PPPRPET. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Ee Ah Ming (1998), Pendidikan Di Malaysia II (Semester V). Penebit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ibrahim Mamat (1993), Kepimpinan Sekolah, Teori Untuk Praktis. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Gan Tong Hock, (2007). Guru Bereflektif Penjana Modal Insan Gemilang. http://www.scribd.com. Akses pada 20 Februari 2008.

SK Seri Cheding, (2006). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. http://sksc. ppdkualalangat.gov.my/index.php. Akses pada 20 Februari 2008.

Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein, (2005). Pesanan Menteri Pelajaran. http://www.angkasa.coop/pelancar/Arkib/julai05/index.htm. Akses pda 22 Febuari 2008.

Wan Muhammad Wan Ibrahim, (2007). Kenyataan Media JIM - Guru Tonggak Pembinaan Masyarakat Madani http://www.jim.org.my/modules.php?module=akhbar. Akses pada 24 Februari 2008.

LAMPIRAN

Pesanan Menteri Pelajaran Malaysia

(Sedutan Ucapaan Menteri Pelajaran Malaysia, Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein yang disampaikan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian, Puan P. Komala Devi di Hari Koperasi Sekolah 2005, 11 Jun 2005, di Wisma Ungku A. Aziz)

PENUBUHAN koperasi sekolah yang bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan amalan demokrasi, erti berdikari serta menimba pengalaman yang berteraskan falsafah dan prinsip "Bekerja Bersama-sama Demi Manfaat bersama", merupakan satu usaha murni berwawasan. Ini kerana para pelajar dapat memahami dan menghayati nilai-nilai murni dan luhur, seperti demokrasi, berdikari dan bekerjasama, melalui penglibatan mereka dalam aktiviti koperasi.

Para pelajar juga dapat mengamal dan memanfaatkan ilmu dan pengetahuan yang mereka pelajari dalam mata pelajaran Perdagangan, Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas, apabila mereka menguruskan kedai koperasi dan aktiviti koperasi yang lain. Misalnya, dari segi merancang aliran tunai dan menyimpan buku kira-kira. Malah, para pelajar kita juga dapat menimba pelbagai pengalaman dan kemahiran melalui penglibatan mereka dalam koperasi. Berbekalkan pengalaman dan kemahiran ini, akan memudahkan mereka untuk melangkah ke alam pekerjaan kelak.

Perubahan sosial yang pesat di kebanyakan negara termasuk Malaysia sejak tahun 1960-an, telah meningkatkan harapan ibu bapa dan masyarakat terhadap peranan para guru di sekolah. Keadaan ini telah menjadikan sekolah sebagai institusi penting menawarkan pengalaman indah untuk semua pelajar daripada pelbagai keturunan, budaya dan tahap keupayaan fizikal serta intelektual, untuk menimba sebanyak mungkin ilmu kemahiran. Dalam hal ini tanggungjawab ibu bapa dan juga masyarakat terhadap anak-anak, seolah-olah telah berpindah kepada guru-guru di sekolah. Justeru, untuk menangani perubahan ini, pihak sekolah telah merangka pelbagai pendekatan demi memastikan generasi pelajar yang dilahirkan adalah seimbang dari segi emosi, rohani, jasmani dan intelek.

Pendekatan ini termasuklah menyeimbangkan kepentingan kurikulum dan kokurikulum dalam diri pelajar. Hal ini kerana, kita menyedari bahawa bidang kokurikulum semata-mata tidak mampu membentuk generasi pelajar yang terbaik, sepertimana yang kita inginkan. Sebaliknya, penekanan dan sumbangan daripada bidang kokurikulum amat penting untuk membentuk dan mendidik pelajar. Ini termasuklah penglibatan pelajar dalam program koperasi sekolah.

Walaupun terdapat rungutan yang mengatakan para pelajar terlalu dibebankan dengan aktiviti sekolah, tetapi terbukti pada hari ini, para pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik ialah pelajar yang turut cemerlang dalam aktiviti kokurikulum. Saya percaya kecemerlangan para pelajar dalam kedua-dua bidang ini adalah kerana mereka mempunyai iltizam yang kukuh, berupaya mengurus diri dengan baik dan mempunyai tahap disiplin yang tinggi. Sebenarnya, tidak wujud pertalian yang rapat antara aktiviti kokurikulum dengan prestasi yang lemah di kalangan pelajar.

Melalui pelaksanaan koperasi di sekolah, kita dapat memupuk dan memekarkan bakat keusahawanan dalam diri pelajar. Walaupun rakyat Malaysia memiliki bakat dan kemahiran keusahawanan, namun kebanyakan mereka mengenali dunia keusahawanan selepas mereka meninggalkan bangku sekolah, bahkan selepas mereka menamatkan pengajian di universiti, pada hal untuk menjadi usahawan yang berdaya saing dan berdaya maju, mereka perlu memupuk bakat dan membina kemahiran sejak di peringkat awal lagi iaitu semasa mereka di bangku sekolah.

Tokoh-tokoh perniagaan yang tersohor menegaskan, untuk berjaya dalam perniagaan, seseorang itu perlu menceburi dunia perniagaan pada usia muda. Dalam hubungan ini, koperasi sekolah telah menyediakan gelanggang awal untuk bakal usahawan kita iaitu generasi pelajar yang berminat untuk mempersiapkan diri mereka menceburi dunia perniagaan.

Semua pihak perlu melibatkan diri, menyusun serta merancang pelbagai program yang dapat memberikan manfaat kepada para pelajar di sekolah. Dengan peng-libatan semua pihak, tugas para guru serta pihak sekolah akan menjadi lebih mudah. Dalam hal ini, saya berasa berbangga dengan peranan yang telah dimainkan oleh ANGKASA, terutama kepada Pak Ungku yang telah menyediakan pelbagai program pembangunan koperasi sekolah, sekaligus membantu para pelajar untuk mengenali dunia perniagaan tanpa perlu mening-galkan dunia persekolahan mereka. Saya berharap agar semua koperasi sekolah yang ada pada hari ini meningkatkan lagi aktiviti dan operasi masing-masing.

Memandangkan gerakan kope-rasi sekolah dianggotai oleh majoriti para pelajar sekolah, maka koperasi ini mestilah dimajukan serta diurus dan ditadbir dengan baik. Pengu-rusan dan pentadbiran koperasi sekolah mestilah berfokus kepada manfaat dan faedah yang boleh dinikmati oleh para anggotanya. Matlamat keuntungan mestilah seimbang dengan kebajikan anggota koperasi.

Sesungguhnya, kejayaan sesebuah koperasi bukan terletak kepada berapa banyak wang yang disimpan di dalam bank semata-mata, tetapi juga terletak kepada berapa banyak perkhidmatan yang boleh diberikan kepada anggota dan yang penting manfaat kepada para pelajar selaku anggota koperasi. Walau apapun pertimbangan dan keutamaannya, satu pesanan saya :

Pusing gasing tangan kidal
Tali pendek putus sejengkal
Kalau untung bercampur modal
Itu tanda berniaga tak kekal.

Kepada guru-guru yang terlibat dengan pengurusan koperasi sekolah, saya amat menyanjung jasa dan pengorbanan guru-guru untuk memajukan gerakan koperasi sekolah dan seterusnya membimbing para pelajar menjadi ahli koperasi yang berjaya. Walaupun sibuk dengan tugas hakiki, para guru perlu mempunyai iltizam yang tinggi demi memastikan matlamat koperasi sekolah tercapai. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada para guru yang telah bertungkus lumus ke arah itu.

Saya juga berterima kasih kepada ANGKASA yang mengiktiraf pengorbanan dan sumbangan guru-guru koperasi dengan memperkenalkan Anugerah Guru Cemerlang Koperasi sekolah pada hari ini. Dengan pengiktirafan ini, saya yakin guru-guru akan lebih bersemangat untuk memberikan sumbangan mereka kepada koperasi sekolah yang mereka terajui. Begitu juga dengan Anugerah Koperasi Sekolah Terbaik, saya pasti ianya akan menyemarakkan lagi semangat ahli koperasi untuk meningkatkan prestasi koperasi sekolah mereka. Kementerian Pelajaran sentiasa menyokong usaha murni ini.

Untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara, aktiviti kokurikulum harus dirancang dengan sebaik mungkin supaya hasrat untuk melihat generasi yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab akan tercapai. Sebenarnya, penubuhan koperasi di sekolah merupakan salah satu cara ke arah pencapaian matlamat untuk melahirkan generasi cemerlang pada masa akan datang. Justeru, saya menyarankan agar koperasi-koperasi sekolah dapat mempertingkat dan mempelbagaikan aktiviti untuk mengisi masa lapang para pelajar dengan cara yang berfaedah dan sekaligus membasmi gejala sosial, di samping melahirkan generasi yang bertanggungjawab dan berdisiplin.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI