Posts

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

BENTUK HALANGAN YANG WUJUD DAN CARA MENGATASINYA Terdapat pelbagai bentuk halangan yang wujud dalam usaha kerajaan Malaysia untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional di kalangan rakyatnya yang berbilang kaum. Pada masa yang sama kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengatasinya dengan cara yang tersendiri. Berikut adalah halangan-halangan yang wujud dan cara-cara untuk mengatasi halangan kepada perpaduan dan intergrasi nasional.             Halangan pertama kerajaan dalam mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional adalah pergaulan antara kaum-kaum yang berlainan adalah terhad. Masyarakat Malaysia lebih suka bergaul dengan kaum mereka sendiri dan jarang bergaul dengan kaum lain. Sebagai contoh, pelajar-pelajar di sekolah lebih suka berkawan dengan kawan yang sama kaum dengannya. Mereka telah mewujudkan rasa perkauman yang secara langsung menghalang perpaduan dan intergrasi national. Mereka hanya bergaul apabila difikirkan perlu sahaja. Keadaan ini telah

MID NUFF

USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI PERINGKAT SEKOLAH BAGI MENJAYAKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI PERINGKAT SEKOLAH BAGI MENJAYAKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL             Sekolah juga memainkan perana yang besar dalam menjayakan perpaduan dan intergrasi nasional. Keadaan ini berlaku kerana sekolah merupakan asas kepada pembentukan seseorang insan yang boleh mengamalkan nilai perpaduan dan intergrasi nasional. Terdapat pelbagai usaha oleh pihak sekolah untuk menjayakan perpaduan dan intergrasi nasional. Berikut adalah usaha-usaha yang di jalankan di peringkat sekolah untuk menjayakan perpaduan dan intergrasi nasional. Pertama adalah menjalankan aktiviti gotong-royang di dalam sekolah. Aktiviti gotong royong didalam sekolah akan membawa kepada perpaduan dan intergrasi nasional kerana pelajar-pelajar dan guru-guru akan menolong bersama-sama membersihkan kawasan sekolah. Pada masa yang sama mereka akan berinteraksi di antara satu sama lain serta mengenali rakan yang tidak dikenali. Keadaan ini secara tidak langsung telah mewujudkan

USAHA DAN STRATEGI KERAJAAN BAGI MEMANTAPKAN USAHA MENCAPAI PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL

USAHA DAN STRATEGI KERAJAAN BAGI MEMANTAPKAN USAHA MENCAPAI PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL             Kerajaan Malaysia tahu akan bertapa penting wujudnya perpaduan dan intergrasi national dikalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum dan etnik yang mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza-beza. Maka kerajaan Malaysia telah melaksanakan   beberapa usaha dan strategi untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional didalam negara. U saha dan strategi kerajaan Malaysia untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional didalam negara dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu politik, ekonomi,dan sosial. 1. Politik             Malaysia telah mula mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional melalui sudut politik semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan. Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), “ Malaysia adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Perkara utama mengapa Malaysia

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

FORUM 6 Tajuk : Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam   pendidikan Ahli     : Moderator     = Muhammad Ridzuan Bin Azmi   Ahli Panel 1   = Muhammad Safran Bin Che Hassan   Ahli Panel 2   = Muhammad Nor Khairul Azam Bin Mohd Zin   Ahli Panel 3   = Muhammad Zulhime Bin Hazman Bismillahhirrohmanirrahim..Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Syukur kepada Ilahi, kerana dengan izin-Nya, dapat kita bersua kali ini di dalam satu forum ilmiah, bagi membincangkan berkenaan salah satu isu yang berlaku di dalam bidang penididikan pada masa kini. Sebelum itu saya ingin mengalukan kehadiran tuan puan pada majlis kita pada hari ini. Semoga kita semua akan memperoleh manfaat yang berguna daripada forum ini. InsyaAllah.   Tajuk forum kita pada hari ini berkisar mengenai isu dan cabaran pendidikan semasa, yang berfokuskan kepada pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan . Sebagai pembuka bicara, izinkan saya menyam

Kesan Integrasi Nasional Kepada Masyarakat

Kesan Integrasi Nasional Kepada Masyarakat Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan masyarakat yang bersatu padu dan hidup dalam suasana yang harmoni. Integrasi nasioanal telah dapat memupuk semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit dalam masyarakat hari ini. Ini dapat dibuktikan daripada interaksi yang baik yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia baik antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para pelajar yang terdiri dengan pelbagai kaum dapat belajar dalam satu sekolah yang sama.            Tujuan penubuhan Sekolah Wawasan ialah untuk mengeratkan perpaduan yang sudah sedia ada terjalin kukuh dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi iaitu di