MID NUFF

Dasar Pendidikan Negara, Kupasan Dasar Pendidikan Negara


Dasar Pendidikan Negara
Pada umumnya dasar pendidikan negara digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet, Kerajaan dan Kementerian Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa. Tujuannya ialah membentuk satu sistem pendidikan yang seragam menyeluruh dan diterima pakai seluruh negara.
Pengubalan  ini satu usaha yang rumit. Ia harus dilakukan dengan teliti, dibuat kajian dan dilihat pelbagai sudut. Sesuatu dasar yang digubal itu dijadikan satu kod etika atau amalan dalam pendidikan supaya ia tidak berlaku penyelewengan. Dasar pendidikan merupakan satu sistem rangkaian maklumat atau media yang menjelmakan idealisme, falsafah, matlamat dan objektif pendidikan negara. Ini bermaksud meliputi ruang lingkup pelbagai aspek dan elemen dalam masyarakat iaitu sosial,politik, adat resam, agama, hak, ketatasusilaan, kewarganegaraan, bahasa dan sebagainya. Ia juga mengambil kira kepelbagaian atau variasi budaya, etnik dan kedudukan geografi. Usaha ini menjurus kepada matlamat mencapai integrasi nasional.

Selain daripada itu dasar pendidikan yang digubal memberi tumpuan berbagai aspek dan komponen dalam sistem pendidikan termasuk perkara pendidikan formal, jenis pendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan agihan insfrastuktur. Dasar itu diberi perhatian untuk memastikan pengukuhan prinsip demokrasi, kesamarataan dan kesejagatan dalam pendidikan.

         Selepas merdeka kerajaan yang memerintah telah menyusun semula  sistem pendidikan . dasar-dasar pendidikan yang  ada diperkukuhkan dalam perlembagaan dan undang-undang . Dasar yang digubal diperakukan oleh undang-undang supaya ia lebih telus dan mengelakkan salah faham  serta hak dan keistimewaan golongan masyarakat yang lain.

Golongan yang dipertanggungjawabkan mengubal dasar ialah golongan yang diberi kuasa oleh kerajaan. Golongan yang dimaksudkan ialah pemimpin , pemerintah atau pentadbir. Tujuan dasar itu digubal bagi melindungi hak, status, prestij dan faedah bagi seluruh organisasi atau masyarakat. Dalam membentuk dasar tersebut ada unsur tekanan dan desakan agar dasar itu  menjadi amalan dan menjamin kejayaan perlaksanaannya. Sesetengah dasar kerajaan dinyatakan secara formal dalam dokumen-dokumen urusan pentadbiran. Sebagaimana kita ketahui dasar pemerintah negara dapat dilihat pada undang-undang dan perlembagaan yang telah didaulatkan.

Dilihat aspek pendidikan sesetengah negara di dunia pengubalan dasar pendidikan mengambil kira berbagai-bagai aspek kehidupan masyarakat. Sama ada pendidikan formal atau tidak formal  dianggap agen yang dipertanggungjawabkan untuk proses sosialisasi dan pembudayaan ahli-ahli masyarakat khususnya generasi yang akan datang. Perubahan dasar ini tidak pula melangsungkan perubahan seluruh sistem pendidikan ia hanya berbentuk pengukuhan atau pemantapan kepada dasar-dasar yang sedia wujud.
Elemen yang mempengaruhi unsur dasar pendidikan ialah masyarakat. Masyarakat  sebagai  penentu kepada sistem pendidikan kerana ia bersangkutan ideologi negara iaitu sama ada ideologi demokrasi sosiolis, kapitalis, totalitarian, autorian, marxis, komunis dan Islam. Selain daripada itu yang dilihat dari aspek  orientasi sosial ,orientasi ekonomi, orientasi politik, orientasi pembangunan, fahaman agama kepelbagaian kaum, teknologi dan pengaruh perkembangan antarabangsa.


Oleh demikian pengubalan dasar dan keputusan mengenai urusan pendidikan negara ini dilakukan pada peringkat pusat tertinggi iaitu Kementerian Pendidikan melalui Sistem Jawatankuasa yang dianggotai oleh tujuh buah jawatankuasa. Jawatankuasa ialah Jawatan kuasa Perancangan Pendidikan ahli-ahli anggotanya ialah Menteri Pendidikan ( Pengerusi ) Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan, Ketua pengarah dan dua oarang timbalannya, Ketua Setiausaha dan dua orang timbalannya, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelididikan ialah Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Bahagian Pendidikan Tinggi, Jawatankuasa Pembangunan, Jawatankuasa Buku Teks, Jawatankuasa Kewangan dan Jawatankuasa Biasiswa dan Latihan.
Dasar-dasar baru yang ingin dilaksanakan diumumkan secara langsung oleh Menteri Pendidikan atau melalui pekeliling-pekeliling rasmi ke Bahagian-Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Sekolah-Sekolah.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak