MID NUFF

KBSR dan KBSM dalam pembentukan Integrasi Nasional di Malaysia


KBSR  dan KBSM dalam pembentukan Integrasi Nasional  di Malaysia

       Kurikulum Baru  Sekolah Rendah (KBSR)  dan  Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dirancang  untuk  memenuhi  atau untuk  mencerminkan kehendak Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan dalam  usaha untuk  melahirkan masyarakat  Malaysia yang sempurna dan mempunyai keperibadian yang tinggi seperti  kepercayaan kepada  Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,  setia  kepada  negara, memberi  sumbangan kepada  kemajuan  Negara  serta mempunyai  semangat perpaduan  dan integrasi nasional yang tinggi antara kaum.  Integrasi  nasional  antara  kaum adalah  antara aspek  penting  yang perlu ditekankan dalam masyarakat  Malaysia  yang  berbilang kaum. Tanpa  semangat perpaduan, pasti kemajuan dan pembamgunan  negara akan  terjejas dan akhirnya akan menyebabkan  berlakunya  konflik  dan  perpecahan kaum. Untuk  memupuk  perpaduan dalam kalangan rakyat  yang berbilang kaum ini, prasangka yang  bersifat  perkauman  atau  prejudis  semestinya dikikis  dan  dihapuskan daripada  diri  setiap  masyarakat Malaysia. Dalam  hal ini,  sikap  toleransi harus sentiasa  diamalkan. Di samping itu,  perbezaan kebudayaan, pendidikan, sosial dan  ekonomi  tidak  harus dibiarkan berlarutan atau  menjadi batu  penghalang terhadap  usaha  kerajaan  untuk  memupuk  semangat perpaduan di kalangan warganegaranya.  Malah,  sebagai rakyat Malaysia kita   harus  berusaha  merapatkan jurang perbezaan ini bagi  mewujudkan masyarakat Malaysia  yang  bersatu padu, harmonis dan sejahtera.

  Dalam  usaha untuk membina  suatu sistem  pendidikan yang  berdasarkan  perpaduan, lima prinsip  Rukun Negara  perlu  diterapkan dalam  Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan. Semua perancangan kurikulum sekolah  iaitu  KBSR dan KBSM  adalah  mempunyai perkaitan dengan prinsip Rukun Negara. Penerapan prinsip Rukun Negara dalam KBSR dan KBSM adalah atas  kesedaran  bahawa  sekolah merupakan agen yang  boleh  menjalankan tugas penyebaran  ilmu pengetahuan dan  pembentukan akhlak yang baik dalam  proses pendidikan  serta murid  dapat  mengamalkannya   dalam  kehidupan harian mereka  demi  mewujudkan perpaduan  antara  kaum. Oleh itu,  semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran termasuk aktiviti  kokurikulum harus menekankan unsur  integrasi nasional. Dalam situasi ini, pemilihan  mata pelajaran  yang  terkandung  dalam KBSR dan KBSM seperti mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Sejarah adalah  contoh beberapa mata pelajaran yang menitikberatkan  perpaduan dikalangan kaum di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI