MID NUFF

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA


BENTUK HALANGAN YANG WUJUD DAN CARA MENGATASINYA

Terdapat pelbagai bentuk halangan yang wujud dalam usaha kerajaan Malaysia untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional di kalangan rakyatnya yang berbilang kaum. Pada masa yang sama kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengatasinya dengan cara yang tersendiri. Berikut adalah halangan-halangan yang wujud dan cara-cara untuk mengatasi halangan kepada perpaduan dan intergrasi nasional.

            Halangan pertama kerajaan dalam mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional adalah pergaulan antara kaum-kaum yang berlainan adalah terhad. Masyarakat Malaysia lebih suka bergaul dengan kaum mereka sendiri dan jarang bergaul dengan kaum lain. Sebagai contoh, pelajar-pelajar di sekolah lebih suka berkawan dengan kawan yang sama kaum dengannya. Mereka telah mewujudkan rasa perkauman yang secara langsung menghalang perpaduan dan intergrasi national. Mereka hanya bergaul apabila difikirkan perlu sahaja. Keadaan ini telah menunjukkan satu jurang yang jauh wujud dalam interaksi kaum-kaum di Malaysia.

  Untuk mengatasi masalah pergaulan antara kaum-kaum yang terhad, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Wawasan untuk memupuk konsep perpaduan di kalangan pelajar. Sekolah Wawasan merupakan gabungan tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) di bawah suatu kawasan yang sama di mana ketiga-tiga jenis sekolah ini berkongsi segala kemudahan yang disediakan. Sekolah Wawasan ini diadakan untuk menggalakkan pergaulan serta persefahaman di antara tiga kaum ini.  Dengan wujudnya ketiga-tiga kaum dalam satu sekolah sudah tentu masalah pergaulan antara kaum-kaum yang terhad dapat diatasi kerana pelajar-pelajar yang berlainan kaum akan berkongsi menggunakan kemudahan yang disediakan dan secara tidak langsung akan bergaul dan memahami diantara satu sama lain. Wujudnya suasana seperti ini, maka perpaduan akan dapat diwujudkan.

Seterusnya adalah halangan dari segi perbezaan agama, budaya dan adat resam masyarakat Malaysia yang pelbagai. Menurut (http://www.ids.org.my/publications/ResearchPaper/ReportUndertaken/Socialdevelopment/Report26.htm) setiap kaum di Malaysia mempunyai agama, budaya, adat resam serta kepercayaan yang tersendiri. Maka, ini telah mewujudkan perbezaan pendapat di antara kaum-kaum. Keadaan ini berlaku kerana terdapat percanggahan pendapat di antara kaum-kaum tertentu seperti penganut agama Hindu tidak memakan lembu kerana di anggap sebagai haiwan suci tetapi penganut agama Kristian dan Islam memakan lembu. Begitu juga dengan penganut agama Islam yang tidak memakan babi tetapi penganut agama Hindu dan Kristian boleh memakan babi. Maka timbullah perbezaan pendapat di antara mereka yang mungkin akan membawa kepada perbalahan antara kaum. Keadaan ini sememangnya telah menghalang perpaduan dan intergrasi national.

Untuk mengatasi masalah halangan dari segi perbezaan agama, budaya dan adat resam, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan perkongsian budaya di kalangan masyarakatnya. Melalui perkongsian budaya, setiap golongan masyarakat akan lebih memahami adat resam dan kepercayaan kaum-kaum lain. Mereka juga akan lebih menghormati serta bertoleransi antara satu sama lain agar tidak menyinggung perasaan individu yang lain. Contohnya, perkongsian budaya yang telah dilaksanakan adalah melalui Rumah Terbuka semasa musim perayaan bagi setiap kaum. Contohnya, rumah terbuka semasa Tahun Baru Cina dimana kaum-kaum lain seperti India dan Melayu akan di jemput untuk meraikan bersama kaum Cina dengan mengziarahi rumah orang Cina. Keadaan ini akan memperkenalkan budaya kaum Cina kepada kaum-kaum lain dan mereka akan lebih memahami budaya kaum Cina. Perkara ini akan menyebabkan kaum-kaum mencapai perpaduan dan intergrasi national.

Halangan seterusnya adalah perbezaan status ekonomi masyarakat Malaysia berdasarkan kaum. Perkembangan penjajahan di abad ke-19 telah membawa perubahan yang besar kepada komposisi penduduk. Orang Cina dan orang India telah dibawa masuk untuk mengusahakan sektor perlombongan serta perladangan. Masalah ini jelas kelihatan kerana British telah mengasingkan kaum-kaum di tempat-tempat tertentu iaitu orang Melayu tinggal di kawasan desa atau pinggir bandar, orang Cina di kawasan Bandar dan orang India di kawasan ladang. Keadaan pola pendudukan yang berbeza ini secara tidak langsung mewujudkan perbezaan status ekonomi bagi setiap kaum dimana orang Cina adalah peniaga, orang India ialah penoreh getah dan orang Melayu adalah pesawah. Ini akan menghalang proses perpaduan dan intergrasi national kerana status ekonomi dan tempat tinggal mereka adalah berbeza,

Untuk mengatasi masalah perbezaan status ekonomi masyarakat Malaysia berdasarkan kaum, kerajaan Malaysia menyusun semula masyarakatnya dalam Dasar Ekonomi Baru. Melalui Dasar Ekonomi Baru ini, jurang ekonomi diantara kaum telah dikurangkan dan pengagihan pendapatan berlaku dengan lebih baik. Keadaan ini telah mengatasi masalah perbezaan status ekonomi berdasarkan kaum dan membawa kepada perpaduan dan intergrasi nasional kerana masalah status ekonomi dan tempat tinggal tidak wujud lagi dikalangan kaum-kaum. Maka mereka boleh berinteraksi di antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan status.

Halangan yang seterusnya adalah kewujudan surat khabar pelbagai bahasa boleh menyemarakkan semangat perkauman di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Terdapat surat khabar yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu, Cina, Inggeris dan Tamil. Surat khabar pelbagai bahasa ini telah menjarakkan jurang pemisahan antara kaum-kaum di Malaysia kerana setiap kaum ingin menonjolkan berita, budaya dan perkembangan yang berlaku di sekitar kelompok kaum mereka sendiri dan di negara asal mereka. Ini menguatkan lagi semangat kecintaan terhadap tanah air dan kaum mereka sahaja. Perkembangan dan semangat yang negatif ini tidak dapat membantu mereka memahami bahasa, budaya dan sensitiviti kaum lain. Keadaan ini akan membawa unsur-unsur perkauman dikalangan mereka yang akan menghalang usaha perpaduan dan intergrasi national kerajaan.

Kerajaan telah mengambil langkah untuk memastikan kewujudan surat khabar pelbagai bahasa tidak menghasilkan penerbitan yang boleh membawa kepada masalah perkauman seperti melarang penerbitan yang mencaci agama dan kepercayaan kaum lain. Pada masa yang sama kerajaan tidak menggalakkan mereka menerbitkan penulisan yang hanya bercorakkan negara luar tetapi digalakkan untuk menulis artikel yang bercorak Malaysia dan mempunyai nilai perpaduan dan intergrasi national. Penerbitan surat khabar yang bercorak Malaysia dan mempunyai nilai perpaduan dan intergrasi national ini akan membantu usaha kerajaan untuk menjayakan perpaduan dan intergrasi nasional kerana surat khabar adalah media perantaran yang terbaik kepada masyarakat.

Halangan seterusnya adalah kebanyakan anak-anak muda pada masa kini tidak mempunyai kesedaran tentang bertapa pentingnya perpaduan dan intergrasi nasional. Mereka tidak lagi mahu mengamalkan perpaduan dan lebih suka kepada membuat kerja mereka sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Sikap negatif ini akan menghalang usaha kerajaan untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi national.

Cara  mengatasi masalah sikap negatif anak-anak muda ini adalah mengajar mata pelajaran sivik di sekolah. Mata pelajaran sivik seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral diajarkan di sekolah bagi menerapkan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, toleransi dan kerjasama kepada pelajar-pelajar. Melalui mata pelajaran ini, pelajar akan lebih memahami konsep dan kepentingan perpaduan di dalam negara serta akan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Keadaan ini secara langsung akan mengatasi masalah sikap negatif anak-anak muda di sekolah dan menjayakan usaha perpaduan dan intergrasi national kerajaan.

Comments

  1. boleh tak tambah halangan lain iaitu berpunca daripada politik dan cara mengatasinya?

    ReplyDelete
  2. Extra Super M Force contains two active ingredients, Sildenafil Citrate 100mg and Dapoxetine 100mg, which work together to improve sensual function in men.
    Men ED Treatment Pills Low Price

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

Pengertian Akhlak