MID NUFF

Interaksi antara kaum


Interaksi antara kaum

Malaysia mempunyai 3 kaum utama iaitu Melayu,Cina dan India serta kaum-kaum minoriti seperti Orang Asli,Kadazan,Bajau dan Penan.Setiap kaum ini berada di pelusuk negara dan mereka ada yang berada di bandar,kampung,serta kawasan pedalaman. Oleh yang demikian, akibat perbezaan tempat ini menyebabkan interaksi antara kaum tidak dapat berlaku dengan baik mahupun tiada langsung interaksi.Masalah ini merupakan masalah yang amat kritikal dan menjadi agenda utama bagi sesebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum untuk mancapai hasrat negara.

Tahap integrasi kaum di negara ini adalah pada tahap ‘functional’,di mana masyarakat berinteraksi disebabkan oleh keadaan atau pun situasi tertentu.Contohnya interaksi di tempat kerja adalah disebabkan tugasan masing-masing. Walau bagaimanpun,tahap ‘empathetic’secara berinteraksi secara jujur,ikhlas,kasih saying dan saling faham memahami adalaha jarang berlaku di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.Perpaduan dan integrasi nasional yang kukuh memerlukan kekuatan hubungan kaum yang berpaksi pada toleransi dan persefahaman yang tinggi yang akhirnya akan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Hal ini perlu dibincangkan kerana Integrasi Nasional juga mempengaruhi dalam sistem pendidikan.Apabila terdapat pelbagai budaya,maka timbullah pelbagai sekolah yang pelbagai aliran.Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina ,Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil serta Sekolah Kebangsaan. Apabila wujudnya masalah ini, benteng untuk integrasi akan terhasil dan menyebabkan peluang interaksi antara kaum juga tidak akan wujud.Persefahaman memerlukan interaksi yang lama untuk diertikan. Bukan mudah untuk membentuk kesepaduan daripada kaum yang berbeza kepercayaan dan amalan budaya.

Semangat perpaduan dan integrasi antara kaum amat penting diluntur pada usia muda seawal kanak-kanak.  Ini bagi melahirkan satu suasana kesefahaman dan toleransi yang sebenar.Apabila nilai-nilai yang positif dibentuk pada usia ini,mereka akan dapat meneruskan kerana telah dilatih untuk menjadi warga yang memahami kepelbagaian kaum.Kanak-kanak adalah usia yang mudah dibentuk,mereka tidaka pandai untuk menipu dan kejujuran dalam hubungan antara kaum akan kelihatan dengan jelas.
Akhir kata, isu interaksi antara kaum merupakan isu yang penting.bagi melahirkan satu negara yang berdiri di bawah satu paksi Perlembagaan dan Rukun Negara yang maju dan disegani oleh dunia. Sistem pendidikan negara perlu diubah an ditambah nilai dari aspek integrasi agar hasrat Satu Malaysia akan tercapai. Sistem pendidikan merupakan asas untuk mencapai cita-cita tersebut.Seperti pepatah berkata, sepohon pokok tidak akan berdiri tegak jika akarnya tidak kuat.Ini menunjukkan bahawa integrasi adalah asas yang mengukuhkan semangat  bangsa Malaysia.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak