MID NUFF

USAHA DAN STRATEGI KERAJAAN BAGI MEMANTAPKAN USAHA MENCAPAI PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL


USAHA DAN STRATEGI KERAJAAN BAGI MEMANTAPKAN USAHA MENCAPAI PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL

            Kerajaan Malaysia tahu akan bertapa penting wujudnya perpaduan dan intergrasi national dikalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum dan etnik yang mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza-beza. Maka kerajaan Malaysia telah melaksanakan  beberapa usaha dan strategi untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional didalam negara. Usaha dan strategi kerajaan Malaysia untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional didalam negara dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu politik, ekonomi,dan sosial.

1. Politik

            Malaysia telah mula mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional melalui sudut politik semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan. Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), “Malaysia adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Perkara utama mengapa Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen adalah galakan British semasa memberi kemerdekaan, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan sistem ini memberi peluang dalam penganutan agama oleh kaum-kaum tertentu.” Dalam Kerajaan Demokrasi Berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih pemerintah negara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti politik yang memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah negara. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) “satu cara untik mewujudkan perpaduan politik negara adalah menerusi konsensus atau persetujuan. Ini bermakna kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah atas pilihan dan persetujuan rakyat melalui pilihan raya”. Di sini parti politik Barisan Nasional menjadi pemerintah kerana memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan. Keadaan ini berlaku kerana Barisan Nasional adalah satu parti politik yang terdiri daripada gabungan UMNO wakil Melayu, MCA wakil Cina dan MIC wakil India yang melambangkan perpaduan antara tiga parti-parti etnik di Malaysia. Parti Barisan Nasional yang mewakili pelbagai kaum ini telah melambangkan wujudnya perpaduan dan intergasi nasional dikalangan pemimpin kerana mereka akan mendengar suara rakyat dari pelbagai kaum dan bukannya satu kaum. Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang terdiri daripada pelbagai kaum ini telah memberi peluang kepada semua kaum menjalankan pemerintahan. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa tidak wujud diskrimasi kaum dalam konteks politik Malaysia kerana terdapat perwakilan daripada semua kaum dalam Barisan Nasional. Parti-parti kaum yang mewakili kaum masing-masing dalam Barisan Nasional akan bekerjasama untuk membangunkan negara secara langsung akan mewujudkan perpaduan politik diantara mereka. Pada masa kini, Barisan National bukan lagi hanya diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC tetapi terdapat banyak lagi parti politik kaum lain yang pada masa dahulu yang menjadi pembangkang telah bergabung bersama untuk memerintah Malaysia. Penggabungan parti-parti politik ini menimbulkan semangat perpaduan politik di bawah satu ideologi yang sama walaupun terdiri daripada pelbagai kaum serta menggalakkan kerjasama, interaksi dan saling tolak ansur sesama ahli.

  1. Ekonomi
Proses perkembangan ekonomi dirangka untuk membolehkan semua kaum menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) “Proses ini telah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai objektif untuk membasmi kemiskinan dan untuk menyusun semula masyarakat. DEB mempunyai dua matlamat yang utama iaitu pengambilan pekerja-pekerja di pelbagai sektor ekonomi dan di semua peringkat pekerjaan serta hakmilik harta-harta produktif yang terdapat di dalam Negara ini disusun semula supaya pada tahun1990 orang Melayu akan dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah hakmilik tersebut.” Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan telah menggunakan DEB sebagai satu dasar untuk menggerakkan rakyat untuk bersatupadu melalui penyusunan semula masyarakat. Melalui DEB, peluang pekerjaan yang luas diwujudkan dan pendapatan rakyat diseimbangkan untuk mengurangkan jurang perbezaan diantara etnik-etnik dan kawasan bandar dengan luar bandar. Dengan terhapusnya perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat mewujudkan perpaduan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi di samping meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi Negara.

  1. Sosial
Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “pembangunan sosial adalah penting ke arah pembangunan dan perpaduan negara. Pembangunan sosial dijalankan dalam bentuk pendidikan dan penglibatan aktiviti sosial.” Maka kerajaan perlulah memastikan pembangunan sosial dijalankan dengan sempurna iaitu melalui aplikasi Rukun Negara, pendidikan dan Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan.

Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “Untuk menyatupadukan rakyat, negara memerlukan satu ideologi iaitu Rukun Negara di mana ia dapat didefinisikan sebagai Ideologi Negara Malaysia.” Rukun Negara penting kerana ia merupakan asas perpaduan rakyat. Ia juga merupakan landasan yang menentukan hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi satu lambang yang merupakan bentuk rupa masyarakat dan bangsa yang dikehendaki oleh rakyat. Penerimaan rakyat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara akan dapat membantu melahirkan perpaduan sosial antara satu sama lain. Melalui amalan-amalan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara di kalangan rakyat ini akan dapat menjamin kewujudan sistem kerajaan yang bersifat demokratik dan stabil. Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan mencipta Rukun Negara untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan masyarakatnya yang berbagai kaum dengan memberi mereka penghayatan dan menggunakan Rukun Negara sebagai satu cara untuk memimpin mereka ke arah perpaduan intergrasi nasional.

                  Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006)  
   
   “Pendidikan adalah alat penting bagi Malaysia untuk memupuk dan menanam semangat perpaduan di kalangan generasi muda terutamanya bagi kanak-kanak dibangku sekolah.” 

       Ini adalah penting kerana generasi muda inilah yang akan membentuk negara Malaysia pada masa depan sama ada masyarakatnya bersatu atau sebaliknya. Maka kerajaan telah membuat pelbagai dasar dalam pendidikan untuk memastikan generasi muda dapat memupuk perpaduan didalam sistem pendidikan didalam sekolah. Sehingga Penyata Razak 1956, tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Kewujudan sistem sekolah berbilang bahasa telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan.

      "Perpaduan masyarakat melalui pendidikan hanya dapat dicapai melalui sistem persekolahan dengan kurikulum yang sama untuk semua kaum." 

   Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), 

   “Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk menyatu padu semua kaum dan menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan negara.” 

    Kerajaan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa penghantar yang utama. Bahasa kebangsaan merupakan alat perhubungan dan perpaduan yang penting bagi negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) 

    “Perkara 152 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa Malaysia selepas 1969 adalah bahasa kebangsaan negara. Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan bagi memaju dan memperkayakan Bahasa Melayu.  Kerajaan telah mewujudkan Kempen Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa bagi menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu oleh semua kaum. Cogan kata, “Bahasa Jiwa Bangsa” dilancarkan pada tahun 1960. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.” 

    Keadaan ini telah menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium untuk mewujudkan perpaduan intergrasi nasional. Kerajaan mengaplikasikannya di sekolah dimana pelajar akan belajar semua mata pelajaran melalui Bahasa Melayu kecuali beberapa mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Melayu akan membolehkan pelajar berkomunikasi dengan rakan yang berlainan kaum supaya dapat menggalakkan perpaduan dikalangan pelajar-pelajar di sekolah. Kerajaan telah menyediakan pembelajaran secara percuma kepada semua pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah supaya semua orang mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira asal-usul mereka. Ini akan membolehkan pelajar miskin boleh mendapat peluang belajar yang sama dengan pelajar lain. Semua ini telah menunjukkan pendidikan merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memastikan masyarakat Malaysia mencapai perpaduan dan intergrasi nasional.

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi Negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah Negara yang stabil dan bersatupadu.” 

Melalui kegiatan budaya, rakyat dapat berinteraksi dan memahami antara satu kaum dengan yang lain. Hal ini akan memudahkan lahirnya rasa persefahaman, toleransi dan perpaduan di kalangan masyarakat. Untuk mencapai tujuan tersebut, kerajaan Malaysia telah menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan kebudayaan rakyat asal negara ini dan agama Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. 

Unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar juga diterima menjadi unsur Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Kerajaan akan menerapkan pepaduan dan intergrasi nasional kepada rakyat yang pelbagai etnik dalam aktiviti yang akan dijalankan menerusi Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti memperkenalkan konsep rumah terbuka semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas untuk mengalakkan masyarakat pelbagai etnik didalam Malaysia untuk saling kunjung-mengunjung di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan budaya. Melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan masyarakat dapat mengenali budaya dan agama orang lain dan secara langsung akan mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan rakyat.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak