Kecederaan Dalam Sukan
PENGENALAN
KECEDERAAN SUKAN
Apa itu kecederaan sukan
atau sport injury? Kecederaan sukan merujuk kepada kecederaan yang berlaku
semasa bersukan atau bersenam. Kecederaan sukan bukan bermaksud untuk mereka
yang bermain sukan sahaja, tetapi bagi individu yang bersenam di rumah pun jika berlaku
kecederaan dimasukkan dalam kategori yang sama.
Konsep
Sukan
1.
Aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan -
pertandingan keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan.
2.
Contoh - berenang secara bersaing di hadapan penonton
dianggap sukan, tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dianggap
aktiviti rekreasi.
3.
Sukan menuntut pengorbanan - masa, wang dan keinginan -
sama ada sebagai peserta atau penonton.
4.
Sukan
- aktiviti riadah, mengisi kegiatan lapang, bahan untuk media massa atau
elektronik dan sumber pendapatan.
5.
Sukan mengandungi; ( i ) latihan kemahiran berguna secara
rekreasi, ( ii ) peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
6.
Kecemerlangan - kemampuan mengatasi tanda ukur (benchmark) terdahulu,
catatan masa, rekod dunia dan sebagainya.
"Sukan
adalah segala kegiatan yang melibatkan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga
yang dilakukan sebagai acara hiburan, pertandingan atau menyihatkan tubuh
badan."
- Kamus Dewan
Edisi ke-5 -
Perbezaan
Antara Sukan, Permainan dan Latihan
1.
Sukan melibatkan peserta berkemahiran (atlet atau
individu berpengetahuan).
2.
Permainan tidak mempunyai tujuan jelas tetapi boleh
berubah kepada sukan seperti permainan kanak-kanak.
3.
Latihan ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran
dan kemampuan seseorang dalam sesuatu sukan.
Perubatan Sukan
1.
Perubatan
salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan
rasa sihat (wellness).
2.
Perubatan
sukan - bidang yang dapat membantu atlet pulih dari kecederaan yang dialami
sewaktu terlibat dalam aktiviti sukan, selain membincangkan hal-hal mencegah
kecederaan semasa bersukan.
Peranan
dan Tanggungjawab Ahli Pertolongan Cemas Sukan
1.
Kenalpasti punca kemalangan atau kecederaan.
2.
Lakukan pertolongan dengan tertib, pantas, tenang dan
senyap - elakkan terlalu banyak bercakap perkara yang tidak patut dengan
mangsa.
3.
Pulihkan
pernafasan mangsa jika didapati pernafasan mangsa terhenti.
4.
Memberi
perangsang kepada mangsa.
5.
Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat.
6.
Segera hubungi pihak polis, ambulan dan keluarga mangsa
jika kecederaan serius.
7.
Menjaga etika dan adab diri serta mangsa dalam menghadapi
kecemasan.
Pencegahan
Kecederaan dalam Sukan dan Langkah-langkahnya
Definisi
Pencegahan kecederaan di dalam kamus dewan edisi keempat , pencegahan kecederaan memberi maksud mencegah dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini ketika melakukan aktiviti sukan.
Prinsip
Pencegahan Kecederaan
Prinsip pencegahan yang perlu diberi keutamaan ialah
1)Prinsip latihan
·
Penambahan beban senaman secara beransur-ansur
·
Tempoh latihan - Berlatih pada paras yang boleh dilakukan
dan jangan berlatih hingga badan menjadi terlalu letih. Tempoh masa yang sesuai
adalah 1 hingga 1 jam 30 minit sehari.
·
Intensiti
·
Motivasi
·
Pengkhususan
- Senaman yang dipilih haruslah khusus dan sesuai untuk mencapai tujuan dan
objektif
·
Relaksasi
- Dapat mengurangkan ketegangan atau kelesuan
·
Rutin
2) Memanaskan badan
Tujuan - sediakan otot-otot
untuk melakukan aktiviti serta kemahiran , melonggarkan otot-otot dan sendi-sendi
yang tegang dan mencergaskan reaksi atau reflek atlet-atlet.
3) Ansur maju latihan
Mengandungi latih tubi secara beransur-ansur bagi menyediakan atlet supaya kembali beraksi.
Faedah ansur maju :
- memulihkan kecederaan
- meningkatkan perkembangan
- meningkatkan keyakinan diri
4) Aktiviti bagi
menggelakkan kecederaan
Meninggikan suhu badan
dengan berlari perlahan-lahan atau jogging, melunjur, berlari pecut, senaman
khusus, memilih permainan yang sesuai kepada kebolehan atlet dan mengajar
kemahiran asas.
5) Keselamatan kemudahan
dan peralatan
Berlaku sekirannya
gelanggang atau kemudahan peralatan tidak sempurna dan tidak mengikut piawaian
yang telah ditetapkan.Keadaan disekeliling gelanggang, padang dan dewan.
6)Peralatanperlindungan
Alatan yang digunakan bagi
melindungi diri atau anggota badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan
aktiviti sukan.Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripda peraturan
sesuatu permainan tersebut. Penguatkuasaan peraturan akan menjamin ahli sukan
mendapat kecederaan yang minimum sekiranya berlaku.
Pelaksanaan
6 prinsip pencegahan di dalam kitaran kecederaan
·
Menguasai teknik yang betul - Biasanya pemain
berkemahiran tinggi jarang mengalami kecederaan kerana mereka dilindungi oleh
kemahiran mereka. Oleh itu, adalah penting bagi pemain menguasai teknik
permainan yang betul.
·
Menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik - Pemain
harus menguasai teknik kecergasan spesifik. Latihan yang dijalankan adalah
untuk mengajar dan melatih pemain dalam mengelakkan kecederaan dan bukan untuk
memantapkan mutu permainan semata-mata. Pemain yang cergas biasanya jarang
ditimpa kecederaan. Hal ini kerana :
(a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak balas untuk mengelakkan diri daripada bahaya tersebut adalah tinggi.
(b)Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan kecederaan.
(c) Memiliki kefleksibiti yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan hentakan ketika jatuh
(a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak balas untuk mengelakkan diri daripada bahaya tersebut adalah tinggi.
(b)Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan kecederaan.
(c) Memiliki kefleksibiti yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan hentakan ketika jatuh
·
Menggunakan kemudahan dan pakaian yang sesuai - Jersi,
seluar pendek dan kasut yang digunakan harus sesuai dengan permainan. Elakkan
menggunakan pakaian kurang sesuai yang boleh mendatangkan kecederaan kepada
anggota badan. Alat pelindung seperti pelindung siku dan lutut boleh digunakan
untuk melindungi kecederaan siku dan lutut apabila terjatuh.
·
Peraturan dan penguatkuasaan undang-undang - Peraturan
diwujudkan untuk menjadikan permainan menjadi lebih seronok. Pemain harus
mematuhi undang-undang yang ditetapkan agar kecederaan dapat dielakkan.
Peraturan permainan harus dikuatkuasakan dengan tegas. Persediaan lengkap untuk
latihan dan pertandingan - Jenis aktiviti yang dijalankan juga penting, sebelum
pertandingan, elakkan latihan yang terlalu keras yang menyebabkan pemain lesu
ketika permainan. Ini kerana fokus utama pemain adalan pertandingan. Jika
mereka kurang stamina mereka akan mengalami kecederaan ketika pertandingan.
·
Pengurusan Emosi
Mental yang sihat memainkan peranan penting dalam membentuk
jati diri seseorang atlit.Emosi yang stabil membantu atlit lebih bersedia
melakukan aktiviti. Sekiranya berlaku kecelaruan emosi, mungkin menyebabkan
perubahan tingkah laku yang boleh menyebabkan berlakunya kecederaan.
Comments
Post a Comment