MID NUFF

Integrasi Nasional


Integrasi Nasional

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum,budaya serta agama dan kepercayaan yang dianuti. Ciri ini merupakan satu perkara yang menyebabkan Malaysia sebuah negara  yang unik dimana kemerdekaan Malaysia dikongsi bersama dengan kaum lain dengan harmoni. Untuk mengekalkan kesepaduan berbilang kaum ini, kerajaan telah memperkenalkan satu mekanisme yang memperkuatakan hubungan ini dengan memperkenalkan Integrasi Nasional.

Perpaduan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), membawa maksud “sesuatu perihalan atau proses penggabungandan kesepakatan Untuk menjadi satu”.Integrasi pula bermakna “penggabungan atau pergabungan dua atau lebih beberapa kaum menjadi satu kesatuan”. Integrasi Nasional pula membawa maksud “satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat melalui pengenalan atau pengwujudan satu identiti yang sama”. Di dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini, pihak kerajaan amat  menitikberatkan tentang soal perpaduan dan integrasi nasional di kalangan  masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Intergrasi Nasional  pada asasnya sebagai usaha memupuk kesefahaman dan perpaduan antara pelbagai kaum.Sesebuah negara tidak akan mencapai kemajuan jika masyarakatnya berpecah,ini kerana dengan adanya kestabilan sosio-politik serta  kerjasama antara semua kaum. Maka sesebuah negara itu akan maju tanpa mempunyai masalah yang mengekangnya.

Idea Integrasi Nasional telah lama diperkenalkan namun pada tahun 2006 ,kerajaan telah memperkenalkan Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional sebagai mengukuhkan lagi perancangan serta hasrat kerajaan..Pelan ini dilaksanakan dalam 5 tahun dan dimulai pada tahun 2006 iaitu 2006-2010.Dalam Pelan Tindakan tersebut pelbagai masalah telah dikenal pasti dan perancangan untuk mengatasi masalah tersebut telah dirangka dan dilaksanakan dalam tempoh tersebut.Ini menunjukkan bahawa integrasi nasional adalah perkara asas bagi mencapai kemajuan. Wawasan 2020 merupakan visi mencapai status negara maju dan perpaduan dan integrasi merupakan aspek dan tulang belakang untuk mencapainya. Secara keseluruhannya,Integrasi Nasional merupakan perkara yang amat penting dan mempunyai pengaruh yang besar bagi sesebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum ,kepercayaan serta adat yang diamalkan.

Comments

  1. Replies
    1. we only ask maksud this is to long

      Delete
    2. Do it yourself lah if want shorter one

      Delete
    3. Have lah ya'll didn't saw it

      Delete
    4. Integrasi Nasional pula membawa maksud “satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat melalui pengenalan atau pengwujudan satu identiti yang sama”.

      that is the answer.. i oso cant find it at first bc i dont like to read LOL

      Delete
    5. Thx ,now i can finish my hw

      Delete
    6. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Thanks for the information 😁

    ReplyDelete
  3. m͓̽a͓̽l͓̽a͓̽y͓̽s͓̽i͓̽a͓̽ s͓̽e͓̽b͓̽u͓̽a͓̽h͓̽ n͓̽e͓̽g͓̽a͓̽r͓̽a͓̽ y͓̽a͓̽n͓̽g͓̽ m͓̽e͓̽r͓̽u͓̽p͓̽a͓̽k͓̽a͓̽n͓̽ b͓̽e͓̽r͓̽b͓̽a͓̽g͓̽i͓̽ k͓̽a͓̽u͓̽m͓̽

    ReplyDelete
  4. I know the short one.You can just said it is "penyatuan/perpaduan kaum"

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak