CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)
FORUM
6
Tajuk
: Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pendidikan
Ahli : Moderator = Muhammad Ridzuan Bin Azmi
Ahli Panel 1
= Muhammad Safran Bin Che Hassan
Ahli Panel 2
= Muhammad Nor Khairul Azam Bin Mohd Zin
Ahli Panel 3
= Muhammad Zulhime Bin Hazman
Bismillahhirrohmanirrahim..Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Syukur kepada Ilahi, kerana dengan izin-Nya,
dapat kita bersua kali ini di dalam satu forum ilmiah, bagi membincangkan
berkenaan salah satu isu yang berlaku di dalam bidang penididikan pada masa
kini. Sebelum itu saya ingin mengalukan kehadiran tuan puan pada majlis kita
pada hari ini. Semoga kita semua akan memperoleh manfaat yang berguna daripada
forum ini. InsyaAllah.
Tajuk forum kita pada hari ini berkisar
mengenai isu dan cabaran pendidikan semasa, yang berfokuskan kepada pengaruh perkembangan teknologi maklumat
dan komunikasi dalam pendidikan. Sebagai pembuka bicara, izinkan saya
menyampaikan serangkap pantun.
Pergi ke Ipoh membawa ketupat,
Membawa bersama keropok roka,
Teknologi maklumat banyak manfaat,
Mari bincangkan buruk baiknya.
Tanpa melengahkan masa lagi saya ingin
memperkenalkan 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi.
Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel yang
pertama,saudara Farid Safran. Saudara Farid Sarfan merupakan guru pakar it di
sebuah Sekolah Kebangsaan Tok Uban. Beliau telah berkhidmat lebih kurang 3 tahun
di dalam bidang perguruan. Selamat datang saya ucapkan.
Seterusnya ahli panel kedua, segak dan
tampan, saudara Khairul Azam. Saudara Khairul
Azam merupakan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor. Beliau telah berkhidmat di
Jabatan Pelajaran Negeri selama 5 tahun. Selamat datang kami ucapkan.
Dan di hujung sana, orang lama dalam bidang
pendidikan, guru veteran yang telah berkhidmat selama 20 tahun di dalam bidang
pendidikan. Selamat datang kami ucapkan kepada
saudara Tuan Haji Simi Zul.
Baiklah sebelum kita pergi dengan lebih jauh,
izinkan saya menerangkan terlebih dahulu berkaitan tajuk forum kita pada hari
ini. Seperti yang kita semua tahu, kita telah pun memasuki era globalisai moden
di mana, teknologi maklumat dan komunikasi telah pun berkembang dengan sangat
pesat. ‘Maklumat di hujung jari’ merupakan
frasa yang sangat popular bagi menggambarkan situasi ini. Kemajuan teknologi
maklumat ini juga turut mempengaruhi bidang pendidikan. Jadi pada hari ini kita
akan membincangkan sejauh manakah pengaruh kemajuan teknologi maklumat dan
komunikasi di dalam bidang pendidikan dan apakah kesannya kepada pendidikan
negara kita.
Jadi, sebagai pembuka forum kita pada kali
ini, saya ingin bertanyakan soalan kepada guru pakat it kita, saudara Safran.
Baik cikgu, apakah yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan teknologi maklumat
dan komunikasi ini?
Panel
Pertama:
Terima kasih kepada moderator, saudara
Ridzuan di atas soalan yang diajukan. Assalamualaikum dan salam bahagia saya
ucapkan kepada semua hadirin dan hadirat yang saya hormati. Terima kasih kerana
sudi meluangkan masa untuk hadir dan turut serta dalam forum kita pada pagi
yang mulia ini.
Berbalik kepada soalan tadi, sebenarnya
Teknologi Maklumat dan Komunikasi mempunyai pelbagai takrifan yang bersifat
global. Sebelum saya lanjutkan lagi penerangan saya eloklah kiranya kita melihat
satu per satu definisi teknologi, maklumat dan komunikasi.
Definisi Teknologi menurut Kamus Besar Bahasa
Indonesia (1990 : 1158), Teknologi adalah ; 1) Metode ilmiah untuk mencapai
tujuan praktis ilmu pengetahuan terapan 2) Keseluruhan sarana untuk menyediakan
barang- barang yang diperlukan bagi kelangsungan dan kenyamanan hidup manusia.
Menurut Rogers (dalam Seels, Richey, 1994 :
12) pula, teknologi adalah suatu
rancangan langkah instrumental untuk memperkecil keraguan mengenai hubungan
sebab akibat dalam mencapai hasil yang diharapkan.
Menurut Iskandar Alisyahbana seperti dikutip
Yusufhadi Miarso (2007 : 131), teknologi adalah cara melakukan sesuatu untuk
memenuhi kebutuhan manusia dengan bantuan alat dan akal, sehingga seakan-akan
memperpanjang, memperkuat, atau mebuat lebih ampuh anggota tubuh, pancaindra,
dan otak manusia.
Namun, takrifan teknologi yang diguna pakai
di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah
aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah
manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
Seterusnya adalah maklumat. Maklumat
merupakan cetusan idea, pendapat pengertian, fakta atau pengetahuan baru yang
dikemukakan untuk kegunaan pengguna semua. Maklumat juga merujuk kepada
sebarang data yang telah dimanipulasikan oleh komputer yang boleh disimpan,
dikongsi dan boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana jua.
Komunikasi pula ditakrifkan sebagai komunikasi
dapat ditakrifkan sebagai perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan
surat, radio, telefon, dll); ~ massa komunikasi atau perhubungan dgn atau yg
sampai kpd orang ramai amnya; berkomunikasi berhubungan (secara langsung atau
dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (bercakap,
berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll). Takrifan ini adalah menurut Kamus
Dewan Edisi Empat. Secara ringkasnya komunikasi adalah proses bertukar-tukar
maklumat dengan menggunakan peranti dan perkhidmatan komunikasi seperti
internet, e-mel, telesidang video, dan telefon.
Berdasarkan definisi-definisi yang sayang
terangkan tadi, teknologi maklumat dan komunikasi-TMK (ICT_Information and
Communication Technology) boleh didefinisikan sebagai satu set ilmu teknologi
yang merangkumi alat dan sumber untuk membina, menyebar, menyimpan, membawa
nilai tertentu, dan menguruskan maklumat. Teknologi ini mampu merapatkan jurang
penyebaran ilmu antara yang kaya dengan yang miskin, yang berpendidikan dengan
yang tidak berpendidikan, antara yang di bandar dan di luar bandar, dan di
antara golongan wanita dan lelaki.
Pengerusi :
Terima kasih panel pertama kita. Pendefinisian
yang sangat padat dan jelas. Hadirin sekalian, sememangnya kita akui penggunaan
alat-alat teknologi maklumat dan penggunan internet banyak membantu dalam kehidupan
seharian kita. Malahan penggunaannya sudah dianggap sebagai satu keperluan bagi
sesetengah pihak terutamanya masyarakat bandar. Persoalan saya kepada Encik
Khairul, adakah dasar pendidikan negara kita seiring ataupun menyokong pengaruh
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan, dan apakah
contoh penggunaannya di dalam bidang pendidikan masa kini.
Panel
Kedua:
Terima kasih tuan moderator. Pertamanya
terima kasih kerana menjemput saya bagi berkongsi maklumat berkaitan forum kita
pada hari ini.
Berbalik kepada soalan tadi.untuk makluman,
kerajaan Malaysia melalui Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010) telah menyatakan
bahawa prasarana ICT yang mencukupi akan diagihkan kepada semua institusi
pendidikan di negara ini termasuklah pelaksanaan kurikulum ICT dalam
pembelajaran, pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, menaik
taraf pengetahuan dan kemahiran ICT, pengaplikasian ICT dalambsistem pengurusan
sekolah serta memperbaiki kemudahan dan kelengkapan ICT daribsemasa ke semasa.
Ianya turut dinyatakan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2001-2010) dimana pembangunan ICT dalam
pendidikan akan dilaksanakan dengan tujuan utamanya adalah untuk
mempertingkatkan pembangunan infrastruktur ICT selain daripada meluaskan akses
dan ekuiti kelengkapan ICT, mewujudkan kurikulum berasaskan ICT (ICT-based),
meningkatkan sistem penilaian menggunakan ICT, menggalakkan integrasi ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di
kalangan pelajar, guru-guru dan staf-staf lain, mengaplikasi ICT dalam sistem
pengurusan, memperbaiki kemudahan dan kelengkapan ICT, mempertingkat usaha
dalam kajian dan pembangunan ICT, serta usahasama antara institusi pendidikan
dan komuniti sosial haruslah diterapkan bagi menggalakkan penggunaan ICT dalam
pendidikan.
Menurut Yuen, Law, & Wong (2003), sejak
beberapa dekad lalu, peningkatan positif dalam penggunaan dan pengintegrasian
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan impak yang besar
kepada kehidupan masyarakat dan aktiviti seharian mereka. Maka, tidak mustahil
jika terdapatnya peningkatan pada minat, tumpuan serta pelaburan yang besar
dilaburkan untuk pengintegrasian ICT dalam pendidikan di seluruh dunia.
Beberapa ‘masterplans’ untuk mengintegrasikan ICT dalam pendidikan telah
dilaksanakan di beberapa buah negara (Pelgrum dan Anderson, 1999). Antara
objektif yang ingin dicapai dalam perancangan ini termasuklah membentuk
kebolehan pelajar dalam menyelesaikan masalah, memahami konsep
‘self-learning’,menganalisis maklumat yang dicari dan berfikir secara kritis.
Penggunaan dan pengaplikasian ICT dalam
konteks pendidikan di Malaysia adalah faktor utama yang menyumbang kepada
cabang ilmu baru dalam era informasi kini (Salbiah, n.d). Dalam sistem
pendidikan di Malaysia, ICT membantu dari aspek pembelajaran dan pengajaran
serta sistem pengurusan di sekolah. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah membentuk tiga polisi utama dalam pendidikan iaitu: kemudahan
ICT disediakan kepada semua pelajar sebagai langkah untuk mengurangkan jurang
digital antara sekolah, ICT dalam pendidikan sebagai medium bantuan pengajaran
dan pembelajaran, menjadikan ICT sebahagian daripada matapelajaran di sekolah
serta menggunakan kemudahan ICT untuk meningkatkan produktiviti dan
keberkesanan dalam sistem pengurusan sekolah.
Pengerusi
:
Terima kasih kepada panel kedua kita. Berdasarkan
penerangan tadi, dapat kita lihat di sini bahawa penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi telah pun digunakan dan diterapkan di dalam pendidikan negara
kita. Pada pandangan Cikgu Zul, sebagai orang lama di dalam bidang pendidikan,
apakah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ini akan memberikan faedah
atau kesan yang positif kepada bidang pendidikan? Atau ianya lebih mendatangkan
kesan negative berbanding kesan yang positif?
Panel
Ketiga :
Terima kasih kepada moderator, terima kasih
juga kerana telah memberi kesempatan kepada saya untuk bersama-sama dalam forum
ini. Berbalik kepada soalan yang ditujukan kepada saya. Sepertimana yang kita
sedia maklum pada masa kini, perkembangan pesat dalam bidang teknologi telah
membawa kebaikan kepada pelbagai sektor, terutamanya sektor pendidikan. Walau
bagaimanapun, ada sesetengah pihak yang berpendapat bahawa teknologi juga
membawa kesan yang buruk kepada sektor pendidikan. Isu ini juga merupakan isu
yang hangat diperbincangkan pada masa kini. Pada pandangan saya sebagai guru
lama yang berada dalam bidang pendidikan ini, penggunaan teknologi maklumat
dapat meningkatkan keberkesanan dalam penyampaian ilmu kepada pelajar dan
kedua, menjimatkan kos.
Penggunaan teknologi dalam pendidikan sememangnya boleh mendapat perhatian daripada pelajar dan memudahkan mereka menyerap ilmu yang disampaikan oleh seseorang pengajar. Pada masa kini, boleh dikatakan peralatan teknologi seperti komputer telah menjadi sebahagian daripada kehidupan generasi muda. Oleh itu, penggunaannya dalam bidang pendidikan dapat menjamin hasil yang memuaskan. Hal ini kerana penyampaian dapat dipersembahkan dalam bentuk visual yang menarik, animasi, 3D dengan suara yang dapat menarik perhatian pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah. Ia juga dapat meringankan beban pelajar yang terpaksa mengalas beg yang penuh dengan buku ke sekolah sekiranya dapat digantikan dengan hanya beberapa keping CD-ROM pada masa hadapan.
Penggunaan teknologi dalam pendidikan juga dapat menjimatkan masa pelajar dan memupuk sikap suka membaca dalam kalangan pelajar. Dengan adanya teknologi, apa-apa maklumat dapat diperoleh dengan mudah hanya dengan satu klik pada tetikus. Berbanding dengan pelajar pada masa lalu yang terpaksa mencari maklumat dengan cara manual dan bahan bercetak hanyalah satu-satunya harapan untuk mereka memperoleh maklumat yang diingini, pelajar sekarang mempunyai kelebihan dengan adanya kemudahan internet. Hal ini kerana selain daripada bahan bercetak, pelajar juga dapat memperoleh maklumat yang diingini melalui internet dengan cepat. Penggunaan media elektronik juga dapat meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar. Sebagai bukti, untuk membolehkan kita mengikuti perkembangan semasa dan menimba ilmu pengetahuan melalui internet, kita perlu membaca. Segala maklumat yang dipaparkan melalui laman web adalah dalam bentuk tulisan dan untuk mengetahui maklumat tersebut, kita perlu mahir membaca. Secara tidak langsung, ia dapat memupuk sikap membaca dalam kalangan mereka.
Dengan adanya teknologi yang canggih, segala tugas dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Sebagai contoh, proses mencari maklumat, menyelesaikan tugasan yang diberi oleh pengajar dan lain-lain lagi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ini merupakan kebaikan daripada perkembangan teknologi. Adanya teknologi multimedia menjadi semakin menarik kerana teknologi ini baru diperkenalkan pada tahun 1990-an walaupun sebelumnya sistem CAL (Computer Aided Learning) dan hiperteks masih terbatas dalam media yang terpisah-pisah belum digabungkan seperti multimedia yang memiliki makna gabungan pelbagai media; teks, suara imej, animasi dan video dalam satu perisian (Jacobs, 1992).
Apabila semakin banyak teknologi
diperkenalkan dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh menyediakan satu
cara untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global. Kini, pelbagai
pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Internet merupakan
khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat
dalam proses pembelajaran dan penyelidikan
Pengerusi:
Terima kasih kepada Cikgu Zul atas penjelasan
yang cukup baik saya kira. Seperti yang kita semua sedia maklum, guru memainkan
peranan besar dalam mendidik anak-anak murid di sekolah. Persoalannya, adakah
pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi ini akan memudahkan atau lebih
membebankan guru? Dan apakah pula peranan guru dalam menjayakan penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi ini dalam pendidikan? Saya tujukan soalan ini
kepada panel kedua kita, En Khairul. Silakan.
Panel
Kedua:
Pada pendapat saya, ianya
sememangnya membantu dan memudahkan guru. Tidak timbul soal membebankan guru
kerana kewujudannya serta fungsinya lebih kepada untuk membantu dan memudahkan
tugas guru. Bagaimana ianya dapat membantu? Guru dapat menggunakan kemudahan
ini bagi melaksanakan pnp dengan lebih
menarik dan berkesan serta ianya memudahkan untuk mencapai objektif pnp yang
telah ditetapkan.
Namun ini berbalik kepada
sikap guru juga. Ada sesetengah guru yang mungkin mempunyai ideologi yang
berbeza, dan meletakkan pengaruh negatif terhadap penggunaan ICT dalam
pendidikan ini. Contohnya apabila
seorang guru yang tidak berminat dengan penggunaan ICT, ataupun tidak mempunyai
kemahiran dalam penggunaannya, guru tersebut akan merasa terbeban dan sukar.
Berbanding guru yang mempunyai kemahiran, mempunyai pengetahuan, mengetahui
kebaika penggunaan ICT ini, guru-guru ini tidak akan merasa terbeban malahan
berasa lebih lega kerana mempunyai alat bantuan yang efektif bagi menjayakan
pengajaran mereka.
Pengerusi:
Mungkin cikgu Safran ingin membuat sedikit
penambahan?
Panel
Pertama:
Terima kasih saudara Ridzuan. Pada masa kini,
TMK sepatutnya dilihat sebagai satu keperluan. Kita tidak boleh lagi menafikan
keguaannya sangat penting dan meluas dalam kehidupan seharian kita. Sistem
pendidikan kita juga perlu selari. Kita tidak boleh ketinggalan dan masih
ditakuk lama.
Seperti yang telah disebut oleh Encik Khairul
tadi, semuanya berbalik kepada guru itu sendiri. Oleh itu, guru-guru seharusnya
melengkapkan diri dengan memantapkan lagi pengetahuan dan kepakaran dalam bidang ini, seiring dengan peredaran masa dan
kecanggihan teknologi yang kian pesat membangun. Hal ini sangat penting kerana
sebagai seorang guru, tugas kita bukan hanya mengajar murid menulis dan
membaca. Kita juga bertanggungjawab dalam menentukan kemajuan pendidikan di
Malaysia yang tercinta ini.
Pengerusi:
Jawapan yang sangat mantap telah diberikan
oleh kedua-dua panel kita. Namun begitu, pastinya penggunaan teknologi maklumat
ini ada batasannya. Terutamanya di negara kita, di mana sekolah telah terbahagi
kepada sekolah di kawasan bandar dan luar bandar. Bagaimana Cikgu Zul melihat
keadaan ini?
Panel
Ketiga:
Setiap perkara tentunya ada pro dan kontra
seperti penggunaan ICT dalam pendidikan. Kebanyakan berfikir sepertinya sukar
untuk mengaplikasikan penggunaan ICT bagi kawasan luar bandar kerana kekurangan
bekalan elektrik dan internet. Namun, menurut Konvensyen Nasional PIPP Kedua
(2008) berkenaan marapatkan jurang pendidikan telah menyarankan beberapa
program serta projek infrastruktur ICT di luar 3 bandar. Ini adalah bertujuan
supaya dapat membina kesediaan pembelajaran awal di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun
khususnya murid-murid luar bandar dan juga
anak-anak Orang Asli.
Sementara itu, kerajaan Malaysia melalui
Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010)
turut menyatakan bahawa prasarana ICT yang mencukupi akan diagihkan kepada semua institusi pendidikan
di negara ini termasuklah pelaksanaan
kurikulum ICT dalam pembelajaran, pengintegrasian ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran, menaik taraf
pengetahuan dan kemahiran ICT, pengaplikasian ICT dalam sistem pengurusan sekolah serta memperbaiki
kemudahan dan kelengkapan ICT dari
semasa ke semasa. Kementerian Pelajaran juga berusaha untuk merapatkan
jurang pendidikan di antara muridmurid
sekolah-sekolah bandar dengan murid-murid sekolah-sekolah luar bandar seperti mana yang terkandung di dalam
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
Oleh hal demikian, keterbatasan yang wujud
pada masa sekarang akan dilupuskan secara berperingkat dari semasa ke semasa.
Sebagai seorang guru, saya menyokong seratus peratus penggunaan ICT dalam
pendidikan di negara kita untuk mewujudkan negara yang berfikiran minda kelas
pertama pada masa akan datang.
Pengerusi:
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zul atas
penjelasannya sebentar tadi. Soalan terakhir saya pada hari ini, dan saya ingin
mendengar dari ketiga-tiga panel kita pada hari ini. Berikan sedikit rumusan
berkaitan pengaruh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam
pendidikan di negara kita. Kita mulakan dengan panel pertama, Cikgu Safran.
Panel
Pertama:
Pada pendapat saya, pengaruh dan sumbangan
TMK sangat besar dalam bidang pendidikan tidak kira dari sudut pengurusan dan
pentadbiran mahupun pengajaran di sekolah. Oleh itu, guru-guru seharusnya
bersedia untuk menghadapi kemajuan TMK yang dilihat semakin pesat saban hari.
Pada hari ini, kita sedia maklum bahawa
sebahagian besar murid tidak kira di kota mahupun desa mempunyai akses yang
cukup mudah kepada ICT. Situasi ini cukup berbeza dengan apa yang kita alami
sekitar 10-20 yang lepas di mana akses kepada kemudahan ICT ini terhad. Oleh
itu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang guru untuk membimbing
dan memastikan murid-murid menggunakan ICT untuk tujuan-tujuan yang berfaedah
dan ilmiah. Sekiranya guru sendiri “buta IT”, bagaimana pula untuk membimbing
murid yang sememangnya dilahirkan dalam dunia yang maju dan moden ini. Sekian,
terima kasih.
Pengerusi:
Panel kedua kita, Encik Khairul.
Panel
Kedua :
Kesimpulannya, dunia tanpa
sempadan ini memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era
transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan
pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu
bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak
mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di
institusi pengajian tinggi.
Kesedaran tersebut adalah
implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan
diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Oleh itu, peranan-peranan
daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi
menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang
pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan
komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada
aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang
pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan itu sendiri.
Pengerusi:
Dan yang terakhir, silakan Encik Zul
Panel
Ketiga :
Penggunaan teknologi dalam pendidikan semakin
meluas pada masa kini. Ia akan memberi kesan terhadap apa yang dipelajari dan
bagaimana pelajar belajar sama ada baik ataupun buruk. Oleh itu kesan baik dan
buruk penggunaan teknologi dalam pendidikan harus dipertimbangkan sebelum
perlaksanaannya. Persoalan seperti di mana dan bagaimana kita menggunakan
teknologi maklumat harus dijawab dan bukannya kita harus atau tidak harus
menggunakannya.
Pengerusi:
Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga
ahli panel kita pada hari ini kerana sudi hadir dan sudi menyuarakan pendapat
masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini memberikan sedikit pencerahan
dan input yang bermanfaat kepada kita.
Nampaknya masa amat mencemburui kita. Jadi,
sedikit rumusan yang dapat kita buat pada hari ini ialah, ICT atau teknologi
maklumat bukanlah sesuatu yang baru atau asing lagi dalam kehidupan seharian
kita, begitu juga di dalam bidang pendidikan. Namun, ianya masih lagi boleh
dikategorikan sebagai salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh para guru.
Yang pasti, kita tak akan dapat lari dari peredaran kemajuan dan globalisasi
dunia yang semakin berkembang pesat. Justeru, sebagai pendukung falsafah
pendidikan negara, para guru haruslah bersiap sedia bagi menghadapi cabaran
ini.
Baiklah, sebelum kami mengundur diri, terimalah
serangkap pantun nan indah daripada saya.
Tuailah padi antara masak,
Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Salam hormat. Sehingga kita bertemu lagi. Akhir kata,
Orang putih, orang Pakistan,
Terima kasih syukran jaziilan.
Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh
Apa yang dimaksudkan dengan bersyukur ?
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt
rasa berterima kasih macam menghargai faedah atau nikmat yang telah diterima
DeleteTIBE
DeleteAsalamualaikum
ReplyDeleteterima kasih... sangat bermanfaat
ReplyDeleteКонсоли от компании Microsoft не сразу завоевали всемирную популярность и доверие игроков. Первая консоль под названием Xbox, вышедшая в далеком 2001 году, существенно уступала PlayStation 2 по количеству проданных приставок. Однако все поменялось с выходом Xbox 360 - консоли седьмого поколения, которая стала по-настоящему "народной" для обитателей России и стран СНГ - Программы для FreeBoot. Веб-сайт Ru-Xbox.Ru является популярным ресурсом в числе поклонников приставки, так как он предлагает игры для Xbox 360, которые поддерживают все имеющиеся версии прошивок - совершенно бесплатно! Для чего играть на оригинальном железе, если имеется эмуляторы? Для Xbox 360 игры выходили длительное время и представлены как посредственными проектами, так и хитами, многие из которых даже сегодня остаются эксклюзивными для это консоли. Некоторые гости, желающие сыграть в игры для Xbox 360, могут задать вопрос: зачем необходимы игры для прошитых Xbox 360 freeboot или разными версиями LT, если есть эмулятор? Рабочий эмулятор Xbox 360 хоть и существует, но он требует производительного ПК, для покупки которого будет нужно вложить существенную сумму. К тому же, современные артефакты в виде исчезающих текстур, отсутствия некоторых графических эффектов и освещения - могут значительно попортить впечатления об игре и отбить желание для ее предстоящего прохождения. Что предлагает этот интернет-сайт? Наш сайт полностью приурочен к играм для приставки Xbox 360. У нас вы можете совершенно бесплатно и без регистрации скачать игры на Xbox 360 через торрент для следующих версий прошивок консоли: - FreeBoot; - LT 3.0; - LT 2.0; - LT 1.9. Каждая прошивка имеет свои особенности обхода интегрированной защиты. Поэтому, для запуска той или прочей игры потребуется загрузить специальную ее версию, которая полностью адаптирована под одну из четырех перечисленных выше прошивок. На нашем сайте вы можете без усилий найти желаемый проект под подходящую прошивку, так как возле каждой игры присутствует заглавие версии (FreeBoot, LT 3.0/2.0/1.9), под которую она приспособлена. Пользователям данного ресурса доступна особая категория игр для 360-го, созданных для Kinect - специального дополнения, которое считывает все движения одного либо нескольких игроков, и позволяет управлять с их помощью компьютерными персонажами. Большой выбор ПО Кроме способности загрузить игры на Xbox 360 Freeboot или LT разных версий, здесь можно получить программное обеспечение для консоли от Майкрософт: - различные версии Dashboard, которые позволяют кастомизировать интерфейс консоли под свои нужды, сделав его более удобным и нынешним; - браузеры; - просмотрщики файлов; - сохранения для игр; - темы для консоли; - программы, для конвертации образов и записи их на диск. Кроме вышеперечисленного игры на Xbox 360 Freeboot можно запускать не с дисковых, а с USB и многих других носителей, используя программу x360key, которую можно достать на нашем веб-сайте. Гостям доступно огромное количество нужных статей, а помимо этого форум, где вы можете пообщаться с единомышленниками либо попросить совета у более опытных владельцев консоли.
ReplyDeleteMkpuchi ezì
Deleteb7d85w4d80 l7o68o2d11 q5w32i5d25 c1m45x7b38 p6n59m3n80 h8b18n0o05
ReplyDeletee7q62n1a13 s8i19m9h55 g7r54a3g28 u8w10g0j39 n6z62o1d70 f6s22b2q55
ReplyDeleteINDO MARET
ReplyDeleteМногие пользователи, накручивающие Инстаграм на платных сервисах, сталкиваются с тем, что со временем часть подписчиков пропадает. Они или списываются социальной сетью, либо сами отписываются. Сайт Krutiminst.ru гарантируют качество - все подписчики реальные люди, и в случае если подписчики ушли, то Krutiminst вернет потраченные деньги - nakrutka ru
ReplyDeleteBuy (30Pieces) Apple iPhone 14 Pro Max 512GB Original Unlocked
ReplyDeletePHONE CRAZE MOBILE LTD
(Registered No 10338624)
Registered Office 39 QUEEN STREET CARDIFF , CF10 2AS GB
Phone: +44702674684
Watsapp no : +201101491095
Email : sales@pcmobileltd1.com or pcmobile.ltd1@outlook.com
Website: https://pcmobilestore.godaddysites.com/shop
Selling Wholesale Price: Great Deals, Great Discount,All New Original Unlocked With One Year
International Manufacturer Warranty...All Our Mobile phones are all brand new and sealed.They all comes with one year warranty...
Company Price List:
Buy (10Pieces) Apple iPhone 12 Pro Max 5G 128GB Original Unlocked:$5,990
Buy (10Pieces) Apple iPhone 12 Pro Max 5G 256GB Original Unlocked:$6,990
Buy (10Pieces) Apple iPhone 12 Pro Max 5G 512GB Original Unlocked:$7,990
Buy (20Pieces) Apple iPhone 12 Pro Max 5G 128GB Original Unlocked:$10,980
Buy (20Pieces) Apple iPhone 12 Pro Max 5G 256GB Original Unlocked:$12,980
Buy (20Pieces) Apple iPhone 12 Pro Max 5G 512GB Original Unlocked:$14,980
Buy (30Pieces) Apple iPhone 12 Pro Max 5G 128GB Original Unlocked:$16,970
Buy (30Pieces) Apple iPhone 12 Pro Max 5G 256GB Original Unlocked:$17,970
Buy (30Pieces) Apple iPhone 12 Pro Max 5G 512GB Original Unlocked:$18,970
Buy (30Pieces) Apple iPhone 14 Pro Max 512GB Original Unlocked:$22,500
Buy (30Pieces) Playstation 5 New Console Original Unlocked:$10,500
Company/Business name: PHONE CRAZE MOBILE LTD
Watsapp no : +201101491095
Email : sales@pcmobileltd1.com or pcmobile.ltd1@outlook.com
terima kasih kerana memberi maklumat berguna kepada saya
ReplyDeleteYour car could be stolen if you don't remember this!
ReplyDeleteConsider that your car was taken! When you visit the police, they inquire about a particular "VIN lookup"
Describe a VIN decoder.
Similar to a passport, the "VIN decoder" allows you to find out the date of the car's birth and the identity of its "parent"( manufacturing plant). You can also figure out:
1.Type of engine
2.Model of a car
3.The limitations of the DMV
4.The number of drivers in this vehicle
The location of the car will be visible to you, and keeping in mind the code ensures your safety. The code can be checked in the database online. The VIN is situated on various parts of the car to make it harder for thieves to steal, such as the first person sitting on the floor, the frame (often in trucks and SUVs), the spar, and other areas.
What if the VIN is intentionally harmed?
There are numerous circumstances that can result in VIN damage, but failing to have one will have unpleasant repercussions because it is illegal to intentionally harm a VIN in order to avoid going to jail or calling the police. You could receive a fine of up to 80,000 rubles and spend two years in jail. You might be stopped by an instructor on the road.
Conclusion.
The VIN decoder may help to save your car from theft. But where can you check the car reality? This is why we exist– VIN decoders!
Система бонусов и поощрений в БК 1хбет существенно повышает привлекательность компании в глазах игроков. Выгодные предложения доступны и новичкам, и игрокам, уже имеющим опыт работы на платформе. В числе внушительного набора бонусной программы очень легко потеряться. Каждый промокод 1хбет обеспечит право на определенные преференции - действующий промокод 1xbet.
ReplyDeleteВ 2023 году промокод 1хбет предоставляющий наибольший бонус - 1XFREE777. Бонусные денежные средства начисляются автоматом на отдельный счет и их сразу вы можете использовать для игры - промокод хбет.
ReplyDeleteпреимуществом https://rx.ua/ является их стремление к инновациям. Они всегда остаются на переднем крае технологических достижений для оказания максимальной поддержки своим клиентам. Возможность делать заказы онлайн с помощью нескольких щелчков, быстрая доставка и безопасные платежи - все это обеспечивается благодаря использованию передовых систем и высокого уровня безопасности.
ReplyDeleteAlso Check berea Muncipal Court
ReplyDelete