Pengenalan Pertolongan Cemas
Pengenalan
Pertolongan
cemas pada masa kini bukanlah sesuatu yang asing lagi. Ianya sudah mula menjadi
perhatian dan berada dalam pandangan umum. Tidak seperti zaman dahulu di mana
pertolongan cemas dianggap sebagai satu bidang tugas bagi doktor atau pegawai
perubatan sahaja.
Kini, pertolongan
cemas merupakan satu keperluan bagi setiap anggota masyarakat. Ini kerana, ia
mendatangkan pelbagai manfaat yang berguna dan menguntungkan, bukan sahaja bagi
individu itu sendiri malahan kepada masyarakat di sekelilingnya.
Pendedahan
berkaitan pertolongan cemas ini juga sudah diperluaskan sehingga ke peringkat
institusi pendidikan, seperti di peringkat sekolah dan di peringkat pengajian
tinggi.
Definisi Pertolongan Cemas
Pertolongan cemas adalah bantuan
permulaan atau rawatan awal yang diberikan kepada mangsa atau pesakit.
Konsep Pertolongan Cemas
Pertolongan Cemas
ditakrifkan/diertikan sebagai Bantuan Permulaan/Bantu Mula/Rawatan Awal yang diberikan
kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit
secara mengejut/tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan
ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.
Tujuan Pertolongan Cemas
1.Selamatkan nyawa
Memberi bantuan awal untuk
menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan
yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain
lain lagi.
2.Mengelakkan dari bertambah buruk
Memberi rawatan pertolongan
cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit
menjadi bertambah buruk.
3. Mengurangkan kesakitan
Memberi keselesaan,
keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit
Bantuan Lanjutan
•Dapatkan bantuan seseorang untuk
memanggil ambulans dengan kadar yang segera
• Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga
bantuan tiba.
Prinsip-prinsip
pertolongan cemas:
- Menyelamatkan
nyawa
- Mengurangkan
kesakitan
- Mengelakkan
daripada keadaan bertambah teruk
- Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke
hospital
Peraturan Am Pertolongan cemas:
- Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk
dahulu.
- Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga,
terutamanya pernafasan pesakit itu
- Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya
sekadar melonggarkannya
sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula
memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa. - Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke
hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas:
- Menentukan
pernafasan mangsa berkeadaan baik.
- Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
- Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
- Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna
Arahan am untuk
memberi rawatan bantu mula:
Bertindak
dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk
membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.
Comments
Post a Comment