Aliran Falsafah ( Pragmatisme, Realisme, Idealisme)
Aliran Falsafah
1.0 Pengenalan
Falsafah
merupakan satu pegangan atau fahaman atau pun prinsip seseorang terhadap
Sesuatu perkara, bidang dan sebagainya. Ia wujud hasil pemikiran dan
pemerhatian serta pengalaman yang telah dilalui oleh seseorang dan dalam kehidupan
harian. Aspek-aspek dalam falsafah pula menjadi panduan dan landasan terhadap
seseorang dalam membuat keputusan.
2.0
Kepentingan Falsafah
2.1 Menjadi
Panduan Dan Landasan Dalam Membuat Keputusan
Kita perlu
membuat sesuatu keputusan terhadap penyelesaian sesuatu masalah dalam kehidupan
harian. Maka, kita hrus mempunyai pendirian tersendiri berdasarkan falsafah
yang dipegang tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Keputusan yang dibuat juga
harus memenuhi keperluan falsafah yang dipegang.
2.2
Mempunyai Kefahaman Yang Mendalam Dan
Sistematik
Falsafah membantu
pendidik memahami apa yang sedang berlaku dalam pelajaran. Contohnya, pendidik
muzik harus menceburkan diri dalam alam esoterik Socrates, Plato, Aristotle,
Spencer dan Dewey. Ini membolehkan mereka memikir secara mendalam dan
sistematik tentang isu-isu intelek, asas pendidikan dan kehidupan manusia.
2.3
Stabil Dan Sukar Berubah, Bersifat Statik
Pendidik
harus tekal terhadap apa yang berlaku di dalam atau di luar bilik darjah. Jika
pendidik kerap kali menukar dan mengubah isi pelajaran, ini mungkin akan
mengelirukan pelajar. Jadi, falsafah sebagai panduan untuk pengekalan pendidik
dalam pengajaran.
3.0 Idealisme
Falsafah ini
dibentangkan oleh Socrates dan diikuti oleh Plato. Mengikut Plato, “Saya fikir,
oleh itu saya wujud”, segala realiti adalah kebenaran hanya wujud dalam fikiran
manusia. Kewujudan objek-objek fizikal di alam ini hanyalah manifestasi yang
timbul dalam fikiran manusia.
Pendidik
beraliran ini sangat pentingkan aspek nilai yang tinggi dalam muzik. Nilai
muzik dianggap kekal, justeru hanya muzik yang bermutu sahaja dipelajari oleh
pelajar. Malah, perancangan dan pembentukan kurikulum diberi perhatian serta
tumpuan yang bersungguh-sungguh.
3.1 Kelebihan
Idealisme
Falsafah ini berteraskan
kesedaran intelek dan sistem berfikir secara rasional dan logik untuk
mengenalpasti apa yang benar. Logik adalah alat untuk menentukan apa yang harus
dilakukan dan tidak boleh digunakan pada setiap kali serta dalam semua situasi.
Falsafah ini lebih
bersifat statik, stabil dan sukar berubah. Ia juga kurang
berminat terhadap inovasi, seperti fesyen pakaian yang sentiasa berubah.
3.2 Kelemahan Idealisme
Anggapan terhadap sesuatu nilai atau kebenaran yang kekal
sepanjang masa, masih tidak mendapat persetujuan serentak daripada manusia
tentang beberapa perkara. Tokoh falsafah tidak berupaya untuk menjelaskan
kepercayaan baharu atau idea baru yang sering berubah dan berlaku dari semasa
ke semasa. Malah, logik adalah senjata utama idealisme, tapi tidak semuanya
boleh dipakai kerana terdapat perubahan dari semasa ke semasa.
4.0 Realisme
Falsafah ini dibentangkan oleh Aristotle. Pada pendapat
beliau, realiti yang sebenarnya adalh terletak kepada apa yang dapat dilihat
secara fizikal dengan mata, bukannya melalui idea atau pandangan. Secara am, ia
tertakluk kepada sesuatu yang jelas dan nyata tetapi bukan kepada sesuatu yang
ghaib dan abstrak.
Kebanyakkan tokoh falsafah ini bersetuju bahawa persepsi
manusia atau akal manusia boleh dianggap sebagai ”cermin” realiti kerana apa
yang dilihat merupakan satu realiti yang sebenarnya. Akal manusia hanya boleh
melihat dan memahami apa yang terdapat dalam fizikal sahaja. Maka, sistem
pemerhatian dan pembuktian secara saintifik boleh dikirakan yang paling sah
bagi pengikut-pengikut realisme.
Ahli falsafah ini bertentangan dengan falsafah
naturalisme bahawa pelajar boleh belajar dengan lebih berkesan dengan kaedah
“jumpa sendiri”. Mereka juga menolak pendapat falsafah idealisme bahawa cara
yang terbaik untuk menghasilkan sesuatu adalah melalui pemikiran yang rasional.
4.1 Kelebihan
Realisme
Falsafah ini
merupakan falsafah yang amat praktikal kerana ia berdasarkan reality dan boleh
dilihat secara fizikal. Manusia tidak perlu menembus alam yang luas daripada
kemampuan pancaindera. Manusia percaya bahawa pengetahuan manusia yang sedia
ada kurang sempurna atau lengkap maka ini membolehkan manusia meneruskan usaha
mereka untuk mencari kebenaran dan premis yang sedemikian.
Dalam konteks
muzik, falsafah ini menyanjung pakar dan tokoh dalam bidang muzik. Teknik
pernafasan sewaktu menyanyi dan posisi serta postur bdan yang betul sewaktu
bermain gitar merupakan penemuan oleh pakar nyanyian pada waktu dahulu. Menurut
falsafah idealisme, kesemua ini merupakan teknik yang sah diguna pakai. Teknik
yang lain sekiranya ditemui, ia hanyalah satu kesilapan.
4.2 Kelemahan Realisme
Falsafah realisme adalah berkenaan dengan keyakinan yang
begitu kuat yang diletakkan pada pendapat pakar-pakar. Dari segi psikologi,
perselisihan pendapat di kalangan pakar sering terjadi. Pengamal dan pendukung
utama falsafah ini ialah manusia. Persepsi manusia melalui deria ada kalanya
boleh jadi tersilap. Ini disebabkan perlakuan manusia tidak boleh diukur secara
saintifik untuk menentukan pencapaiannya.
5.0
Pragmatisme
Ahli-ahli falsafah ini percaya bahawa pengalaman manusia
menggambarkan realiti. Segala yang wujud sentiasa berubah dan tidak tetap atau
kekal. Jadi, sesuatu idea harus dipraktikkan dahulu secara objektif untuk
mengesahkan kebenaran sesuatu idea.
Mereka menganggap bahawa jika alam ini mempunyai sesuatu
tujuan yang tersembunyi daripada manusia, maka tujuan tersebut dianggap tidak
nyata kerana manusia tidak dapat mengalaminya. Maka, dalam pragmatisme, manusia
adalah pengukur utama. Ia terikat ketat dengan cara saintifik (kaedah yang
memerlukan sesuatu andaian dibentangkan dan dikajikan dengan teliti).
5.1 Kelebihan Pragmatisme
Keteguhan falsafah ini terkandung dalam keutamaan yang
diberi kepada proses untuk mendapat kebenaran. Cara saintifik merupakan cara yang anggap
paling sesuai untuk mengenali yang benar atau realiti kerana proses uji-menguji
itu sendiri akan menghasilkan apa yang benar. Dalam falsafah ini, timbulnya
kehendak sosial dan individu di mana idea tindakan yang baik timbul daripada
kehendak etika dan estetika yang dianggap penting oleh masyarakat.
Falsafah ini turut menghasilkan konsekuen awam. Nilaian
akhir dibuat apabila terdapat kesan sesuatu tindakan atau objek atas masyarakat.
Setiap tindakan wujud hanya dalam konteks pengalaman manusia. Tindakan tersebut
akan dikatakan baik apabila masyarakat menganggap tindakan tersebut berguna.
Malah, para pendidik juga mempunyai kepelbagaian kaedah
pengajaran bergantung kepada perubahan situasi pembelajaran
5.2
Kelemahan
Pragmatisme
Hanya satu cara untuk mengenalpasti kebenaran dan realiti
iaitu bergantung kepada kaedah saintifik sahaja. Malah, aspek nilai dan moral
tidak begitu jelas dan kurang diberi penekanan dalam pandangan pragmatisme. Mengikut
pandangan falsafah, nilai-nilai kemanusiaan kurang stabil kerana segalanya
sentiasa berubah. Contohnya, bagaimanakah pendidik dapat berfungsi dengan baik
tanpa nilai atau objek yang stabil dan tertentu.
6.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, untuk
falsafah realisme, pendidik muzik perlu melihat aspek-aspek yang bersesuaian
untuk dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Walaupun terdapat
beberapa kelemahan, maka ia boleh diubahsuai dan tidak bergantung semata-mata
kepada prinsip yang terkandung dalam falsafah.
Dengan aspek
falsafah idealisme pula, citarasa muzik manusia telah meningkat. Hanya muzik
yang berkualiti dipilih. Ini membolehkan murid mempelajari muzik yang lebih
berkualiti secara berkesan. Malah, disiplin juga dipentingkan dan guru memainkan
peranan sebagai model kepada pelajar.
Dalam falsafah pragmatisme pula, ia penting untuk
menghasilkan pelajar yang berdikari kerana dapat mewujudkan motivasi melalui
pengalaman sendiri. Yang penting sekali, dalam pendidikan, segala pengajaran
dan pembelajaran yang dirancang haruslah terarah dan adanya hala tuju.
It have a great help for those who are furthering their studies. Keep up the good work .
ReplyDeleteWhat is advantages studies philosophy? anybody can help me?
ReplyDeleteYou will know what is the function of you studying, learning, observing something. And ofc this philosophy will help you find the truth
DeleteWhat is advantages studies philosophy? anybody can help me?
ReplyDeleteTerima kasih. Sedang menonton UTAM, dan terpaksa google untuk definisi-definisi falsafah ini.
ReplyDeletetq.. sngat membantu..
ReplyDeletetqvm...
ReplyDeleteTq tulisan yang amat bermanfaat
ReplyDeletejordan shoes
ReplyDeletekyrie 6
golden goose outlet
hermes bags
lebron 17
balenciaga sneakers
supreme
curry 7 sour patch
supreme
longchamp handbags