MID NUFF

Pergerakan Asas Lokomotor Dan Bukan Lokomotor Dengan Menggunakan Alatan





ISI KANDUNGAN

Tajuk

Halaman
1.     Pengenalan


2.     Matlamat


3.    Objektif


4.     Tarikh


5.     Masa


6.     Tempat


7.    Kumpulan Sasaran


8.     Panduan Pelaksanaan Demonstrasi
            i.  Prosedur Pelaksanaan Demonstrasi
               - Jenis-jenis Pergerakan
               - Pelan Kedudukan Ujian Amali Pergerakan Asas
          ii.  Senarai Peralatan Berat
          iii. Senarai Alatan Tangan       

9.  Rumusan


10.  Refleksi


11. Lampiran




Pergerakan Asas Lokomotor Dan Bukan Lokomotor
Dengan Menggunakan Alatan



1.0  Pengenalan


Menurut tokoh dalam bidang  pendidikan jasmani seperti LeBlanc, B. Dan Lowy, S. (1994) serta Burton (1977), pergerakan asas merupakan proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar dan ia melibatkan gabungan psikomotor, kognitif dan afektif iaitu hubung kait motor penglihatan, motor-pendengaran, motor kinestatik dan motor-taktile.

Namun, pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Kedua-duanya memberi penekanan kepada aspek-aspek ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan permainan dan kemahiran gimnastik.

Pergerakan asas juga meliputi pergerakan lokomotor, iaitu kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kasar seperti mlompat, berjalan, berlari dan sebagainya. Sebaliknya pergerakan bukan lokomotor pula merujuk kepada kebolehan menggunakan otot-otot kecil seperti mencucuk manik, mengangkat tangan, menghayun tangan dan sebagainya.

Manipulasi alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dengan alatan.  Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan secara individu atau dalam kumpulan. Namun, pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah untuk menguji keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan badan selari dengan kuasa graviti dalam suasana yang dipilih.
2.0  Matlamat

Matlamat penghasilan kertas kerja ini adalah untuk memberikan peluang kepada pelatih agar dapat memperlajari teknik-teknik dan jenis-jenis pergerakan asas. Malah, ia juga untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelatih tentang pergerakan asas.

3.0  Objektif

Kertas kerja yang disediakan ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut :

i.          memberi peluang kepada pelatih untuk mencurahkan idea dan perasaan.
ii.         mempelajari cara untuk menyusun atur pergerakan mengikut ruang dan
aliran.
iii.        pelatih dapat menjana idea dan pemikiran yang kreatif, mereka cipta serta
mencipta pergerakan tubuh badan.
iv.           meningkatkan kefahaman tentang pergerakan jika bergabung dengan alatan.

4.0  Tarikh : 4 September 2008

5.0  Masa : 12.00 pm

6.0  Tempat : Gimnasium Tunku Aziz

7.0  Kumpulan Sasaran : Murid-murid Sekolah Rendah




8.0  Panduan Pelaksanaan Demonstrasi
8.1 Prosedur Pelaksanaan Demonstrasi

A) Jenis Pergerakan
Pergerakan
Huraian
Pergerakan 1
Bukan Lokomotor
- Kedua-dua tangan mengangkat gelung atas kepala.
- Berdiri dengan satu kaki.

Pergerakan 2
Lokomotor
- Berjalan sambil berpusing.
- Tangan memusingkan gelung atas kepala semasa
   berjalan.

Pergerakan 3
Bukan Lokomotor
- Atas peti lombol.
- membuat regangan badan. Badan bongkok ke depan
  dan tangan menyentuh lantai.

Pergerakan 4
Lokomotor
- Menari dengan tarian Waltz.
- kedua-dua tangan memegang gelung.

Pergerakan 5
Bukan Lokomotor
- Membuat imbangan dengan satu kaki dan satu kaki
  mengangkat ke belakang.
- Tangan memegang gelung dan menghala ke belakang
   sehingga nenyentuh kaki yang angkat.

Pergerakan 6
Lokomotor
- memusing badan dengan 180  atas tilam.
- mendarat lalu mencapai gelung yang diletak di atas
  tilam.

Pergerakan 7
Bukan Lokomotor
- membuat regangan kaki.
- tangan memegang gelung dan naik lurus ke atas.

Pergerakan 8
Lokomotor
- Membaling gelung ke atas.
- berjalan sambil menyambut gelung.

Pergerakan 9
Bukan Lokomotor
- Imbangan dengan kedua-dua hujung kaki serta tapak
  tangan kiri
- tangan memusing gelung naik lurus ke atas dengan  
  tangan kanan.

Pergerakan 10
Lokomotor
- Galop menerusi keenam-enam gelung yang terletak di  
  atas lantai.
- kedua-dua tangan memegang gelung dan menghayun
  ke depan dan belakang.  

Pergerakan 11
Bukan Lokomotor
- Membuat bentuk bunga
- membuka kedua-dua tangan sambil memegang gelung -- satu kaki letak lurus di atas bangku.

Pergerakan 12
Lokomotor
- jalan Grapvine (Berjalan kaki buka, bersilang, buka dan 
  tutup) di atas bangku
- tangan memusingkan gelung.

Pergerakan 13
Bukan Lokomotor
- Duduk atas lantai (satu kaki belakang)
- tangan memusingkan gelung naik lurus atas kepala.

Pergerakan 14
Lokomotor
- Tukar alatan kepada ”belantan”.
- Melompat ketingting dalam skitel
- tangan bersilang mengetuk belantan.

Pergerakan 15
Bukan Lokomotor
- Membaling belantan ke atas, menyambut dan  
  kemudiannya tunduk sambil tangan memusingkan  
  belantan.
Pergerakan 16
Lokomotor
- Melompat sambil berpusing
- tangan memusingkan belantan.

Pergerakan 17
Bukan Lokomotor
- Lentik belakang
- Membongkokkan badan dengan kaki kangkang dan
  kedua-dua tangan rapat ke lantai antara kedua-dua kaki
  sambil tangan mencapai belantan.

Pergerakan 18
Lokomotor  
- Menggelongsor ke arah papan anjal
- tangan letak di belakang badan.

Pergerakan 19
Lokomotor
Lari dan lompat di atas papan anjal.


Pergerakan 20
Bukan Lokomotor
Lompat ke dalam gelung dan mengangkat gelung sambil kaki hala ke depan.















B) Pelan Kedudukan Ujian Amali
Rujuk kepada lampiran yang disediakan.

8.2       Senarai Peralatan Berat
            A) peti lombol                                    1
            B) tilam                                               1
            C) gelung                                          6
            D) bangku                                         1
            E) Skitel                                             6
            F) papan anjal                                  1
peralatan berat diletakkan di stesen-stesen yang telah ditentukan.


8.3      Senarai Alatan Tangan
a)    Bola gimnastik
b)    Kayu
c)    Riben
d)    Belantan
e)    Tali


9.0       Rumusan
            Melalui kertas kerja dan ujian amali kali ini, ia telah banyak meningkatkan kefahaman saya tentang pergerakan asas. Saya telah banyak memperoleh pengetahuan dalam bidang ini kerana telah banyak mencari maklumat ketika dalam proses menyiapkan kertas kerja ini.
Di samping itu, semasa dalam proses mencipta pergerakan dalam stesen-stesen tertentu, ia telah mencungkil kreativiti saya dengan menjana idea yang baru. Saya mendapati bahawa gimrama ataupun pergerakan asas adalah amat menaik sekiranya kita meletakkan usaha dalam kreativiti untuk mencipta pergerakan baru.

Refleksi

            Saya ingin berterima kasih kepada pensyarah kerana saya diberi peluang untuk mempelajari pergerakan asas yang amat menarik ini. Kami jarang mempunyai peluang untuk mempelajari teknik-teknik ini. Namun sekarang, kami dibekalkan dengan alatan gimrama serta bimbingan pensyarah yang berpengalaman dalam bidang ini.

            Melalui aktiviti ini, saya telah memahami teknik-teknik gimrama serta kecantikan setiap pergerakan. Setiap pergerakan adalah unik dan melibatkan keseragaman serta kelinciran pergerakan. Walaupun saya bukan ahli gimrama, saya juga berlatih bersungguh-sungguh agar mencapai tahap yang memuaskan.

            Selain itu, aktiviti ini telah meningkatkan kreativiti saya terutamanya dalam mencipta pergerakan-pergerakan bagi setiap stesen yang disediakan. Saya mencipta cara unik untuk memanipulatifkan alatan, tukar alatan serta pergerakan yang cantik. Jadi, saya rasa ini alah peluang yang baik untuk menguji kreativiti serta menambah nilai estetika kami.
           
            Saya juga berlajar untuk berani mencuba. Jika kita berani mencuba, barulah kita akan mendapat hasil. Pada permulaannya, saya malu membuat pergerakan di depan orang ramai. Namun atas bimbingan pensyarah, saya berani mencuba setiap pergerakan dan akhirnya berjaya mengatasi halangan mental dalam diri saya. Pensyarah juga sabar dan prihatin dalam mengajar, memberi idea serta memperbetulkan setiap pergerakan kami.

Keseluruhannya, saya memang telah banyak mempelajari serta mendapat ilmu pengetahuan tentang pergerakan asas daripada aktiviti ini sama ada dari buku, bimbingan pensyarah, siaran langsung gimrama dari Sukan Olimpik, latihan serta ujian amali pergerakan asas. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada penyarah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI