MID NUFF

Apakah yang dimaksudkan dengan Pendidikan Jasmani?


Apakah yang dimaksudkan dengan Pendidikan Jasmani?

Pendidikan Jasmani merupakan satu proses pembelajaran yang menumpukan kepada peningkatan pengetahuan, pengaruh sikap dan tingkah laku berkaitan dengan aktiviti fizikal (senaman, sukan, permainan, menari, aktiviti akuatik dan pendidikan luar). Kesemua aktiviti ini dijalankan di kelas atau luar kelas secara formal atau tidak formal. Pendidikan Jasmani juga merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal. Selain itu, ia juga merupakan satu proses di mana perubahan yang positif berlaku ke atas individu melalui pengalaman pergerakan. Pendidikan Jasmani ini adalah satu pendidikan melalui pergerakan yang memberi fokus kepada tiga domain iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.
Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Menurut Baley & Field (1967), Pendidikan Jasmani merupakan proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromascular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik melalui aktiviti fizikal terpilih.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI