Islam Hadhari
ISLAM
HADHARI (RINGKASAN)
1.0
KONSEP
Islam Hadhari
bukanlah agama baru dan bukan ajaran baru. Islam Hadhari juga bukannya mazhab
baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas
atau fundamental yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis yang merupakan teras
pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan
yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan
pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan
melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta
pembangunan fizikal.
2.0
PRINSIP ISLAM HADHARI
Prinsip-prinsip
Islam Hadhari adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan
pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada
mana-mana pihak dalam sebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama
dan berbilang kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk memperkasakan
umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.
2.1 KEIMANAN
DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH
Bagi orang
Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
sebagai teras utamanya. al-qur’an dan sunnah Rasulullah S.A.W sebagai teras
pegangan dan rujukannya. Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan), syariah
(perundangan), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan
pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang
berkualiti dan negara yang cemerlang.
2.2
KERAJAAN
ADIL DAN BERAMANAH
Adil adalah
memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masing-masing. Kerajaan yang adil dan beramanah menekankan pentadbiran
yang adil bagi semua rakyat. Maka, Urus tadbir yang
berkesan, telus, amanah, ikhlas, tekun dan bertanggungjawab adalah dititik beratkan. dengan itu, kebajikan rakyat dapat terpelihara.
2.3 RAKYAT BERJIWA MERDEKA
Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah
mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka. Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan
inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang
dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat
bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
2.4 PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN
Kemampuan
menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif boleh menjadikan kita memiliki
kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual
dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani
dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis
seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita.
2.5
PEMBANGUNAN
EKONOMI SEIMBANG DAN KOMPREHENSIF
Dalam usaha untuk memajukan negara, aspek ekonomi turut
sama diberi keutamaan oleh Islam. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
memberikan satu pendekatan yang menggabungkan kepada usaha memantapkan amalan
ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara
berkesan sesuai dengan perkembangan ekonomi di dalam negara dan diperingkat antarabangsa.
Islam pada
permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian kehidupan
masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam
kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan Islam menuntut
semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya
dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan
individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek termasuk
aspek kerohanian, fizikal dan material.
2.7
PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA
Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan
insan itu diberikan kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai
kumpulan majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang
negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung dalam
matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Oleh itu tidak boleh
berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau
perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah
dari segi undang-undang.
2.8
KEUTUHAN
BUDAYA DAN MORAL
Satu daripada
perinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya keutuhan budaya
dan ketinggian moral sebagai identiti negara tersebut. Dalam rangka
meningkatkan kemajuan negara Malaysia ,
kepelbagaian budaya dan agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan
akhlak yang kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang
mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam
masyarakat majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani.
2.9
PEMELIHARAAN
ALAM SEMULAJADI
Kehidupan
manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga
hubungan manusia dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati oleh
manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia
dengan alam tabii. Dalam proses pembangunan, manusia mempunyai kecenderungan
untuk menguasai dan mengekploitasi alam tabii secara berlebihan dengan
menggunakan sains dan teknologi. Natijahnya, keseimbangan alam semula jadi
tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global,
ribut taufan, hujan asid, pencemaran udara, air dan darat, kepupusan tanaman,
habitat dan sebagainya semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem
yang dilakukan oleh aktiviti manusia.
Untuk
mengatasi semua ini alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan
pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang
berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama,
bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi
penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan
kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan kepada seluruh peringkat
masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan
secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak mendatangkan risiko
yang tinggi kepada kehidupan sejagat.
Adalah menjadi pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya disamping berusaha untuk terus maju.
Adalah menjadi pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya disamping berusaha untuk terus maju.
2.10 KEKUATAN PERTAHANAN
Islam Hadhari
melihat pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan
persenjataan, malah ia merangkumi pembinaan ketahanan melalui modal insane iaitu kekuatan diri, fizikal dan spritual.
Dengan itu, ia dapat menyemarakkan semangat patriotik dan cinta akan Negara. Adalah sangat pentingnya untuk memiliki
sistem pertahanan terbaik dan disegani. Malah, pembangunan kekuatan pertahanan boleh berasaskan teknologi
Comments
Post a Comment