Nyatakan kepentingan pendidikan jasmani yang perlu difahami oleh guru bagi memenuhi aspirasi dan keperluan yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Negara?
. Nyatakan
kepentingan pendidikan jasmani yang perlu difahami oleh guru bagi memenuhi
aspirasi dan keperluan yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Negara?
Pendidikan Jasmani perlu difahami oleh guru untuk
menyumbang ke arah pembangunan fizikal kanak-kanak. Ini dapat membangkitkan
pembelajaran murid-murid secara inkuiri dan penemuan melalui aktiviti fizikal
yang kreatif dan imaginatif. Dengan kefahaman tersebut, seseorang guru PJ juga
berupaya mewujudkan peluang kepada kanak-kanak untuk mengalami pengalaman yang
seluas mungkin melalui pelbagai pergerakan dan aktiviti dalam cara dengan
menggunakan alatan atau tanpa alatan dan menggunakan alatan dalam pelbagai
cara. Kefahaman ini juga penting untuk membangunkan koordinasi fizikal dan mental,
kawalan diri dan keyakinan diri kurid-murid. Ini dapat meningkatkan keupayaan
fizikal kanak-kanak dengan membangunkan sifat mudah menyesuaikan diri dalam
situasi yang berbeza.
Selain itu, ini membolehkan setiap kanak-kanak dapat
mengalami perasaan kejayaan melalui pelbagai aktiviti fizikal. Guru juga dapat
menolong kanak-kanak mengalami keseronokan yang berkaitan dengan pelajaran yang
dirancang dengan rapi, memberansangkan dan bertujuan. Malah, kanak-kanak juga
dapat belajar cara untuk bekerjasama dengan orang lain dan bekerja dengan
jayanya sebagai seorang ahli kumpulan.
thanx cikgu sporting,nice info.
ReplyDeletewah bagus arr ...mesti pointer tinggi nih....anyway thanks 4 dis note
ReplyDeleteشركة مكافحة النمل الابيض بنجران
ReplyDelete