Asas Psikologi Pendidikan(Teori Perkembangan Piaget, Aliran Pemikiran)
Asas Psikologi Pendidikan
1.0 Pengenalan
Ilmu
Psikologi dikaji oleh tokoh-tokoh spt
Socrates, Plato dan Aristottle sejak zaman awal Greek lagi (384-322SM). Ahli
falsafah Yunani, Plato dan Aristotle pula menyatakan bahawa “Akal fikiran manusia merupakan sesuatu benda
yang wujud secara tersendiri dalam tubuh manusia”
Psikologi adalah perkataan yang berasal dari
tamadun Greek purba, iaitu dari perkataan ‘Psych’ dan ‘Logos’. Ia dapat
didefinisikan sebagai:
- Kajian tentang proses mental dan pemikiran,
terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan”
- Pola pemikiran dan
perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu”
- Kebijaksanaan
memahami sifat manusia”
Ia melingkungi aspek-aspek tingkah laku manusia dan juga
bagaimana akal fikiran manusia berfungsi. Psikologi boleh dibahagikan kepada
beberapa fakulti semula jadi iaitu logik, niat dan sebagainya yang
bertanggungjawab mengakibatkan segala tingkah laku manusia.
2.0
Aliran
Pemikiran
2.1 Behaviorisme
Mazhab ini bermaksud menumpukan hampir segala kajiannya
terhadap hanya tingkah laku yang dapat diperhatikan. Ahli falsafah ini berpendapat
bahawa segala pertukaran pada tingkah laku manusia atau organism adalah
diakibatkan oleh satu proses pembelajaran yang dinamakan pelaziman. Behaviorisme
menumpukan perhatian ke atas tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan
boleh diukur.
Ahli-ahli psikologi Behavioris berpendapat kita tidak
dapat melihat pemikiran tetapi kita dapat membuat pemerhatian terhadap
perlakuan manusia. Mereka berpendapat tingkah laku melambangkan pembelajaran
berulang dan bagaimana proses pembelajaran berlaku.
2.2
Kognitivisme
Mengikut
ahli-ahli kognitivisme, ia mementingkan segala proses mental yang wujud atau
berlaku dalam akal fikiran manusia. Aliran ini mengkaji pemikiran
manusia, persepsi dan penanggapan, kognisi, metakognisi, kemahiran berfikir
kritis dan kreatif, kemahiran belajar, motivasi dan lain-lain. Proses kognitif
ini diberi makna dan wujud dalam bentuk simbol, tanda, ikonografi dan konsep
abstrak.
Ahli falsafah, Jerome Bruner mempercayai bahawa
pendekatan yang baik untuk mempelajari sesuatu baru adalah melalui proses
pembelajaran penemuan. Ia memberikan satu peranan yang aktif kepada
pelajar untuk untuk mengaturkan bahan-bahan yang hendak dipelajari.
3.0
Teori Perkembangan Piaget
Piaget
mengkaji bagaimana individu memproses maklumat dan mengemukakan pendapat
tentang perkembangan kognitif manusia dalam bentuk tahap demi tahap. Piaget
membentangkan teori tentang perkembangan
kanak-kanak dalam satu struktur mempunyai 4 peringkat yang dinamakan tahap
atau zaman.
3.1
Deria Motor
(0-7 tahun)
Bayi
mengkodinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema
tingkah laku yang membolehkan mereka “bertindak” dan “mengetahui”
persekitarannya. Kanak-kanak pada peringkat ini berdasarkan interaksi
mereka dengan alam sekeliling melalui pacaindera. Mereka sedar akan
kewujudan sesuatu benda hanya jika benda itu boleh dikesan oleh salah satu
pacaindera.
3.2 Peringkat Praoperasi (2-7
tahun)
Kanak-kanak memproses maklumat yang diterima dengan cara
yang kurang berkesan dari segi kebolehan untuk menyimpan imej-imej mental. Kebolehan
ini dinamakan Pengekalan oleh Piaget. perkembangan drastik berlaku dalam
penggunaan simbol mental (perkataan dan imej) untuk menyatakan objek, orang dan
peristiwa yang dialami oleh kanak-kanak. Simbol bermaksud perkataan yang boleh
menggantikan perkataan lain.
3.3 Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak mengalami perkembangan
pesat dalam proses operasi kognitif dan mengaplikasi ini bila berfikir tentang
objek, situasi dan orang yang telah mereka lihat. Kanak-kanak dapat memahami
elemen muzik dengan baik jika didedahkan dalam susunan yang berurutan pada
peringkat ini.
3.4
Peringkat Operasi Formal (12 tahun ke
atas)
Pada peringkat
operasi formal, kanak-kanak boleh melakukan proses mental ke atas idea atau
fakta dan andaian-andaian. Mereka berkebolehan untuk menggunakan beraneka jenis
strategi untuk menyelesaikan masalah. Mereka juga berupaya berfikir dan menilai
sesuatu berdasarkan pemikiran abstrak atau logik.
4.0
Kepentingan Psikologi Pendidikan
Guru dapat
memahami murid dari segi perkembangan fizikal, emosi dan intelek maka
dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap
pertumbuhan dan perkembangan murid.
Guru dapat
menyedari aspek kecerdasan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran maka lebih
prihatin kepada individu yang lambat pembelajarannya dan akan lebih sabar dalam
membimbing kanak-kanak. Murid yang lambat perkembangannya boleh diberi aktiviti
pemulihan. Manakala murid yang cepat pembelajarannya boleh diberi aktiviti
pengayaan.
Dengan adanya
psikologi pendidikan, guru boleh merancang strategi pengajaran untuk mengatasi
masalah pembelajaran murid. Mereka dapat mengenal pasti jenis aktiviti
pengajaran yang khusus kepada murid tertentu untuk menangani permasalahan dalam
penimbaan ilmu pengetahuan, psikomotor dan afektif.
Malah, guru juga
dapat berfokus kepada proses pemikiran pelajar dan bukan hanya kepada hasil
atau produk akhir untuk memastikan pelajar telah mengalami proses berfikir yang
betul. Pendidik muzik juga dapat berkenalan dengan personaliti dan aliran
fikiran utama dalam bidang ini dan memahami bagaimana ia mempengaruhi pedagogi
untuk pendidikan muzik.
Teori dalam psikologi menggalakkan pelajar melibatkan
diri dalam aktiviti pembelajaran. Pelajar berupaya untuk meneroka dan
mendapatkannya sendiri pengetahuan melalui interaksi dengan persekitaran.
Ia juga menyedarkan pendidik dan akhlak supaya
perkembangan kognitif kanak-kanak tidak boleh dipercepatkan melalui melalui
kaedah tertentu. Ia harus mengikut susunan berurutan untuk menjamin
perkembangan yang seimbang dan sihat.
cοntinuously i used to read smalleг аrticleѕ whіch also
ReplyDeleteclеar their mοtіve, anԁ thаt
is also haρpenіng with this paragraρh which I am readіng at thiѕ ρlace.
Hегe iѕ my web ѕite :: taxi service irving texas