click ni ye!

Friday, October 12, 2012

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI


PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI
Pertandingan

1.            Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian.

2.            Sebelum pertandingan bermula, hakim-hakim akan mengumumkan kepada peserta-peserta ketinggian lompatan permulaan dan juga ketinggian yang akan dinaikkan setiap kali berakhirnya satu-satu pusingan sehingga hanya seorang pemenang sahaja yang tinggal, atau terdapat keadaan seri bagi tempat pertama.
Melainkan seorang peserta sahaja yang tinggal.
a)    Palang tidak boleh dinaikan kurang daripada 2 CM, bagi setiap pusingan.
b)    Penambahan bagi kenaikkan palang tidak boleh dibenarkan.
Di dalam pertandingan bercampur yang dikelolakan dibawah peraturan 12.1 (a), (b) dan (c). Setiap ketinggian yang ditambah adalah 3 CM, sehingga tamat pertandingan.

3.            Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.

4.            Sebaik sahaja pertandingan dimulakan, para peserta tidak dibenarkan menggunakan landas lari ataupun kawasan melonjak untuk latihan.

5.            Seorang peserta gagal jika:
a)    Setelah melompat, palang tidak berada di atas cagak-cagak pengalasnya kerana aski peserta tersebut ketika melompat
b)    Menyentuh bumi terrmasuk kawasan mendarat di belakang kedua-dua tiang tersebut dengan sebrang bahagian badannya tanpa melompat melepasi palang tersebut. Walau bagaimanapun jika ketika melompat peserta itu menyentuh kawasan mendarat dengan kakinya dan pada hemat hakim, tidaklah menjadi satu sebab untuk dianggap sebagai gagal.

6.            Seorang peserta boleh mula melompat setinggi mana yang disukainya keatas ketinggian permulaan dan boleh  melompat sesuka hatinya di paras-paras tinggi yang berikutnya. Tiga kali kegagalan berturut-turut tidak kira dimana sahaja kegaglan itu berlaku, akan menyingkirkan peserta tersebut dari membuat lompatan lagi, melainkan dalam keadaan seri di tempat pertama. Tujuan peraturan ini adalah untuk membolehkan seseorang peserta bertindak menolak giliran melompat kedua dan ketiga pada ketinggian tertentu ( setelah gagal lompatan pertama atau kedua ) masih boleh melompat pada ketinggian berikut. Jika seseorang  peserta tidak melompat di sesuatu ketinggian, ianya tidak lagi boleh melompat pada ketinggian itu, melainkan jika terdapat seri.

7.            Sebatang penguku ketinggian yang baru hendaklah dibuat sebelum para peerta melompat pada ketinggian tersebut. Di dalam hal pemecahan rekod-rekod, hakim-hakim mestilah memeriksa ukuran ketinggian palang yang diletakkan pada ketinggian rekod mestilah mengukur sekali sebelum percubaan pemecahan rekod seterusnya sekiranya palang itu disentuhi.
NOTA:  Hakim-hakim hendaklah memastikan sebelum memulakan pertandingan bahawa muka depan dan bawah kayu palang dapat dikenali dan kayu palang itu hendaklah sentiasa diletakkan dengan muka yang sama ke atas dan ke hadapan.

8.            Walaupun sesudah semua peserta gagal, kecuali seorang masih melompat, maka ia tidak layak lagi meneruskan pertandingan. Ketinggian seterusnya adalah ditetapkan oleh peserta-peserta tersebut setelah berbincang dengan hakim atau referi berkenaan.
NOTA.      Ini tidak termasuk acara-acara bercampuran.

9.            Lompatan yang terbaik dari semua lompatan diambil dalam keadaan seri untuk tempat pertama.

10.         Lompatan yang terbaik dari semua lompatan bagi tiap-tiap peserta akan dikira termasuk lompatan yang diambil dalam keadaan seri untuk tempat pertama.

Landas Lari Dan Kawasan Melompat

11.         Jarak minimum bagi landas lari ialah 15 cm, kecuali di dalam pertandingan. Pertandingan di bawah peraturan 12.1 (a), (b) dan (c) di mana jarak minimumnya ialah 20 m. Di mana keadaan mengizinkan jarak minimum landas hendaklah berukuran25 m.

12.         Curam keseluruhan maksimum landasan dan kawasan melompat tidak boleh melebihi 1 250 ke arah bahagian tengah palang.

13.         Landasan di tapak tempat melonjak hendaklah rata. Jika tikar digunakan semua. Rujukan dalam peraturan mengenai rata balapan atau kawasan melompat hendaklah rata dengan permukaan tikar

14.         Penanda. – seseorang peserta boleh menggunakan  satu atau dua penanda ( yang disahkan atau disediakan oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola ) bagi membantu di dalam larian dan lompatannya. Sekiranya penanda seperti itu tidak disahkan, peserta itu boleh menggunakan pita pelekat tetapi bukan kapur atau sebarang bahan seperti itu, ataupun sebarang benda yang boleh meninggalkan kesan yang kekal.

Alat-alat.

15.         Tiang-tiang.   Sebarang jenis tiang boleh digunakan kejor/tegar. Cagak-cagk hendaklah dipasng dengan kemas kepada tiang-tiang, Tingginya tiang-tiang ini mestilah melebihi maksimum ketinggian ke mana kayu palang boleh dinaikkan dengan sekurang-kurangnya 10 mm. Jarak diantara tiang-tiang tidak boleh kurang daripada 4.00 meter dan tidak lebih daripada 4.04 meter.

16.         Tiang-tiang tidak boleh dianjakkan sewaktu pertandingan dijalankan, melainkan padaa pendapat referi bhawa tempat melonjak atau kawasan mendarat tidak lagi sesuai digunakan. Dalam keadaan seperti ini, perubahan hanya dilakukan setelah sesuatu pusingan diselesaikan.

17.         Palang.      Kayu palang hendaklah diperbuat daripada bahan seperti “ fiber glass”, logam atau lain-lain bahan yang sesuai, berbentuk bulat pada keratan rentasnya kecuali di kedua-dua hujungnya. Panjang keseluruhan palang tersebut ialah 4.00 m  ( lebih kurang 2 cm ). Berat maksimumnya ialah 2 kg. Garis bahagian bulatnya ialah 30 mm. Palang tersebut hendaklah mengandungi tiga bahagian-bahagian berbentuk bulat panjang dan dua bahagian hujung, setiap satu berukuran lebar 30 – 35 mm dan panjang 15 – 20 cm bagi tujuan diletakkan di atas cagak tiang. Hujung palang hendaklah licin dan kukuh. Hujung palang tidak boleh disalut dengan getah atau dengan apa juga bahan lain yang akan mengakibatkan lebih pergeseran di antara hujung palang dan cagak. Palang ini tidak boleh menyentuh apabila diletakkan di atas tempatnya. Lenteruan yang dibolehkan ialah paling maksimum 2 cm. Pengawasan, gantungkan timbangan seberat 3 kg di tengah-tengah palang ketika berada di tempatnya. Kemungkinan ianya akan menyentuh 7 cm maksimum.

KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU SEMASA LOMPATAN

1)    Permulaan larian yang terlalu laju dan mengurangkan kelajuan pada 3 langkah terakhir.
2)    Langkah lari landas terlalu pendek hingga menyebabkan atlit terpaksa membuka langkah semasa melencong.
3)    Jarak tempat melonjak terlalu dekat dengan palang.  Ini menjadikan jarak penujuan terlalu pendek dan terlalu kecil sudutnya.
4)    Peserta menggunakan kedua belah kaki untuk melonjak ketika mula melompat.
5)    Tidak mengekalkan posisi menegak menyebabkan kepala dan bahu terlalu dekat dengan palang semasa melonjak.
6)    Terlalu cepat membengkokkan badan ke palang.
7)    Menjunam ke arah palang atau melonjak terlalu dekat.
8)    Kaki belakang terkena palang kerana hayunan lutut tidak diselesaikan dengan cara melipat tumit.
9)    Lengkungan badan tidak sempurna semasa layangan.
10) Mendongak ke belakang yang keterlaluan atau tidak membengkokkan kaki dan mendongak semula di fasa pemulihan.
11) Sebelum badan melepasi palang, bahagian-bahagian badan menyentuh atau termasuk ke sebelah kawasan mendarat.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

1)    Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelak kecederaan.
2)    Pastikan tempat daratan atau tilam yang digunakan untuk mendarat selamat.
3)    Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau mudah jatuh.
4)    Palang mestilah diletakkan di belakang tiang menghadap tempat daratan supaya ia jatuh ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat peserta lompatan.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India