MID NUFF

Kemahiran Dalam Bola Jaring


C.  KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING
3.0 MENGHANTAR BOLA
Dalam permainan bola jaring, pemain tidak dibenarkan berlari sambil membawa bola. Pemain terpaksa menggerakkan bola dengan membuat hantaran pada masa yang tepat dengan cara yang sesuai dengan situasi permainan kerana dalam permainan bola jaring tidak ada pilihan untuk menggelecek bola. Negara-negara yang maju dalam bola jaring membentuk corak permainan mereka berdasarkan kemahiran hantaran yang dikatakan sebagai paling berkesan untuk pasukan tersebut. Terdapat beberapa cara menghantar bola yang biasa dilakukan, antaranya ialah:
      i.        Hantaran aras bahu           
    ii.        Hantaran aras dada
   iii.        Hantaran lantun
   iv.        Hantaran aras kepala
    v.        Hantaran rendah/sisi/bawah
   vi.        Hantaran sisi Hantaran lob
  vii.        Hantaran peluru
viii.        Hantaran bawah bahu

3.1 Jenis-jenis hantaran
Hantaran dalam bola jaring tergolong dalam dua kategori, iaitu hantaran dua tangan dan hantaran satu tangan. Hantaran ini terdapat dalam dua kategori iaitu hantaran bola tinggi dan hantaran bola rendah.
1.    Hantaran dua tangan:
-       Hantaran dada
-       Hantaran lantunan
-       Hantaran atas kepala
-       Hantaran sisi
2.    Hantaran satu tangan:
-       Hantaran aras bahu
-       Hantaran lob
-       Hantaran peluru
-       Hantaran bawah bahu
-       Hantaran lantun

Hantaran boleh dilakukan dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan, semasa pemain dalam keadaan bergerak atau dalam keadaan statik atau pegun.
Cara seseorang pemain menghantar bola kepada rakan sepasukannya adalah bergantung kepada beberapa faktor situasi seperti:
a.    Kedudukan pihak lawan yang mengawal penerima
b.    Jarak penerima dari penghantar
c.    Ruang yang sedia ada untuk penerima bergerak

3.2 Teknik dan tujuan hantaran
3.2.1 Hantaran aras dada
Dengan kedua-dua belah tangan. Bola mula ditolak dari dekat badan di aras dada dengan jari-jari tangan melingkungi bola. Tolak bola dengan kuat dengan meluruskan siku dan diakhiri dengan tolakan jari-jari.

Rajah 7: Kedudukan pemain semasa ingin membuat hantaran aras dada


Tujuan:
Untuk penghantaran yang pantas, segera dalam jarak yang sederhana apabila penerimaan tidak dihalang oleh lawannya.
Butir-butir mengajar:
-       Badan dalam kedudukan seimbang
-       Sebelah kaki melangkah ke arah lontaran
-       Luruskan tangan serentak dengan hantaran

3.2.2 Hantaran lantunan
Menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Dengan sebelah tangan, mulakan pergerakan melontar bola dari aras bahu sambil merendahkan badan. Dengan kedua-dua belah tangan, mula tolakan dengan bola dari aras dada. Sambil menolak bola, pemain melangkah sebelah kaki ke depan untuk mengimbangi badannya.







Rajah 8: Membuat hantaran lantunan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan

Tujuan:
Untuk membuat hantaran secara mengejut bagi menembusi kawalan ketat. Gerak keliru digunakan sebelum bola dilantunkan kepada penerimanya.
Butir-butir mengajar:
-       Lantunkan bola tepat kepada sasaran dengan pergerakan pergelangan tangan
-       Bertindak dengan pantas
-       Ketika melantunkan bola, condongkan sedikit badan ke depan

3.2.3 Hantaran atas kepala atau hantaran lob
Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Bola diangkat tinggi ke atas kepala dan dilontar ke sasarannya dengan meluruskan siku.







Rajah 9: Bola diangkat tinggi untuk membuat hantaran atas kepala atau hantaran lob
Tujuan:
 Untuk mengatasi kawalan pemain yang menghadang penerima.
Butir-butir mengajar:
-       Bawa bola ke belakang kepala sebelum melontarnya
-       Luruskan siku ketika melepaskan bola ke depan
-       Pandang pergerakan penerima

3.2.4 Hantaran sisi/rendah/bawah
Menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Bola dibawa ke sisi badan pada aras pinggang. Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, bola digerakkan (ditolak ke arah pemain). Dengan menggunakan sebelah tangan, mulakan pergerakan bola dari belakang badan. Cara menghantar bola hampir sama dengan pergerakan picing dalam softball.







Rajah 10: Cara membuat hantaran sisi
Butir-butir mengajar:
-       Sambil menghantar bola, pindahkan berat badan ke kaki depan
-       Gunakan pergerakan pergelangan tangan untuk mengarahkan bola ke sasaran

3.2.5 Hantaran aras bahu
Dengan sebelah tangan dari atas aras bahu. Melangkah ke arah penerima sambil memindahkan berat badan kepada kaki yang melangkah ke depan (tangan kanan memegang bola, kaki kiri melangkah).
Tujuan:
Supaya hantaran bola adalah jauh dan tinggi.
Butir-butir mengajar:
-       Gerakkan bola dari belakang kepala dengan kedudukan siku yang dibengkokkan
-       Tangan dan jari ikut lajak ke arah lontaran

3.2.6 Hantaran peluru
Ini merupakan hantaran aras pinggang yang laju. Mulakan dengan bola di tangan balingan pada aras pinggang, dengan siku bersebelahan pinggang. Jarakkan kaki seluas bahu, dengan kaki bertentangan tangan balingan di hadapan. Bengkokkan lutut sedikit dan imbangkan badan. Untuk memulakan hantaran, buka lengan dan pergelangan tangan, libaskan tangan ke hadapan untuk menghantar bola pada garisan yang lurus ke arah sasaran. Ikut lajak dengan tangan balingan dan kaki belakang. Pindahkan berat badan ke hadapan.
Tujuan:
Untuk menghantar bola dengan cepat dalam ruang yang sempit.
Butir-butir mengajar:
-       Bersedia untuk menghantar bola pada garisan yang lurus ke arah sasaran
-       Ikut lajak dengan tangan balingan dan kaki belakang
-       Alihkan berat badan ke hadapan (ke kaki)

4.0 MENANGKAP/MENERIMA BOLA
Dalam permainan bola jaring, pemain boleh menyambut atau menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan ataupun dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja. Kecekapan menyambut bola yang dihantar kepada seseorang pemain itu adalah penting untuk membantu sesebuah pasukan melakukan serangan ke kawasan lawan dengan berkesan dan mencapai matlamatnya. Proses menyambut atau menerima bola terbahagi kepada tiga fasa yang umum:

(a)  Fasa I: Persediaan untuk menyambut hantaran
Pemain memerhatikan gerak-geri kawannya yang memiliki bola yang akan membuat hantaran. Sekiranya pemain itu pasti bahawa pemilik bola itu akan menghantar bola kepadanya, pemain itu hendaklah:
·         Melepaskan diri dari kawalan lawan, jika perlu
·         Mencari ruang untuk bergerak dan berkomunikasi dengan pemilik bola supaya hantaran dibuat dengan cepat kepadanya.

(b)  Fasa II: Penghantaran bola oleh penghantar
Pemain memerhati perjalanan bola yang dilepaskan oleh pemain yang melakukan hantaran. Dengan serta merta pemain dikehendaki memutuskan bagaimana cara untuk menyambut bola yang hendak dicapainya.

(c)  Fasa III: kontek bola dengan tangan (tangkapan)
Pemain menyambut bola dengan menghulurkan tangan ke arah bola. Bola dipegang kemas dengan jari-jari. Pada masa yang sama, siku dibengkokkan untuk menyerap daya bola supaya tidak melantun keluar dari tangan.



4.1 Teknik menyambut bola:
4.1.1 Bola aras dada
Kedua-dua belah tangan dihulur lurus ke arah bola. Tangan terbuka dan semasa menyambut bola, jari direnggangkan. Sebaik sahaja bola disambut, siku tangan dibengkokkan dan bola dirapatkan dengan badan. Kedudukan kaki dijarakkan untuk mengimbangi badan.
4.1.2     Bola lantun (aras pinggang)
Sambut bola menggunakan kedua-dua belah tangan berada di hadapan badan pada aras pinggang. Pastikan bola disambut dengan jari-jari, bukan dengan menggunakan tapak tangan.
4.1.3 Bola tinggi
Boleh disambut dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Jika perlu, pemain hendaklah melompat sambil mengangkat sebelah atau kedua-dua belah tangannya ke atas untuk menangkap bola. Ketika mendarat, lutut dibengkokkan sedikit dan mengawal bola dengan merapatkannya ke badan.








Rajah 11: kedudukan pemain semasa menyambut atau menerima bola yang tinggi
4.1.3 Mengambil bola lambung
Semasa persediaan, kedudukan badan berada dalam keseimbangan dan letakkan kaki yang bukan dominan di hadapan sementara mata melihat bola. Tangan diluruskan di sisi dan pengadil akan meletakkan bola di posisinya. Apabila pengadil melepaskan bola, angkat tangan dengan cepat dan berat badan mestilah berada ddi hujung tapak kaki. Tangkap bola dengan jari-jari, kemudian tarik bola ke badan dengan kemas. Kawal pergerakan kaki dan luaskan tapak tangan.









Rajah 12: Dalam keadaan bersedia semasa pengadil akan melambung bola

5.0 MENJARING BOLA
Kemahiran menjaring bola merupakan suatu kemahiran yang menguji ketepatan lontaran bola ke sasarannya oleh pemain untuk mengutip mata bagi pasukannya. Walaupun hanya pemain GS dan GA yang berpeluang menjaringkan gol, pemain-pemain kedudukan lain perlu juga menjalani latihan meningkatkan kemahiran menjaring. Ini adalah kerana kadangkala mereka juga perlu menggantikan pemain GS atau GA. Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi usaha penjaring adalah cara kawalan oleh pengawal (pihak lawan), kedudukan penjaring ketika menjaring dan konsentrasi penjaring terhadap apa yang ingin dilakukannya.

5.1 Cara menjaring
Menjaring boleh dilakukan dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Apabila menerima hantaran, seseorang penjaring dibenarkan membuat perkara berikut:
a)    Menjaring dari kedudukan statik
b)    Melangkah setapak ke depan dan menjaring
c)    Melangkah setapak ke belakang dan menjaring
d)    Melangkah ke sisi dan menjaring
e)    Melompat dan menjaring
f)     Berlari, menerima bola dan menjaring

Jaringan statik (teknik asas dengan sebelah tangan)
(i.)          Berdiri secara seimbang. Kaki dijarakkan dan bola terletak di atas jari-jari dan bebola tangan (tidak atas tapak tangan).
(ii.)         Melihat sasaran. Rendahkan badan (bengkokkan lutut) dan bola dibawa ke atas kepala.
(iii.)        Sambil meluruskan lutut, siku tangan yang memegang bola diluruskan untuk menolak bola ke sasarannya. Tindakan flick dengan pergelangan tangan dilakukan pada saat akhir dalam mengarahkan bola ke bulatan.
(iv.)        Pindahkan berat badan ke kaki depan apabila menolak bola.








Rajah 13: Menjaring dari kedudukan statik dengan sebelah tangan

Rajah 14: Menjaring dari kedudukan statik dengan dua belah tangan

5.1.1 Jaringan melompat
Persediaan adalah seperti membuat jaringan statik dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Semasa melompat, penjaring hendaklah melompat sambil menolak bola ke arah sasarannya sebelum ia mendarat.

Rajah 15: Menjaring cara melompat dengan sebelah tangan

Rajah 16: menjaring cara melompat dengan dua belah tangan

5.1.2 Jaringan berlari
Penjaring hendaklah memastikan ruang mencukupi untuk bergerak dalam bulatan gol. Sebaik saja penjaring menerima hantaran, dia akan terus melangkah dan melompat untuk melepaskan bola ke sasarannya tanpa melanggar peraturan gerak kaki. Penjaring akan melonjak di atas kaki yang bertentangan dengan tangan yang memegang bola.

Comments

  1. thank you so much for sharing. this is the assignment that my daughter need to do.

    ReplyDelete
  2. I HATE GOOGLE IT NEVER GIVES ME THE CORRECT ANSWER do you guys agree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuy yuyictrnynuy7in8745xc9m89n7trcxxw

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak