MID NUFF

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI SUMBANG MAHRAM.


LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI SUMBANG MAHRAM.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk membendung kejadian sumbang mahram dari terus berleluasa. Antaranya adalah dengan mengukuhkan institusi keluarga dengan meluangkan masa untuk bersama dengan anak-anak dan mengawasi segala tindak-tanduk mereka. Mereka juga boleh melakukan aktiviti riadah yang sihat bersama-sama.

Menitik beratkan didikan agama dengan memantapkan keimanan dalam diri setiap individu. Mempraktikkan ajaran agama yang kukuh di kalangan anggota keluarga terutama sekali tentang nilai-nilai kehidupan yang patut diikuti dan wajib dilakukan oleh semua umat Islam.


Seterusnya, mengadakan aktiviti khas seperti program ceramah atau kursus khas tentang keibubapaan dan tanggungjawab. Memberikan kemahiran keibubapaan yang secukupnya untuk pasangan suami isteri, mengadakan pusat rujukan khidmat berterusan yang merupakan tempat di mana pasangan muda membuat rujukan tentang perkahwinan dan keibubapaan, mengadakan khutbah nikah yang khusus untuk menimbulkan keinsafan di dalam diri seorang lelaki dan peringatan tentang tanggungjawab dirinya terhadap isteri, anak-anak dan juga anak-anak tiri yang sepatutnya dilindungi olehnya.

Langkah yang berikutnya ialah memberikan pendidikan seks yang sewajarnya di sekolah dengan memberi penekanan kepada pengenalan bahagian badan, penjagaannya, pengawalannya dan mengenali batas perhubungan di antara lelaki dan wanita serta cara-cara menjaga diri daripada sebarang gangguan seksual.

Selain itu, penglibatan dan kerjasama dari agensi kerajaan atau bukan kerajaan dalam usaha menjayakan strategi membendung sumbang mahram. Antaranya seperti rancangan bersepadu yang membabitkan perumahan, pendidikan dan kemudahan prasarana untuk membendung gejala-gejala sosial dari terus berleluasa. Ini termasuklah rumah berbilik tiga untuk keselesaan penduduk, sama ada yang berpendapatan rendah ataupun yang sebaliknya di samping penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat untuk pesalah sumbang mahram dan juga undang-undang untuk melindungi mangsa.

Comments

  1. Thanks. Ianya sangat membantu saya buat kerja sekolah PSI.

    ReplyDelete
  2. izinkan sy untuk guna

    ReplyDelete
  3. Membantu saya menyiapkan kerja sekolah PJPK Terima Kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak