MID NUFF

Acara Jarak Sederhana : 800 meter.


Acara Jarak Sederhana : 800 meter.

Oleh kerana jarak sesuatu pusingan balapan ialah 400 meter, manakala seseorang pelari 800 meter perlu berlari dua pusingan balapan tersebut. Seperti acara-acara balapan yang lain, acara 800 meter boleh dijalankan sama ada di atas padang ataupun balapan berturap. Jika dalam acara pecut pelari akan melakukan larian pada kederasan yang rnaksirnum boleh dikatakan di sepanjang jarak yang ditetapkan, tetapi dalam acara 800 meter pelari hams bijak mernbahagikan lariannya.

Adalah tidak mungkin pelari itu mampu mengekalkan kadar kederasan yang sama (maksimum) sepanjang 800 meter lariannya. Dengan membahagikan lariannya mengikut jarak tertentu akan memberikannya kelebihan serta keyakinan untuk menunjukkan prestasi yang tinggi. Disamping kelajuan, pelari jarak sederhana khususnya untuk acara 800 meter harus bijak mengatur langkah dengan mengekalkan ketahanan dan konsentrasinya, supaya tidak mudah digugat oleh pelari lain, yang sudah tentu akan berusaha mengalahkannnya.

Dalam perlumbaan olahraga peringkat dunia, para pelari 800 meter sering herusaha rnengekalkan ketahanan larian rnasing-masing pada harnptr sepanjangjarak acara itu. Pada masa yang sama mereka cuba pula rneningkatkan kepantasan dan berusaha mengekalkannya sehingga ke garisan penarnat. Ada kalanya kita seolah-olah melihat peserta untuk. acara mi berlari pecut dalarn 200 meter atau 400 meter, schingga kadangkala keputusan terpaksa ditentukan dengan cara ‘photo-finish’.

Aturan dan Cara Larian.

i.          Pelari akan berlari sejumlah dua pusingan balapan berrnula dan berakhir Iebih kurang pada tempat yang sama.
ii.          Pelari akan berlari mengikut lorong masing-masing untuk pusingan pertama, dengan permulaan seperti dalam acara 400 meter. Pelari dibenarkan memotong masuk ke lorong paling dalam selepas suatu jarak yang ditetapkan.
iii.          Pelari tidak dibenarkan keluar meninggalkan balapan sebelum menamatkan larian, cuba menghaIang pelari lain merempuh pelari lain ketika sama-sama berlari.
iv.          Pelari hendaklah berlari setelah isyarat dan arahan diberikan oleh pegawai pelepas
v.          Pelari dibenarkan memakai kasut larian atau spikes, atau kasut biasa atau berlari tanpa berkasut. Bagaimanapun adalah lebih balk dan wajar mereka rnemakai spikes bagi memudahkan larian dan demi keselamatan diri.
vi.          PeIari hendaklah menamatkan lanan dengan melepasi pita atau gansan penamat yang disediakan.Pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk sukan olahragakhasnya untuk acara ini.

Pakaian dan Peralatan

Pakaian untuk pelari 800 meter adalah sama dengan pakaian yang dipakai oleh olahragawan yang mengambil bahagian dalarn acara-acara lain. Wálaupun mereka dibolehkan berlari tanpa memakai kasut, tetapi demi keselamatan dan untuk mendapatkan larian yang baik serta cengkaman yang lebih berkesan ke atas balapan, mereka dinasihatkan supaya memakai spikes mengikut keselesaan masing-masing.

Pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan jangan terlalu jarang kerana biasanya pelari akan dibasahi peluh di akhir Iarian sehingga menampakkan bentuk badan, terutama pelari wanita. Baju dan seluar yang dipakai sebaik-baiknya hendaklah jenis yang ringan dan tidak diserap air supaya tidak rnenimbulkan sebarang masalah semasa berlari. Pelari hendaklah memakai nombor peserta dan kodpasukan atau negara yang mereka wakili supaya mudah dikenalpasti oleh pegawai kejohanan

Taktik Dalam Acara 800 meter

Acara 800 meter merupakan suatu acara’ yang penuh dengan taktik, iaitu pelari akan berlari mengikut matlamat yang ditetapkan olehnya sendiri, jurulatih atau pasukannya. ini termasuk untuk melayakkan diri ke pusingan berikutnya, ke pusingan akhir, sekadar menarnatkan Iarian pelari, atau hanya untuk memperbaiki catatan masa peribadi terbaik. Bagairnanapun taktik tidak memberikan apa-apa makna sekiranya pelari tidak mempunayai stamina dan kelajuan yang dikehendaki. Adalah penting untuk mengetahui bagaimana menggunakan kelebihan daripada. stamina dan kelajuan ini serta mengetahui perkaitan antara satu dengan yang lain. Terdapat dua cara memenangi acara 800 meter iaitu memulakan Iarian dengan agak laju dan mengekalkan Iarian itu hingga ke garisan penamat. Kedua, berlari pada kelajuan yang sama dan mula dengan mengekalkan kelajuan itu dan terus mernecut pada selekoh terakhir.

Bagi pelari-pelari baru, sebelum dapat menggunakan sesuatu taktik Iarian yang dinyatakan, mereka terlebih dahulu hendaklah belajar berlari dengan betul, menggunakan teknik yang betul serta mengikut arahan dan panduan yang diberikan oleh jurulatih, guru pelatih atau mereka yang lebih berpengalaman dalam acara ini. Ini penting kerana taktik larian bukan sahaja untuk acara 800 meter, malah dalam sebarang acara Iarian biasanya dipelajari selepas seseorang pelari didedahkan dengan teknik Ianan itu dahuiu.

         Pada akhir peringkat pertama latihan uyang diikuti, pelari baru atau mereka yang baru menceburkan diri dalam acara mi hendaklah diajar teknik larian yang sesuai dan mampu diterima oleh pelari berdasarkan bentuk dan ketinggian tubuhnya serta ciri-ciri ototnya. perkembangan ciri-ciri fizikal seperti kekuatan, kelajuan dan kelenturan rnenjadikan sesuatu yang perlu bagi pelari baru seimbang dan selaras dengan perkembangan fizikalnya. 

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak