MID NUFF

PERKEMBANGAN HOKI DI MALAYSIA


PERKEMBANGAN HOKI DI MALAYSIA

Pada tahun 1948, sebuah badan rasmi telah ditubuhkan untuk mengawal sukan hoki di Tanah Melayu.  Badan ini dinamakan Majlis Hoki Malaya dan telah ditubuhkan bersama-sama Singapura.  Namun, pada 1953, persatuan ini barulah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.

Kini, pertubuhan sukan ini lebih dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia dengan penyertaan daripada semua negeri sebagai ahli.  Secara ringkas, persatuan ini mempunyai pertandingannya sendiri iaitu Pertandingan Piala Sultan Azlan Shah yang secara rasminya merupakan salah satu pertandingan peringkat antarabangsa pertama Malaysia.  Pertandingan ini diadakan dua tahun sekali.

Pertubuhan Hoki Malaysia juga telah menubuhkan sebuah yayasan untuk menjaga kebajikan para atlit dan untuk memberi bantuan kepada atlit yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian.

Setelah hampir 61 tahun hoki diperkenalkan di negara kita, banyak perubahan telah berlaku.  Antaranya, pasukan negara kita merupakan antara 15 pasukan terbaik dunia.  Selain itu, pasukan kita juga telah menyertai pertandingan-pertandingan peringkat antarabangsa yang lain seperti Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Dunia Remaja.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak