MID NUFF

Malayan Union


Malayan Union
Pengenalan Malayan Union pada tahun 1946 merupakan usaha British untuk menghapuskan Negara dan bangsa yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Selama ini British menjalankan dasar menerima Negeri Melayu,Raja Melayu,dan orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu. Selain itu,British juga menerima bahawa adat istiadat Melayu,agama Islam dan bahasa Melayu ialah budaya Tanah Melayu.
Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan
Ø  Persediaan membentuk kerajaan sendiri
Ø  Membentuk bangsa Malayan Union
Ø  Menjimatkan kos pentadbiran
Ø  Mengawal kuasa politik orang Melayu
Ø  Melahirkan pentadbiran yang licin
Namun, Malayan Union telah ditentang habis – habisan oleh orang Melayu kerana perjanjian yang berat sebelah dan melenyapkan kuasa orang Melayu terutama kuasa raja- raja. Antara sebab-sebab penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union adalah kerana:
1.   Kuasa raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran Negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.
2.   Singapura dipisahkan dari Tanah Melayu (Malayan Union) dan ia kekal
sebagai tanah jajahan British.
3.   Hak kerakyatan diberikan atas dasar prinsip Jus Soli iaitu penduduk asing yang bermastautin lebih 10 tahun dan lahir selepas Malayan Union secara automatik akan mendapat kerakyatan atau menjadi warganegara.
4.   Hak yang sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa yang menyebabkan kaum Melayu dan Bumiputera hilang keistimewaan.
5.   Cara Sir Harold Mac Micheal mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu dengan cara paksaan malah ugutan telah menimbulkan kemarahan orang Melayu yang mana cukup setia dan menjunjung ke atas rajanya. 

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak