click ni ye!

Thursday, October 11, 2012

KESAN TERHADAP MANGSA SUMBANG MAHRAM.


KESAN TERHADAP MANGSA SUMBANG MAHRAM.

Mangsa mengalami tekanan perasaan dan emosi. 
(sekadar gambar hiasan) 

Berikut adalah merupakan antara kesan-kesan yang terpaksa dilalui oleh mangsa sumbang mahram. Terdapat kesan-kesan fizikal yang seringkali juga menjadi petunjuk terhadap penderaan seksual yang berlaku pada mangsa tersebut. Antaranya adalah kecederaan pada kemaluan dan dubur, bengkak atau berdarah, kecederaan tubuh badan akibat dikasari, jangkitan penyakit kelamin, perubahan jadual tidur dan gangguan tidur di samping sering mengadu sakit perut.

Terdapat juga kesan-kesan yang boleh diperhatikan dari segi tingkah laku dan perwatakan seperti perubahan emosi atau perasaan yang keterlaluan, takut kepada seseorang atau sesuatu tempat atau bersendirian, berkelakuan jauh lebih dewasa iaitu kurang sesuai dengan umur mereka atau berkelakuan yang terlalu kebudak-budakan, mula ponteng sekolah dan mutu pelajaran yang kian merosot, melahirkan perasaan sayang dengan cara yang kurang sesuai, tidak suka disentuh, hilang kepercayaan terhadap orang lain, mempunyai harga diri yang rendah, gemar asingkan diri, mengelak bertentang mata dan suka bersendirian, perasaan ingin tahu terhadap seks yang amat tinggi, menunjukkan tanda kematangan yang awal.

Seandainya tidak ditangani dengan sempurna, kesan dari kejadian tadi akan terbawa-bawa hingga ke peringkat remaja dan dewasa.
Antara kesan-kesan yang biasa ditunjukkan adalah tingkah laku seksual yang keterlaluan seperti bertukar-tukar pasangan, perasaan dendam menyebabkan mangsa menjadi pendera kanak-kanak, terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti penagihan dadah, perubahan emosi menyebabkan mangsa sukar berhubung dengan rakan sebaya dan masyarakat sekeliling, rasa malu dan bersalah sehingga mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.

HUKUMAN YANG DIKENAKAN TERHADAP PELAKU SUMBANG MAHRAM.

Suatu masa dahulu, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2001 dengan memasukkan sumbang mahram sebagai satu kesalahan memandangkan gejala ini semakin berleluasa di kalangan masyarakat.
Seksyen 376A mantakrifkan kesalahan sumbang mahram, manakala subseksyen 376B(1) memperuntukkan hukuman bagi kesalahan ini iaitu penjara tidak kurang enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India