MID NUFF

Prinsip Asas Sains Dalam Bola Jaring


D. PRINSIP ASAS SAINS DALAM KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING
6.0 Prinsip Asas Sains dalam kemahiran Menghantar Bola
Hantaran merupakan kemahiran yang paling banyak digunakan dalam permainan ini. Untuk membolehkan anda bermain dengan baik dalam permainan ini, bola perlu dihantar dengan tepat kepada sasaran. Pasukan bola jaring yang mempunyai kemahiran hantaran yang baik akan memberi peluang yang baik kepada mereka, sebaliknya kemahiran hantaran yang lemah akan menghalang sesuatu pasukan itu untuk berjaya. Oleh yang demikian, perlu diketahui apakah cara dan prinsip asas sains yang digunakan dalam kemahiran ini supaya kemahiran menghantar bola dapat ditingkatkan.
6.1 Daya Tolakan
Semasa pemain membuat hantaran kepada pemain sepasukannya, proses daya tolakan digunakan untuk melakukan pergerakan tersebut. Penolakan daya berlaku apabila bola dilepaskan daripada tangan pemain. Pemain tersebut yang ingin membuat hantaran menolak bola tersebut dengan memindahkan daya dari tangannya kepada bola dan pada masa yang sama daya tolakan berlaku.
Rajah 17: Pemain menolak bola untuk melakukan hantaran, proses yang berlaku ialah daya tolakan

7.0 Prinsip Asas Sains dalam kemahiran Menangkap/Menerima Bola
            Kemahiran menerima bola perlu dipelajari dengan baik seperti bagaimana cara untuk menangkap bola yang betul. Kekuatan dan ketangkasan tangan seseorang serta teknik-teknik yang betul perlu dipelajari kerana ini akan membantu dalam kemahiran menerima bola.
7.1 Menyerap Daya/Daya Tarikan
Dalam kemahiran menerima bola, terdapat suatu proses di mana pemain akan menyerap daya daripada bola kepada tangannya semasa menyambut bola. Proses seperti ini berlaku semasa pemain cuba untuk menangkap bola daripada pasukannya. Kedudukan pemain berada dalam keseimbangan untuk menfokuskan matanya ke arah bola dengan tangan dihalakan ke depan. Apabila bola sampai kepada tangan pemain, bola dipegang dengan kuat dan pada masa yang sama pemain akan menarik bola tersebut dengan pantas ke arah dada. Hal ini dipanggil proses serapan daya yang bertujuan untuk mengurangkan kesakitan semasa merima bola.

Rajah 18: Proses serapan daya semasa pemain menerima atau menangkap bola



8.0 Prinsip Asas Sains dalam kemahiran Menjaring Bola
Kemahiran menjaring merupakan suatu lagi pergerakan atau kemahiran yang menggunakan proses daya. Daya yang digunakan dalam kemahiran ini ialah daya tolakan. Proses ini berlaku semasa penjaring memindahkan kekuatan tangannya kepada bola untuk menolak bola tersebut supaya masuk ke dalam gol.
8.1 Daya Tolakan
Semasa proses melakukan jaringan, terdapat daya tolakan yang digunakan dalam kemahiran tersebut. Daya tolakan digunakan semasa penjaring cuba melontar bola ke dalam jaring. Penjaring akan menolak bola dengan menggunakan tangan ke arah gol dan pada masa yang sama proses daya tolakan berlaku kerana penjaring menolak bola tersebut supaya berpisah dari tangannya.
Rajah 19: Penjaring akan menolak bola untuk memisahkan daripada tangan penjaring tersebut

8.1 Keseimbangan Daya
Semasa melakukan jaringan statik (teknik asas sebelah tangan), keseimbangan daya berlaku. Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh penjaring sebelum membuat lontaran ke dalam jaringan ialah mereka perlu berdiri secara seimbang. Semasa berada dalam keadaan inilah proses keseimbangan daya berlaku kerana pemain perlu membuatkan dirinya berada dalam keadaan yang selesa sebelum membuat jaringan.
Rajah 20: Kedudukan penjaring dalam keseimbangan daya sebelum membuat jaringan

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak