MID NUFF

1. Nyatakan cara-cara dan tujuan untuk berfikir secara kritis dalam pengajaran Pendidikan Kesihatan.


1.    Nyatakan cara-cara dan tujuan untuk berfikir secara kritis dalam pengajaran Pendidikan Kesihatan.

Kemahiran berfikir secara kritis ditakrif sebagai penggunaan operasi berfikir yang asas untuk menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu hujah dengan mendalam. Kemahiran berfikir secara kritis boleh dibahagikan kepada 2 komponen iaitu kemahiran menganalisis secara kritis dan kemahiran menilai secara kritis. Kedua-dua komponen ini boleh digunakan dalam pengajaran Pendidikan Kesihatan dengan cara:
·         mengenalpasti ciri-ciri utama dan implikasi ciri-ciri tersebut: mengelas
·         membandingkan dengan perkara yang lain untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan: membanding dan memebeza
·         Memisahkan suatu perkara kepada bahagian-bahagian kecil untuk menentukan bagaimana setiap bahagian itu berfungsi dan merujuk kepada keseluruhan perkara: meneliti perhubugan bahagian-keseluruhan.
·         Menentukan turutan perkara secara relative berdasarkan tahap yang berlainan bagi suatu cirri tertentu: membuat urutan.
Tujuan untuk berfikir secara kritis dalam pengajaran Pendidikan Kesihatan:
·         Mencirikan
·         Membanding dan membezakan
·         Mengumpul dan mengelas
·         Membuat urutan
·         Menyusun mengikut keutamaan
·         Menganalisis
·         Mengesan kecondongan
·         Menilai
·         Membuat kesimpulan




Berfikir secara kritis dapat membantu meningkatkan kefahaman, kejelasan dan keupayaan untuk menggunakan maklumat secara berkesan. Dengan ini kita dapat membuat pertimbangan yang lebih bijak dan berkesan untuk membuat keputusan dan menyelasaikan masalah.
           
            Dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti PK, pelajar perlu diberi peluang untuk berfikir secara kritis dengan cara menciri, membanding dan membeza, mangumpul dan mengkelas, membuat urutan, menyusun mengikut keutamaan, menganalisis, mengesan pengaruh, menilai dan membuat kesimpulan.

            Setiap guru perlu membina atau mencari kaedah pengajarannya yang tersendiri berdasarkan kepada prinsip-prinsip asas pendidikan dan prinsip-prinsip lain. Hal ini merupakan kunci kepada kejayaan pencapaian dalam PK. Kebijaksanaan, kesungguhan, kebolehan mengunakan idea-idea dan semangat yang kuat akan  mendatangkan hasil yang lebih baik dalam pendidikan kesihatan.

            Selain itu, cara-cara berfikir secara kritis dalam pengajaran PK ialah merancang aktiviti-aktiviti yang dapat membina kefahaman pelajar seperti mencari maklumat berkaitan tajuk mengurus diri dan cara menghindari penyakit berjangkit.

            Kesimpulannya, kemahiran kritis adalah untuk membolehkan murid memahami, menilai serta berupaya mengaplikasikan semua maklumat yang diterima dalam pelbagai situasi.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak