MID NUFF

KEMAHIRAN ASAS HOKI


KEMAHIRAN ASAS

Hoki memerlukan kepantasan, kekuatan, daya tahan dan kemahiran-kemahiran yang menarik untuk menjadikan permainan ini seronok dan mencabar.  Bagi memastikan keseronokan dicapai, kita perlulah mempelajari kemahiran-kemahiran asas dahulu.  Pada tajuk ini, guru pelatih akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas seperti menggelecek, memukul, menguis dan lain-lain lagi.
4.1       MENGGELECEK
Menggelecek merupakan kemahiran asas yang perlu di ajar supaya pemain dapat mengawal bola dengan baik.  Terdapat tiga cara untuk menggelecek iaitu:
CARA MENGGELECEK
BUTIRAN MENGGELECEK





menggelecek longgar
-       Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar.  Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan.
-       Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan.
-       Mata memandang bola ketika membuat tolakan.
-       Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.

-       Kedudukan kayu hoki 45° ke tanah





menggelecek rapat
-       Pegangan seperti menggelecek longgar.
-       Badan juga seperti menggelecek longgar
-       Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan bergerak  sambil mengkaji situasi padang.
-       Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa menyentuh kayu hoki.




menggelecek Indian
-       Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri ke posisi yang lebih selesa.  Tangan kiri memutarkan kayu sambil meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah kayu hoki.  Tangan kanan memegang dengan longgar.

-       Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz bahu.
-       Mata seperti menggelecek rapat.
-       Badan mengikut pergerakan bola.
-       Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri pada masa kanan menyentuh tanah.

Bagi peringkat pelajar sekolah rendah, kemahiran menggelecek longgar lebih praktikal untuk diajar.  Hal ini kerana kemahiran ini lebih mudah untuk dipelajari dan senang untuk difahami.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGGELECEK LONGGAR
  1. Pelajar perlu untuk menggelecek bola mengikut garisan lurus.  Gunakan hanya satu biji bola.
  2. Aktiviti dimulakan dengan membahagikan pelajar kepada dua kumpulan sama rata.
  3. Dua kumpulan ini dipisahkan dengan jarak 10 meter di atas satu garisan yang lurus.
  4. Pelajar kumpulan A dikehendaki melalui garisan sambil menggelecek bola.  Pelajar perlu mengawal bola agar dalam keadaan lurus.
  5. Pelajar mesti berupaya untuk mengawal bola sebelum pelajar daripada kumpulan B memperoleh bola tersebut. 
 

A  --------------10 meter--------------  B
 

  1. Teruskan latihan dengan menambah jarak antara dua kumpulan tersebut sehingga pelajar benar-benar mahir.
  2. Tingkatkan kemahiran pelajar-pelajar dengan menggunakan skitel.
  3. Pelajar dikehendaki berbaris satu garisan dengan skitel berjarak 10 meter.
  4. Pelajar pertama akan menggelecek bola hoki ke arah skitel dan membuat membuat pusingan lalu patah balik ke arah kumpulan pelajar.
  5. Pelajar tersebut perlu mengawal bola itu dan memastikan pelajar kedua memperoleh bola tersebut.
  6. Pelajar kedua mengulang semula perlakuan pelajar pertama dan begitulah seterusnya sehingga pelajar terakhir di dalam kumpulan tersebut melakukan  aktiviti ini.




4.2       MEMUKUL
Kemahiran memukul merupakan kemahiran yang penting berbanding kemahiran-kemahiran lain di dalam kemahiran asas hoki.  Kelebihan kemahiran memukul ialah bola boleh digerakkan dalam keadaan laju dan jauh.  Jurulatih perlu memastikan ketepatan pukulan oleh pemain.
MEKANIK MEMUKUL
BUTIRAN MENGAJAR




Pegangan
-       Letakkankepala kayu hoki di atas tanah
-       Tangan kiri diletakkan di hujung kayu dan digenggam secara longgar
-       Tangan kanan diletakkan di bawah tangan kiri.
-       Kedua-dua tangan akan membentuk bentuk ‘V’ apabila ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan selari dengan jari kayu hoki.


Cara berdiri
-       Bahu kiri menghadap sasaran atau arah pukulan.
-       Kedudukan badan seimbang.
-       Kaki dijarakkan lebih kurang lebar bahu.
-       Jari kaki kanan bersudut tegak dengan bahu manakala jari kaki kiri lebih kurang 30° - 40°.

Bola
-       Kedudukan bola selari dengan jari kaki dan berjarak selesa.





Ayunan
-       Pukulan lurus, ayunan bermula dari ayunan belakang ke ayunan bawah dan ikut lajak.
-       Pada masa kayu hoki dihayun ke belakang, pinggul berputar dan berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kai hadapan sambil bola dipukul.
-       Kayu hoki mesti memukul bola hoki dengan kuat dan rata agar bola bergerak ke tempat yang dituju.

Badan
-       Pada masa bola dipukul, berat badan berada pada kaki kiri begitu juga semasa badan kita ikut lajak. 
-       Tumit kanan dinaikkan dengan putaran di atas jari kaki.






Kuasa untuk memukul bola
-       Momentum badan dan pemindahan berat badan perlu tepat agar kuasa untuk memukul lebih tinggi.
-       Selain daripada momentum dan pemindahan berat badan, kekuatan bahu dan lengan, kelajuan dengan pecutan ayunan ke bawah dan kekunci pergelangan tangan pada masa bola dipukul juga menjadi faktor penting untuk memperoleh kuasa untuk memukul bola hoki.





Bagi memantapkan kemahiran memukul, pelajar perlu didedahkan dengan latihan ansur maju terlebih dahulu.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MEMUKUL
  1. Berdiri satu langkah di belakang bola.  Pelajar mengambil satu langkah ke hadapan lalu memukul bola kepada pasangan.  Tambahkan langkah kepada dua atau tiga.
  2. Ulang semula seperti (1), tetapi dalam keadaan berlari.
  3. Menolak bola, kemudian berlari dan seterusnya memukul bola kepada pasangan.
  4. Berdiri dengan bola tiga langkah di hadapan dan di luar kawasan D.  Kemudian, tolak bola masuk ke dalam kawasan D lalu mengejarnya.  Pukul bola ke dalam gol kira-kira di garisan D atau beberapa sentimeter di dalam kawasan D.
  5. Memukul bola yang bergerak dari kanan.
a)    Secara berempat:
A menolak bola ke B
B memukul bola ke C
C menolak bola ke D
D memukul bola ke A
Selepas melakukan 10 pukulan A menukar tempatnya dengan B dan C bertukar tempat dengan D.
            B                                             C

            A                                             D
b)    Berdua di kawasan D, pemain di sebelah kanan barisan A menolak bola kepada pasangannya di barisan B yang akan memukul bola ke dalam gol.
c)    Seperti di (b), cuma tukarkan arah iaitu tolakan dari arah kiri.  Namun, pastikan pelajar mahir dengan aktiviti pukulan dari arah kanan agar tidak menimbulkan sebarang masalah ketika membuat latihan seperti di (c).
  1. Pelajar memukul bola satu demi satu sebanyak 5 biji di hadapan pintu gol.

4.3       MENGUIT/MENGUIS
Kemahiran ini selalunya dipraktikkan oleh penjaring sesuatu pasukan.  Kemahiran adalah strok tolakan yang dinaikkan dan berpusing.  Cara memegang kayu hoki bagi kemahiran ini hampir sama seperti kemahiran menolak iaitu cara pegangan, pergerakan tolakan, tidak ada ayunan kerana kayu hoki berada di belakang bola hoki, memerlukan pergelangan tangan yang kuat dan mengikut lajak dengan baik.

Kedudukan bola berada di hadapan kaki hadapan.  Berat badan bagi seorang pemain hoki ketika menguis berada di kaki belakang sebelum dipindahkan ke kaki hadapan supaya bola mendapat peluncuran yang baik.  Pergelangan tangan turut memutar dengan cepat supays kuitan itu berputar dan menyukarkan penjaga gol untuk mengawal kehadiran bola dari arah hadapan.

Semasa menyentuh bola, kayu hoki perlulah menghadap ke atas sedikit.  Namun, bahagian paling sukar untuk kemahiran ini ialah ketika melakukan putaran.  Bagi memastikan putaran terjadi, kekalkan sentuhan kayu dengan bola seberapa lama yang boleh dengan menyentuh sebelah kanan bola terlebih dahulu kemudian sebelah bawah bola.  Seterusnya, kayu hoki menyentuh sebelah kiri bola lalu menguit bola dengan ‘jari’ kayu hoki.

ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGUIT/MENGUIS
  1. Satu garisan 60 cm dari lantai ke dinding dilukis dan melakukan latihan menguit di atas garisan pada dinding tersebut.
  2. Berdiri dengan kaki rapat, kemudian melangkah dengan kaki kiri ke hadapan lalu kuit bola yang berada di hadapan.
  3. Berjalan 3 atau 4 langkah ke arah bola dan lakukan kuitan.
  4. Seperti di (3), tetapi melakukan larian ke arah bola tersebut.
  5. Gelecek bola lebih kurang dalam 3 – 5 langkah lalu menguit bola.  Peringatan.  Berhenti sebentar antara menggelecek dengan menguit.  Namun, selepas latihan yang berulangan, pelajar akan mengurangkan masa itu sehingga mereka tidak teragak-agak untuk lakukan kemahiran ini tanpa berhenti.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak