MID NUFF

PERKEMBANGAN HOKI ANTARABANGSA


PERKEMBANGAN HOKI ANTARABANGSA

Negara-negara seperti Wales, Scotland, Ireland, Belgium dan Perancis telah menerima peraturan terperinci hoki yang telah dirangka pada tahun 1886.  Hal ini memudahkan mereka melakukan perlawanan antarabangsa.  Namun, pada 1912, hoki telah dihentikan sementara ekoran daripada Perang Dunia Kedua.  Pada 1920, hoki dipertandingkan semula di dalam Sukan Olimpik namun terpaksa digugurkan semula pada tahun 1924 kerana tiada badan induk dunia yang mengawal permainan ini.

Hal ini menyebabkan pemimpin hoki Perancis mengambil inisiatif untuk memanggil negara-negara yang berminat dengan sukan ini untuk tampil menghadiri mesyuarat bagi menubuhkan badan antarabangsa bagi permainan hoki.  Meskipun negara-negara seperti Belgium dan Ireland tidak menghadirkan diri, namun mereka menjadi ahli selepas Sukan Olimpik.  India juga menyertai badan ini dan merupakan negara bukan putih pertama yang menyertainya.

Kini, hoki telah berkembang ke tujuh-tujuh benua dan mempunyai 112 buah negara yang menganggotai Persekutuan Hoki Antarabangsa.  Persatuan ini telah menganjurkan beberapa pertandingan bertujuan untuk memajukan sukan ini.  Antara penganjuran mereka ialah Piala Dunia, Piala Dunia bagi Belia, Sukan Olimpik dan sebagainya.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak