MID NUFF

PERALATAN SUKAN HOKI


PERALATAN SUKAN

Setiap permainan mempunyai peralatannya tersendiri.  Begitu juga dengan hoki.  Bagi mengelakkan kecederaan berlaku semasa bermain, kita perlulah mengenali peralatan-peralatan yang telibat.

2.1       PADANG
Ciri-ciri padang hoki adalah seperti berikut:
i)     Berbentuk segi empat bujur.
ii)    Berukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter lebar.
iii)   Garisan panjang dikenali sebagai garisan tepi dan garisan lebar dikenali sebagai garisan belakang.
Untuk lakaran gambar padang hoki, rujuk lampiran (a).


2.2       BULATAN JARINGAN (STRIKING CIRCLE)
Ciri-ciri bulatan jaringan ialah:
i)     Satu garisan dengan panjang 3.66 meter selari dengan garisan gol di tengah garisan berukuran 14.63 meter.
ii)    Dua suku bulatan dengan radius 14.63 meter dilukis bermula dari garisan 3.66 meter ke garisan belakang.
iii)   Dikenali sebagai kawasan D.
iv)   Strok penalti berada 6.4 meter di hadapan gol, manakala garisan bagi sudut penalti yang lain berada 5.0 meter dan 10.0 meter dari tiang gol kiri atau kanan.

2.3       PINTU GOL
Setiap permainan mempunyai gol. Begitu juga hoki.  Tanpa gol, sesuatu permainan itu tidak mempunyai matlamat untuk dicapai.  Bagi permainan hoki, setiap pasukan mempunyai pintu gol masing-masing.  Ciri-ciri bagi pintu gol hoki adalah seperti berikut:
i)     Terletak di tengah-tengah garisan belakang.
ii)    Diperbuat daripada dua tiang yang disambungkan dengan sebuah palang mendatar (crossbar) dan jarak antara dua tiang tersebut ialah 3.66 meter.
iii)   Ketinggian tiang berukuran 2.14 meter.
iv)   Tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk segi empat bujur berukuran 5.0 mm lebar dan dalam antara 5.0 m – 7.5 m.
v)    Semua tiang gol dicat putih.
2.4       JARING
Jaring merupakan pasangan bagi pintu gol.  Jaring diikat kukuh kepada tiang tengah dan tiang mendatar.  Jaring mempunyai ‘mesh’ berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi.

2.5       TIANG-TIANG BENDERA
Di setiap empat penjuru padang terdapat empat tiang bendera yang dinamakan bendera sudut.  Bendera-bendera ini dipacakkan dengan ketinggian 1.20 meter hingga 1.50 meter.  Bendera-bendera ini diletakkan di luar sudut dan ia diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain.

2.6       BOLA
Ciri-ciri bola:
i)     Keras, pejal atau kosong
ii)    Permukaan licin
iii)   Berwarna putih (warna lain dengan persetujuan kedua-dua belah pihak)
iv)   Berat : 156 g (minimum) – 163 g (maksimum)
v)    Ukur lilit : 224 mm (minimum) – 235 mm (maksimum)



2.7       KAYU HOKI
Sebatang kayu hoki yang baik perlulah:
i)     Rata di sebelah kiri (muka kayu) dan berbentuk bulat (back stick) di sebelah kanan.
ii)    Pada bahagian back stick tidak dibenarkan untuk memukul bola.  Hanya permukaan muka kayu yang dibenarkan.
iii)   Bahagian lengkok kayu dipanggil kepala kayu dan berbentuk ‘J’ atau ‘U’.
iv)   Kayu hoki perlulah licin dan tidak mempunyai unsur tajam dan merbahaya di tepi-tepi kayu.
v)    Tebal kayu dihadkan, di mana sebuah gelung yang berdiameter 51 mm boleh melepasinya.
vi)   Kayu hoki diperbuat daripada apa-apa bahan sekalipun kecuali logam, tetapi perlulah menepati berat yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi 737 g.

2.8       KASUT
i)     Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis kasut yang sesuai.  Namun, kasut-kasut yang membahayakan pemain lain seperti kasut yang mempunyai pancang (spikes) tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan sama sekali.  Kasut yang mempunyai tetungku getah amatlah digalakkan.  Kasut khas turut digunakan ketika pemain bermain di atas permukaan sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain.

2.9       ALATAN PENJAGA GOL
Penjaga gol dalam sukan hoki perlulah menjaga keselamatan dengan baik.  Hal ini bertepatan dengan tugas dan peranannya yang berbahaya.  Antara alat keselamatan yang perlu dipakai oleh penjaga gol adalah seperti:
i)     Ped kaki
-       Dipakai pada pergelangan kaki hingga lutut.
-       Dipasang bersama kickers.
-       Bahagian kaki yang biasa tercedera ialah kekuda kaki dan tempat di mana ped-ped disambungkan kepada kickers diatas pergelangan kaki.
-       Ped hanya berdimensi 300 mm makimum apabila dipakai untuk suatu permainan.
ii)    Sarung tangan
-       Diperbuat daripada kulit dan plastik
-       Sarung tangan penting untuk memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola yang dipukul pada kelajuan 140 – 160 km sejam.
-       Sarung tangan juga perlu lembut supaya boleh memegang kayu hoki dengan kukuh.
-       Sarung tangan tidak boleh melebihi 228 mm lebar dan 355 mm panjang.



iii)   Alat-alat lain
-       pelindung dada
-       ped-ped bahu
-       penutup muka
-       pelindung mulut
-       seluar berped
-       pelindung kemola (untuk penjaga gol lelaki)

2.10    PERMUKAAN BERMAIN
Permukaan sintetik kian popular digunakan di setiap penganjuran sukan dunia.  Pelbagai tanda selar (brands) digunakan dan disahkan penggunaannya oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa.  Banyak pic-pic sintetik diisi dengan pasir  dan menyebabkan kecederaan seperti lebam kepada pemain sekiranya pemain terjatuh.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak