MID NUFF

Acara Jarak Sederhana:1500 meter


Acara Jarak Sederhana:1500 meter

Satu lagi acara yang tergolong sebagai acara lari jarak sederhana ialah 1500 meter. Sekali lagi ada sesetengah pihak tidak bersetuju mengkategorikan 1500 meter sebagai acara jarak sederhana, sebaliknya mereka lebih meletak acara ini sebagai acara lari jarak jauh. Bagaimanapun, mengikut pembahagian tidak rasmi yang dibuat oleh IAAF, acara ini lebih sesuai digolongkan sebagai acara lari jarak sederhana.  Atas alasan ialah kerana, risalah kebanyakan buku tentang sukan olahraga yang ditulis oleh penulis-­penulis barat, memasukkan acara ini sebagai acara lari jarak sederhana.

Jarak acara ini ialah tiga pusingan balapan 400 meter dan diikuti dengan jarak 300 meter lagi. ini bermakna pelari dikehendaki berlari sejauh 3 ¼ pusingan.  Permulaannya ialah pada akhir selekoh pertama balapan. Acara ini disertai oleh lelaki dan juga wanita, dari peningkat sekolah hinggalah ke peringkat antarabangsa.

Latihan yang intensif dan konsisten amat penting bagi mereka yang ingin mengambil bahagian dalam acara ini dan sesuatu yang tidak semudah yang dijangkakan untuk mencapai tahap kecergasan dan ketahanan yang tinggi untuk berlari pada jarak sebegini.

Ramai berpendapat bahawa kaedah latihan yang progresif yakni daripada yang senang kepada yang sukar, digalakkan bagi mencapai kejayaan. bagi mencapai peringkat-peningkat mi, pelari harus melalui latihan yang lama dan bersistem supaya jantung, paru-paru dan otot dapat dilazimkan bagi memperoleh keperluan oksigen apabila kadar larian ditingkatkan.



Aturan dan Cara Larian

1. Pelari akan berlari sejumlah 3 % pusingan balapan 400 meter, yang bermula pada akhir selekoh pertama balapan.

2.   Pelari akan berlari tanpa mengikut lorong dan mula hingga ke akhir penlumbaan.

3.  Pelari tidak dibenarkan keluar meninggalkan balapan sebelum menamatkan larian, cuba penghalang pelari lain atau merempuh pelari lain ketika berlari.

4.   Pelari hendaklah mula berlari setelah isyarat dan arahan diberikan oleh pegawai pelepas.

5.   Pelari dibenarkan memakai kasut lanian atau spikes, kasut biasa, atau tanpa berkasut. Bagaimanapun adalah lebih baik dan wajar mereka memakai spikes bagi memudahkan larian.

6.   Pelari hendaklah menamatkan larian dengan melepasi pita atau gansan penamat yang disediakan.

7.   Pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk sukan olahraga dan khasnya untuk acara ini.

8.   Pegawai perlumbaan akan memberi isyarat apabila pelari mempunyat baki satu lagi pusingan lariannya.

9.   Pelari hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan keputusan yang dicapai dan disahkan oleh pegawai perlumbaan adalah muktamad.

10. Pelari tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantu atau bahan-bahan penguat yang dilarang oleh IAAF.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak