MID NUFF

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)


Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)

            JPPM ditubuhkan pada 23 Julai 1961.Ia dipengerusikan oleh Donald Stephen (anggota Majlis Undangan Sabah). Anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), Lee Kuan Yew (Singapura), Dato' Mustapha Dato' Harun (Sabah), Temenggung Jugah Anak Berieng (Sarawak) dan Dato' Setia Pangeran Ali (Brunei). Tujuan JPPM ialah:

a)    Memberitahu orang ramai mengenai Malaysia.
b)    Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.
c)    Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.
            JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Singapura (1 Februari 1962). Hasil daripada rundingan yang dijalankan.Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, satu memorandum disusun semula dan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Kandungan memorandum ini ialah:
a)    Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.
b)    Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.
c)    Islam agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
d)    Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.
e)    Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.
f)     Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
g)    Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.
Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.

Comments

  1. um blog ini ok ok je lah

    ReplyDelete
  2. @Anonumous Apa yang dimaksudkan dengan stupid note? Show us yours.
    @lanisha Susah sangat nak cakap terima kasih? Hehe

    Thanks nota admin. #lastminutestudy

    ReplyDelete
  3. @Anonumus whats your fvcking problem? is it so fvcking to say thanks?

    ReplyDelete
  4. stupid note??orang lain baik hati buat note utk kamu semua tengok pun mau ckp org stupid pnya??kamu tu kacang lupakan kulit....

    ReplyDelete
  5. Thank you for the note . Really appreciate that.

    ReplyDelete
  6. Ringkas dan padat... very good work.
    Terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak