MID NUFF

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM MENJAMIN HUBUNGAN ANTARA KAUM


KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM MENJAMIN HUBUNGAN  ANTARA KAUM (KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA)

Perlembagaan ialah  peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai kerajaan dan prinsip-prinsip dalam pentadbiran negara.  Ia merupakan sumber undang-undang tertinggi dalam negara. Perlembagaan terbahagi kepada dua iaitu bertulis dan tidak bertulis.Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis.Perlembagaan bertulis ialah bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam satu dokumen. Perlembagaan tidak bertulis seperti di Britain meliputi semua prinsip perlembagaan yang tidak dikumpulkan dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi menjamin kestabilan negara. Perlembagaan juga merupakan asas bagi merangka  bentuk pentadbiran serta penggubalan undang-undang. Unsur-unsur perlembagaan menjadi titik tolak bagi memupuk perpaduan di antara kaum.Unsur-unsur perlembagaan seperti bahasa kebangsaan, agama, hak istimewa orang Melayu dan pemerintah beraja telah menjadi panduan untuk menjamin kecekapan, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran.
Selain itu, perlembagan juga sebagai jaminan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara. Semua rakyat telah diingatkan secara langsung atau tidak langsung mengenai  matlamat sebagai rakyat Malaysia iaitu mempunyai sifat sayangkan negara di samping menyemai semangat patriotisme di dalam diri mereka. Contohnya, dalam Perkara 24 perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya manakala Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatan jika terbukti tidak setia kepada negara. Hal ini bertujuan supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.
Di samping itu, para pemimpin negara menyedari bahawa perlu diwujudkan bahasa kebangsaan sebagai wadah komunikasi atau bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum.Hasil permuafakatan perlembagaan, bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Persefahaman menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak menjejaskan penggunaan bahasa ibunda kaum lain; malah adalah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.
Rasional pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah kerana bahasa Melayu menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad-abad lamanya, lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan berbanding bahasa lain.
Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi bagi Kerajaan Persekutuan telah diterangkan dalam Perkara 3 Fasal 1. Mengikut Perkara 11 Fasal 4 pula, undang-undang negeri,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan boleh dikawal atau disekat perkembangan apa-apa atau kepercayaan agama antara orang yang menganuti agama Islam. Fungsi pihak kerajaan yang terdiri Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan menguruskan adalah mempunyai autoriti bagi menubuhkan sebarang penubuhan institusi berasaskan Islam serta mengeluarkan peruntukan bagi urusan penyelenggaraan institusi berkenaan.  Walaupun demikian, satu fasal imbangan telah diperuntukkan di dalam perkara 3 yang menyebut mengenai hak penganut agama lain dalam menganut agama mereka. Setiap penganut agama mempunyai hak bagi menguruskan hal ehwal agama sendiri, menubuh atau menyelenggara institusi agama dan memperoleh harta benda serta membelanjakan harta tersebut mengikut undang-undang yang sedia ada.
Islam dipilih sebagai agama rasmi kerana telah bertapak lebih 600 tahun lampau dan banyak mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang Melayu sehingga sekarang berbanding agama lain. Begitu juga, semasa penjajahan British, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan mereka menyerahkan urusan agama Islam kepada Raja-Raja Melayu.         Islam juga diterima sebagai agama Persekutuan kerana sesuai dengan takrif "Melayu" seperti didefinisikan dalam Perkara 160 Perlembagaan Malaysia. Begitu juga pada zaman penjajah melalui perjanjian damai dan persahabatan dengan Raja-Raja Melayu, walaupun mereka berjaya mendapatkan hak untuk memberi nasihat yang bersabit dengan pentadbiran negara, namun agama Islam dikecualikan.
Di samping itu, perlembagaan juga mengiktiraf pemerintahan beraja yang telah sedia ada sejak dahulu lagi di dalam sistem pemerintahan negara.Dalam sistem ini, raja mempunyai kuasa mutlak dengan bantuan oleh pembesar negeri yang berfungsi sebagai badan penasihat.Impak penjajahan British ke atas negara adalah pengurangan kuasa raja.Tambahan pula, raja juga perlu menerima nasihat Residen British dan hanya berkuasa dalam hal ehwal orang Melayu dan agama Islam menyebabkan orang Melayu menentang British.Setelah negara mencapai kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan sebagai raja berpelembagaan selaras dengan amalan demokrasi yang diamalkan di Malaysia.
Raja boleh bertindak tetapi mempunyai lunas perlembagaan yang telah ditetapkan.anan yang di-pertuan agong dalam menjaga hak istimewa serta kedudukan orang melayu dan bumiputera di Sarawak dan sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan, serta pemberian lesen perniagaaan dan perdagangan. Walau bagaimana pun, perlembagaan juga memastikan perkara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum lain.
Akhir sekali, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak pula disentuh dalam Perkara 153. Hak istimewa ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Walau bagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum¬kaum lain, iaitu menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka yang sah menurut peruntukan lain. Begitu juga perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau penamatan permit lesen yang dipegang olehnya.
Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia hendaklah memahami sejarah negara dan mengambil iktibar daripadanya. Peristiwa 13 Mei 1969 hendaklah dijadikan pengajaran dengan menghormati hak kaum lain seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia demi memastikan perpaduan antara kaum akan terus erat.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak