MID NUFF

Ansur Maju Kemahiran Bola Jaring


E. ANSUR MAJU DALAM KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING
9.1 Ansur maju/latihan menghantar bola
Hantaran dada
(a)   Buat satu tempat sasaran pada tembok. Berdiri dalam jarak 3 meter dari tempat sasaran. Lakukan 10 kali hantaran bola secara hantaran aras dada.
Rajah 21: Latihan aras dada menggunakan tembok ke sasaran
Setiap hantaran yang tepat mengenai sasaran, pemain dianggap memperoleh dua mata. Pastikan kamu memperolehi 20 mata selepas membuat 10 hantaran.
(b)  Berdiri pada jarak 3 meter menghadap rakan kamu. Lakukan hantaran bola secara hantaran dada bergabti-ganti selama 30 saat. Catatkan bilangan hantaran yang kamu buat dalam jangka masa tersebut.

(c)  Latihan-latihan di atas boleh diulang menggunakan hantaran:
§  Hantaran aras bahu           
§  Hantaran lantun
§  Hantaran aras kepala
§  Hantaran rendah/sisi/bawah
§  Hantaran sisi
§  Hantaran lob
§  Hantaran peluru
§  Hantaran bawah bahu
Lob
(a)  Berdiri pada jarak lima meter dari rakan kamu. Minta seorang seorang lagi rakan kamu berdiri di tengah-tengah jarak tersebut. Buat hantaran lob melepasi kepala rakan kamu yang berada di tengah. Ulang hantaran sebanyak 30 kali sacara bertukar ganti.




Rajah 22: Latihan lob dengan penghalang tanpa mendepakan tangan
(b)  Kamu dan rakan-rakan kamu berkedudukan seperti di atas. Semasa hendak melakukan hantaran, pemain yang berada di tengah-tengah mendepakan tangan seolah-olah hendak menghalang hantaran bola. Bola yang dihantar hendaklah melepasi halangan dan dapat disambut oleh rakan kamu.



Rajah 23: Latihan lob dengan penghalang mendepakan tangan
9.2 Ansur maju/latihan menangkap bola
(a)  Lakukan latihan secara berkumpulan lebih kurang 2-3 orang pemain. Dengan menghadap tembok, seorang pemain melontar bola ke tembok dan biarkan bola itu melantun ke arah pemain lain. Pemain itu akan cuba menangkap bola yang melantun ke arahnya.

Rajah 24: latihan menangkap bola menggunakan tembok
(b)  Buat latihan secara berpasangan. Anggarkan jarak antara kamu dan rakan kamu dalam 3 meter. Suruh rakan lontar bola ke arah kamu dan cuba tangkap bola itu. Lakukan latihan secara berulang-ulang selama 30 saat. Cacatkan jumlah tangkapan yang kamu buat dalam 30 saat.

9.3 Ansur maju/latihan menjaring gol
(a)  Buat sepuluh kali aktiviti menjaring dari pelbagai kedudukan di sekitar kawasan gol. Cuba lakukan jaringan seberapa pantas yang boleh. Catatkan jumlah jaringan gol yang kamu buat dalam 15 percubaan.
Rajah 25: Buat aktiviti menjaring dari kedudukan yang berlainan
(b)  Lakukan aktiviti menjaring dalam masa 30 saat. Pilih kedudukan yang berlainan di sekitar kawasan gol kemudian catatkan jumlah jaringan yang kamu buat dalam masa 30 saat.
(c)  Buat aktiviti secara berpasangan. Pemain A menghantar bola kepada pemain B. Pemain B menangkap bola yang dihantar kepadanya dan terus membuat jaringan dengan menggunakan bola yang dipegang (yang ditangkap tadi).
Tingkat latihan ini dengan meletakkan seorang pemain untuk menghalang jaringan yang dibuat.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak