click ni ye!

Wednesday, October 10, 2012

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957


Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
Penentangan meluas dari seluruh orang Melayu menyebabkan British membatalkan Perlembagaan Malayan Union dan menggantikannya dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.Rundingan antara penjajah British dengan wakil – wakil dari raja – raja Melayu  serta wakil UMNO telah melahirkan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1948. Sebelum itu pada bulan Januari 1948,Raja – Raja Melayu telah menandatangani perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Antara perkara utama yang dilaksanakan ialah
Ø  Kedaulatan Raja – Raja Melayu dipulihkan seperti sebelum Perang Dunia Kedua
Ø  Tanah Melayu telah dikeluarkan daripada taraf jajahan dan pemerintahan secara tidak langsung seperti sebelum Perang Dunia Kedua diteruskan
Ø  Kerajaan British terus mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu sebagai penduduk asal Negara ini
Ø  Kerajaan British bertanggungjawab terhadap soal pertahanan dan hal ehwal luar Tanah Melayu
Ø  Prinsip kerakyatan secara Jus Soli untuk orang bukan Melayu seperti yang termaktub di dalam perlembagaan Malayan Union digugurkan. Undang – undang kerakyatan yang julung – julung kali diperkenalkan meliputi semua negeri iaitu bagi membolehkan orang bukan Melayu memohon kerakyatan Persekutuan. Walau bagaimanapun,syarat kelayakannya diperketatkan.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Isi-isi penting Perlembagaan PersekutuanTanah Melayu 1957 ialah
ü  Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan
ü  Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
ü  Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan Negara
ü  3 jenis kerakyatan diwujudkan,iaitu secara Kuatkuasa Undang-undang,Permohonan dan Naturalisasi
ü  Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
ü  Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
ü  Tanah Simpanan Melayu dikekalkan
ü  Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
ü  Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua Negara
ü  Pentadbiran Negara bersifat demokrasi berparlimen,iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen
ü  Pada peringkat negeri,Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO

Kepentingan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
·         Membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan dibentuk
·         Mewujudkan perpaduan yang jitu antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu
·         Keharmonian antara kaum dapat dicapai tanpa menumpahkan darah
·         Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sebuah Negara yang berdaulat
·         Melahirkan identiti masyarakat yang merdeka walaupun berbeza warna kulit,agama,bangsa.

3 comments:

Anonymous said...

lol

Anonymous said...

lol

Anonymous said...

lol

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India