MID NUFF

Kemahiran Asas Badminton


Kemahiran Asas Badmiton

Terdapat dua cara memegang raket:-

a)    Pegangan Hadapan
b)    Pegangan Kilas


Pukulan Servis

-      Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
-      Ayun raket ke belakang.
-      Siku bengkok hampir ke badan.
-      Tangan kiri pegang bulu tangkis.
-      Lepaskan bulu tangkis.
-      Ayun raket pantas ke hadapan.

Servis Rendah

-      Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri.
-      Pandang ke sasaran.
-      Ikut lajak.

Servis Flik

-      Flik bulu tangkis dengan pergelangan tangan di hadapan kaki kiri.
-      Penerbangan bulu tangkis tinggi melepasi pihak lawan.





Servis Tinggi

-      Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
-      Ayun raket tinggi ke belakang.
-      Pegang bulu tangkis tinggi di paras hadapan muka.
-      Lepaskan bulu tangkis.
-      Ayun raket ke hadapan dengan lengan diluruskan.
-      Pandang bulu tangkis.
-      Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri dengan ayunan pantas.
-      Ikut lajak.

Pukulan Hadapan
-      Pandang bulu tangkis.
-      Ayun raket ke belakang.
-      Sebelah tangan lagi diluruskan.
-      Ayun raket dengan tangan lurus.
-      Pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tinggi.
-      Ikut lajak.


Pukulan Kilas
-      Pandang bulu tangkis.
-      Kaki kanan menyilang ke kiri.
-      Kilas raket separas bahu.
-      Pukul bulu tangkis.
-      Ikut lajak.


Pukulan Lob

Kemahiran pukulan hadapan boleh digunakan untuk melakukan pukulan lob. Pukulan ini digunakan untuk memaksa pihak lawan bergerak jauh ke belakang gelanggang.

Pukulan Smesy

Pukulan smesy boleh dilakukan ketika bulu tangkis berada tinggi di udara. Ia digunakan untuk menamatkan rally atau mencipta ruang. Sasarannya ialah ke ruang kosong gelangang lawan.

-      Pandang bulu tangkis.
-      Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
-      Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok.
-      Sebelah tangan lagi lurus ke atas.
-      Ayun raket ke hadapan dengan lengan lurus.
-      Pukul bulu tangkis pantas.
-      Ikut lajak.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak