MID NUFF

Sejarah Bola Keranjang


1.0     SEJARAH BOLA KERANJANG



Sukan bola keranjang mula diperkenalkan oleh Dr James Naismith pada tahun 1891. Ketika itu beliau adalah seorang pemimpin YMCA, Springfield, Massachussets, Amerika Syarikat. Sejak permainan ini diperkenalkan, ia adalah satu jenis permainan riadah terutama sekali pada musim sejuk. Bola yang digunakan adalah bola sepak dan sejenis bakul yang digantungkan pada dinding sebagai gol.

Kemudian, beberapa tahun selepas itu, terdapat banyak perubahan yang berlaku dari segi undang-undang permainan dan teknikal. Perubahan yang terbaru ialah merupakan satu garisan yang melengking menyentuh kedua-dua garisan tepi. Sekiranya jaringan dilakukan dari luar garisan tersebut adalah jaringan dari jauh dan 3 mata akan diberikan kepada pasukan yang berjaya.

Permainan bola keranjang memerlukan pemain-pemain yang tinggi lampai kerana ianya mempunyai kelebihan untuk menjaringkan gol. Jengkauan tangannya adalah lebih jauh dan tinggi. Namun demikian, beberapa aspek lain adalah seperti ketangkasan dan kecergasan serta kemahiran dalam permainan adalah suatu faktor yang sangat penting bagi menjamin kemenangan sesuatu pasukan.


Permainan bola keranjang adalah suatu permainan yang sangat menarik dan mencabar. Pemain-pemain sentiasa bergerak lincah sepanjang masa permainan. Sesuatu pasukan yang sedang bertahan mungkin akan secara tiba-tiba bertindak pantas menyerang ke kawasan gol pasukan lawan dan bola sentiasa bertukar tangan. 

Comments

  1. rasanya ini satu perkongsian yang baik. Tapi agak kurang lagi info ini, kalau awak tambah lagi mesti best. satu lagi awak letak la senarai rujukan kat bawah, baru orang percaya kalau baca. kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak