click ni ye!

Friday, October 12, 2012

PERALATAN LOMPAT TINGGI


PERALATAN

Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga.  Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan dimulakan.  Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :-
     i)        Tiang lompat tinggi
Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang dijalankan.  Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta.  Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.
    ii)        Palang lompat tinggi
Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga.  Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan.  Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas.  Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang. 
   iii)        Kawasan mendarat
Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi perhatian kepada kawasan mendarat.  Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang sewajarnya.  Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada suatu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap.  Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat.  Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi.  Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.
  iv)        Pita pengukur
Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta.  Ukurang hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan.  Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

UKURAN
     i)        Tiang lompat tinggi
Tiang lompat tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.

    ii)        Palang lompat tinggi
Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan.  Berat maksimum palang ini ialah dua kilogram.  Palang ini diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas.  Alat sokongan ini hendaklah berbentuk segiempat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.

   iii)        Kawasan mendarat
Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut bergetah dan berbentuk segiempat dengan bersaiz 5 meter panjang, 4 meter lebar dan 1 meter tebal.
  iv)        Pita pengukur
Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh peserta.  Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan.  Pegawai pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India