MID NUFF

Pentadbiran/Organisasi RMT


Pentadbiran/Organisasi RMT 
      
1.1.1 Peranan  Guru Besar

a. Memikul keseluruhan tanggungjawab terhadap PSS sebagai sebahagian daripada      keseluruhan program sekolah.

b. Menjalankan tugas pentadbiran harian bagi program ini sama ada secara langsung atau        tidak melalui seorang guru penjaga yang dikhaskan.

c. Mengumpul dan menyediakan perangkaan enrolmen sekolah yang kemas kini agar      boleh diperoleh dengan mudah oleh PPD atau pembekal susu tempatan.

d. Memberi taklimat dan orientasi kepada guru-guru dan ahli PIBG tentang berbagai      aspek PSS

e. Menguruskan tempat simpanan susu bagi sementara waktu di sekolah dan       kemudiannya membahagi-bahagi kan kepada murid.

f. Memastikan murid-murid meminum susu semasa di sekolah dan mendapatkan khasiat     pemakanan yang  maksimum dan cuba menghindar kemungkinan berlakunya sebarang     pencemaran dan kerosakan susu akibat daripada pengendalian yang kurang cermat.

g. Mengadakan langkah-langkah yang berkaitan untuk meneliti pemeriksaan dengan cara     memeriksa pek-pek susu dan merasa susu itu bagi setiap hantaran susu ke sekolah.

h. Menjalankan langkah-langkah yang berpatutan bagi mengelakkan publisiti yang tidak      wajar, panik dan histeria yang mungkin timbul dari laporan kes-kes susu masam atau      tuduhan keracunan makanan.

i. Mengadakan langkah-langkah untuk pertolongan cemas, rawatan perubatan dan      memberi perhatian lanjutan terhadap murid-murid yang dilaporkan sedang sakit dari      kesan-kesan buruk setelah meminum susu masam.

j. Membantu syarikat-syarikat susu, pihak berkuasa kesihatan dan pendidikan bagi     menjalankan ujian-ujian, contoh susu yang diminum oleh murid-murid, contoh pek     susu dari hantaran yang sama, keadaan murid-murid yang dilaporkan sakit.

k. Menyediakan dan mengempukkan laporan awal dan laporan kemajuan kepada pihak-    pihak berkuasa yang berkenaan, berkaitan dengan susu masam uang dilaporkan dan     tuduhan keracunan makanan.

l. Membantu / menyokong dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti di peringkat    daerah yang dikelolakan oleh PPD / JPN.

m. Menyelaras dan memberi kepimpinan bagi pelaksanaan input pendidikan yang       disediakan untuk PSS.

n. Menyedia dan mengemukakan kepada PPD / JPN penyata-penyata dan laporan­-     laporan yang berkaitan seperti yang telah ditetapkan.





1.1.2 Peranan Penolong Kanan Hem / GK Hem

a. Naib Pengerusi RMT
b. Menyelaras program
c. Menyampaikan maklumat
d. Mengumpul data dan menyerahkan kepada Guru Besar
e. Mengisi borang KP/RMT/PSS/1(Pin.92)
f. Bimbingan dan penyeliaan

1.1.3 Peranan Guru RMT Sekolah

Membantu Guru Besar dan Guru Penjaga bagi peningkatan PSS melalui:
a. Penyediaan penerangan dan penjelasan lanjutan tentang semua pengumuman dan      aktiviti berkala PSS

b. Penyimpanan rekod-rekod yang kemas kini berhubung dengan PSS murid-murid         kelasnya.

c. Perundingan dan nasihat kepada murid-murid yang mungkin menunjukkan tanda--     tanda alah kepada laktosa atau susu.

d. Perancangan, pelaksanaan dan penilaian aktiviti-aktiviti pendidikan yang bersepadu      dengan menggunakan susu sebagai tajuk dan juga menggunakan tema-tema dan    bahan-bahan yang disediakan oleh program ini untuk P & P.

e. Penggalakan dan menyelenggarakan  kebersihan persekitaran melalui pembuangan      sampah yang teratur dan / atau penggunaan semula pek-pek,dulang-dulang, penyedut      minuman dan bahan-bahan lain yang disampaikan.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak