MID NUFF

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pendidikan Kesihatan ?


1.    Apakah yang dimaksudkan dengan Pendidikan Kesihatan ?
Definisi kesihatan :
·         Menurut WHO, kesihatan adalah sesuatu yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial, dan bukan hanya sekadar tiada penyakit atau cacat cedera sahaja.
Definisi pendidikan:
·         Pendidikan ialah satu usaha sistematik yang disengajakan, dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya. Ia juga merupakan satu usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia

Definisi pendidikan kesihatan:
·         Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.
Green (1980):
·         Pendidikan Kesihatan adalah sebarang pengalaman pembelajaran yang dibentuk bagi memudahkan adaptasi dan tingkahlaku yang kondusif untuk kesihatan.
Anspaugh & Ezell (1995):
·         Pendidikan Kesihatan merupakan proses untuk mengembang dan membekal pengalaman–pengalaman pembelajaran yang terancang dalam cara untuk memberi maklumat, mengubah sikap, dan mempengaruhi tingkahlaku. Proses tersebut akan membolehkan kanak-kanak mencapai tanggungjawab kesihatan kendiri, yang menjurus kepada peningkatan tahap kesihatan dan kesejahteraan.
Marx & Wooley (1998):
·         Pendidikan Kesihatan sebagai pembelajaran di bilik darjah yang menyediakan dimensi kesihatan fizikal, mental, emosi dan social. Memperkembangkan pengetahuan, sikap dan kemahiran berkenaan kesihatan.

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Thanks dude :) I'm including this in my papers and your website will be cited ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak