MID NUFF

Ansur Maju Kemahiran Badminton


LATIHAN ANSUR MAJU
Latihan ansur maju memberi peluang kepada pemain mempelajari kemahiran bermain. Matlamat latihan adalah supaya pemain dapat membuat pukulan dengan cara yang betul. Latihan-latihan ini adalah sebagai persediaan sebelum pemain memperoleh kemahiran-kemahiran yang lain. Latihan yang biasa dilakukan seperti cara pergerakan memukul dengan raket dan mengawal serta memukul bulu tangkis.

Cara pergerakan memukul
Seorang jurulatih diperlukan untuk latihan ini. Latihan dijalankan secara berseorangan di dalam gelanggang dan alat yang diperlukan ialah raket. Pegang raket mengikut cara yang betul. Teruskan latihan dengan membuat pukulan atas kepala, pukulan kilas, pukulan hadapan dan ke bawah (smesy).
IMG_0053.jpgIMG_0055.jpg

           





Rajah 10.1: Pukulan atas kepala                                      Rajah 10.2: Pukulan kilas

IMG_0054.jpgIMG_0052.jpg






      Rajah 10.4: Mengembalikan smesy
Rajah 10.3: Pukulan depan

Mengawal serta memukul bulu tangkis ke udara
Latihan dijalankan secara berseorangan dengan menggunakan raket dan bulu tangkis. Pegang raket dengan betul dan pukul bulu tangkis dari arah bawah ke atas. Teruskan latihan sehingga mahir memainkan bulu tangkis di udara.
IMG_0059.jpg           







Rajah 10.5: Memukul bulu tangkis di udara
Memukul bulu tangkis ke hadapan
Latihan dijalankan secara berpasangan dengan menggunakan bulu tangkis dan raket. Latihan boleh dilakukan di dalam gelanggang atau kawasan lapang. Kedudukan pemain adalah seperti rajah di bawah dan pemain menggunakan pukulan hadapan. Pemain A akan memukul bulu tangkis kepada pemain B manakala pemain B akan menangkap dan memukul kembali bulu tangkis kepada pemain A. Latihan diteruskan sehingga pemain dapat membuat hantaran tepat kepada rakan.
IMG_0057.jpg
                                                           





Rajah 10.6: Pergerakan memukul bulu tangkis ke hadapan

Memukul bulu tangkis di udara
Latihan dijalankan secara berpasangan dengan menggunakan bulu tangkis dan raket. Latihan boleh dilakukan di dalam gelanggang atau di kawasan lapang. Kedudukan pemain adalah seperti rajah yang ditunjukkan. Pemain-pemain boleh menggunakan pukulan hadapan atau pukulan kilas untuk latihan ini. Pemain A akan memukul bulu tangkis tinggi kepada pemain B manakala pemain B akan memukul kembali bulu tangkis kepada pemain A. Latihan diteruskan sehingga bulu tangkis dapat dimainkan di udara.

                                                                                                                        IMG_0056.jpg           






Rajah 10.7: Memukul bulu tangkis di udara bersama rakan

10.2    LATIHAN-LATIHAN TUBI
Latihan-latihan ini perlu untuk membina dan menguasai kemahiran memukul dengan tepat ke arah sasaran. Latihan ini juga boleh membina kecergasan daya tahan otot jika dilakukan secara berterusan.

Servis di petak servis gelanggang bergu
Latihan dijalankan berpasangan di gelanggang yang lengkap dengan tiang dan jaring. Alat yang diperlukan ialah sepuluh bulu tangkis dan raket. Kedudukan pemain adalah seperti rajah yang ditunjukkan. Pemain boleh membuat servis dengan pukulan hadapan atau pukulan kilas. Pemain A membuat servis kepada pemain B yang mengutip bulu tangkis untuk meneruskan latihan. Ulang latihan dengan servis pendek, servis tinggi dan servis pantas. Servis hendaklah tepat ke petak servis gelanggang lawan.


IMG_0060.jpg
IMG_0061.jpgRajah 10.8 Latihan memukul bulu tangkis ke udara

Rajah 10.9: Latihan servis pendek

Servis dan mengembalikan servis
Latihan dijalankan berpasangan di gelanggang yang lengkap dengan tiang dan jaring. Alat yang diperlukan ialah sepuluh bulu tangkis dan raket. Pemain boleh membuat servis dengan pukulan hadapan atau pukulan kilas. Pemain A membuat servis kepada pemain B yang mengembalikan servisnya. Ulang latihan dengan servis pendek, servis tinggi dan servis deras. Servis yang dibuat hendaklah tepat ke petak servis gelanggang lawan. Pukulan dianggap baik apabila rakan pemain tidak dapat mengembalikan servis yang dihantar.
Memukul dan mengembalikan pukulan di atas kepala
IMG_0062.jpgLatihan dijalankan secara berpasangan di gelanggang yang lengkap dengan tiang dan jaring. Alat yang diperlukan ialah beberapa bulu tangkis dan raket. Kedudukan pemain adalah seperti dalam rajah yang ditunjukkan. Kedua-dua pemain hendaklah berada di belakang gelanggang masing-masing. Pemain boleh menggunakan pukulan hadapan atau pukulan kilas untuk menghatar bulu tangkis ke belakang gelanggang lawan. Pemain A dan pemain B akan memainkan bulu tangkis di udara dengan memukul dan membalas pukulan di atas kepala. Latihan dimulakan dengan pukulan servis tinggi ke belakang.

Rajah 10.10: Latihan mengembalikan servis di atas kepala

Latihan pukulan deras
Latihan dijalankan secara berpasangan di gelanggang yang lengkap dengan tiang dan jaring. Alat yang diperlukan ialah beberapa bulu tangkis dan raket. Kedudukan pemain adalah seperti rajah yang ditunjukkan. Kedua-dua pemain hendaklah berada di bahagian tengah gelanggang masing-masing. Pemain boleh menggunakan pukulan depan atau pukulan kilas untuk menghasilkan pergerakan bulu tangkis yang pantas dan tepat ke sasaran. Kedua-dua pemain A dan B akan memainkan bulu tangkis secara berterusan di udara. Mulakan latihan dengan pukulan seperti servis deras. Latihan ini
IMG_0063.jpgjuga mengutamakan pergerakan pemain memukul dengan deras. Pukulan yang deras, rendah, melepasi jaring dan tepat ke sasaran dianggap baik.

Rajah 10.11: Pukulan deras

Latihan mengembalikan pukulan di depan jaring
Latihan dijalankan secara berpasangan di gelanggang yang lengkap dengan tiang dan jaring. Alat yang diperlukan ialah beberapa bulu tangkis dan raket. Kedudukan pemain adalah seperti rajah yang ditunjukkan. Kedua-dua pemain hendaklah berada di hadapan garis servis pendek gelanggang masing-masing. Gunakan pukulan hadapan atau pukulan kilas untuk latihan ini. Kedua-dua pemain A dan B akan memukul dan mengembalikan pukulan di hadapan jaring. Mulakan latihan dengan pukulan servis pendek. Pemain perlu memukul dari arah bawah ke atas untuk membuat lob rendah yang melepasi jaring kea rah kiri atau kanan gelanggang. Setelah membuat pukulan setiap pemain hendaklah berundur ke garisan servis pendek dan bersedia untuk pergerakan seterusnya. Pukulan yang melepasi hadapan jaring dianggap baik.


IMG_0064.jpgRajah 10.12: Mengembalikan pukulan di depan jaring

Latihan smesy dan mengembalikan smesy
Latihan dijalankan secara berpasangan di gelanggang yang lengkap dengan tiang dan jaring. Alat yang diperlukan ialah beberapa bulu tangkis dan raket. Kedudukan pemain adalah seperti rajah yang ditunjukkan. Kedua-dua pemain hendaklah berada di tengah-tengah gelanggang masing-masing. Pemain hendaklah menggunakan pukulan hadapan ketika membuat smesy manakala kedua-dua pemain lain boleh menggunakan pukulan hadapan atau kilas. Pemain A melakukan smesy kepada pemain B atau C manakala pemain B atau C akan mengembalikan smesy kepada pemain A. Latihan dijalankan secara berterusan. Mulakan latihan dengan pukulan servis pendek. Pada peringkat awal latihan, smesy yang kencang tidak diperlukan. Latihan dijalankan secara latih tubi dan bergilir-gilir. Pukulan smesy yang melepasi jaring ke sasaran dianggap baik.
Rajah 10.13: Smesy dan mengembalikan smesy

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak