MID NUFF

Peraturan Badminton


PERATURAN


Membuat Servis


Servis  merupakan pukulan pertahanan. Servis boleh menjadi pukulan serangan jika dilakukan dengan baik dan betul. Perubahan taktik dan penggunaan jenis servis yang berbeza-beza akan menyebabkan pemain lawan tidak dapat dengan baik servis itu. Penerima mempunyai kelebihan kerana dia tahu bulu tangkis tentu dipukul ke atas dan terhad pada petak servis yang ditetapkan. Dia akan berada dalam keadaan yang bersedia. Jika servis dibuat dengan baik, ia merupakan cara paling mudah mendapatkan mata.

Menerima Dan Mengambil Servis

Menerima dan mengembalikan servis dianggap sebagai satu pergerakkan yang penting dalam permainan Badminton. Ini juga merupakan satu lagi kemahiran asas yang penting. Walaupun sering dianggap sebagai satu cara atau taktik bertahan tetapi servis ini lebih merupakan taktik menyerang yang paling berkesan. Sebagai kemahiran asas, servis ini penting kerana pergerakkan ini akan menentukan sama ada pukulan dibuat atau terus dimatikan.

Membuat Pukulan

Membuat pukulan atau storck play merupakan kemahiran asas ketiga terpenting di dalam permainan badminton selepas kemahiran membuat servis dan menerima servis. Sebagai kemahiran asas, setiap pemain perlu tahu membuat pukulan dan pada masa yang sama dapat menggunakan sesuatu pukulan untuk sesuatu situasi tersebut.

Taktik Pemain Perseorangan

Ada pendapat mengatakan, taktik utama permainan badminton perseorangan hanyalah memukul bulu tangkis dengan tepat ke kawasan lawan. Sebagai satu pemain yang berada di gelanggang, pemain harus melakukan apa sahaja secara bersendirian. Oleh itu, terserahlah kepada pemain memilih dan menggunakan sesuatu taktik atau strategi permainan.


Cara Bermain

Permainan dimainkan oleh 2 orang pemain, seorang di sebelah kiri jaring dan seorang lagi di sebelah kanan jaring. Selepas pengundian, penentuan servis dan gelanggang dibuat, mereka akan bergerak ke kawasan yang ditentukan. Pemain A yang akan memulakan servis akan melakukannya dari kawasan kanan gelanggangnya.

Arah atau kawasan yang akan dihantar bulu tangkis ialah kawasan kanan lawan. Ini bererti untuk membuat servis pertama bahagian kanan gelanggang yang sahaja digunakan. Selepas bulu tangkis disentuh oleh lawan, kedua-dua pemain bebas bergerak di seluruh kawasan dalam gelanggang.

Pembuat servis boleh menghantar bulu tangkis ke mana-mana tempat di dalam petak berjalur di kawasan lawan. Dia juga boleh menggunakan sebarang servis yang dibenarkan. Setelah pemain berkenaan berjaya memungut mata pertama, dia akan membuat sebarang servis di sebelah kiri gelanggangnya untuk menerima servis itu. Pertukaran tempat membuat servis akan berlaku jika seseorang pemain berjaya memungut atau menambah matanya untuknya.

Dalam menggunakan sebarang taktik atau strategi permainan perseorangan biasanya taktik itu bermula daripada servis. Setelah itu barulah boleh dimasukkan taktik atau strateginya, sama ada untuk menyerang atau bertahan. Sebelum membincang taktik yang digunakan, kita lihat dahulu beberapa cirri penting permainan perseorangan.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak