MID NUFF

Teknik Latihan acara 1500m


Teknik Latihan

Biasanya pelari jarak sederhana ini terdiri daripada mereka yang berbadan tinggi, tidak gemuk dan mempunyai kaki yang panjang dan mempunyai otot yang pejal. Walaupun kadang-kadang pelari tidak semestinya sedemikian, kebanyakan olahragawan yang menceburkan diri dalam acara ini adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai bentuk fizikal yang begini. Perkara yang lebih penting ialah mereka juga harus mengikut latihan serius dari masa ke semasa, yang merangkumi pelbagai hal berkaitan dengan acara ini dan tidak sekadar berlari sahaja.

Permulaan

Biasanya peserta-peserta yang dipilih ke perlumbaan akhir dalam acara ini dalam kebanyakan perjumpaan olahraga, dipilih menerusi saringan dan separuh akhir. Bilangan peserta dihadkan kepada 12 hingga 20 orang peserta sahaja. Setiap peserta akan memulakan perlumbaan pada selekoh kedua balapan 400 meter, iaitu pada garisan melengkung yang disediakan. Mereka akan berbaris sepanjang garisan permulaan sementara menantikan isyarat permulaan daripada pegawai pelepas. Bagaimanapun, kedudukan peserta ditentukan menerusi undian berdasarkan nombor dan bukan lorong. Peserta dengan nombor sedikit ditempatkan pada kedudukan paling dalam dan diikuti dengan nombor berikutnya.

         Semua pelari akan menggunakan permulaan gaya berdiri dan tanpa penggunakan blok permulaan. Sebaik sahaja tembakan dilepaskan, semua pelari akan cuba memasuki lorong  paling dalam bagi membolehkan mereka berlari di bahagian dalam balapan. Jika berlari di bahagian uar, peserta harus berlari lurus dan deras ke hadapan untuk suatu jarak tertentu, lalu memotong untuk memasuki lorong dalam apabila ada kesernpatan herbuat demikian.

            Arahan yang diberi oleh pegawai pelepas untuk memulakan larian acara 1500 meter ini adalah sama dengan 800 meter, iaitu ‘Sedia’ dan diikuti dengan tembakan pistol dan yang penting dalam memulakan permulaan acara ini ialah cuba mendapatkan kedudukan terbaik atau berada dalam kumpulan pelari yang di hadapan.

Semasa Larian

            Perkara utama yang harus diberi perhatian oleh pelari 1500 meter ialah berlari mengikut rentak dan keupayaan sendiri serta perancangan larian yang dikehendaki. Walaupun kadang-kadang pelari terpengaruh atau terikut-ikut dengan rentak larian peserta lain, tetapi seboleh mungkin pelari hendaklah mengikut rentak Iarian sendin. Dalam acara ini suatu perkara yang tidak harus diketepikan oleh pelari ialah penjimatan tenaga semasa berlari. Ini bermakna pelari harus berlari tanpa mengeluarkan tenaga dengan sia-sia. Oleh sebab pelari terpaksa berlari hampir empat pusingan dan pada kepantasan yang agak tinggi, setiap tenaga hendaklah digunakan dengan betul. Tenaga juga perlu kerana pelari harus menjaga anggota-anggota badannya supaya kekal kuat sepanjang larian yang agak jauh itu.

            Sebagai panduan umum, perkembangan atau peringkat dalam larian 1500 meter ini boleh dibahagikan seperti benkut:

1.         Permulaan yang baik serta kedudukan yang baik.
2.         Pergerakan dan langkah kaki yang betul
3.         Penyimpanan daya dan tenaga mengikut jarak larian.
4.         Jangan biarkan pelari lain beradajauh di hadapan.

           
            Gerakan atau langkah kaki pelari hendaklah ke hadapan sedikit daripada titik graviti, manakala pergerakan kaki ke belakang hendaklah pada kelajuan yang lebih atau sama dengan pergerakan badan ke hadapan. Kedudukan kaki hendaklah dalam keadaan lurus dengan menekankan kepada pendaratan pada seluruh tapak kaki supaya keseimbangan badan dapat diwujudkan. Ketika berlari, sokongan diperoleh, daripada tumit yang menyentuh balapan manakala ketika melakukan permulaan, otot kaki hendaklah ditegangkan, pergelangan kaki dilebarkan atau ditekan dengan jari-jari kaki untuk memberi keseimbangan yang lebih. Sebaik sahaja kaki menyentuh balapan, jari-jari kaki digunakan untuk menolak badan ke hadapan.

            Jarak langkahan serta kekerapan akan menentukan kederasan larian. Jumlah langkah dalam satu saat juga penting dalam kelajuan. Jarak langkah bergantung pada sudut, kelajuan dan ketinggian projeksi pertengahan titik graviti. Kcdudukan badan pelari ketika benlani hendaklah menegak dan ini berlainan daripada larian pecut. Untuk menghasilkan larian yang baik atau pantas, masa yang lebih lama di udara berbanding dengan di darat diperlukan yang akhirnya menghasilkan masa yang baik.



Panduan umum

Sebaik sahaja pistol dibunyikan oleh pegawai pelepas, pelari akan berusaha mendapatkan kedudukan terbaik di hadapan pelari lain dengan tujuan berlari di dalam lorong yang paling dalam. Dengan berlari di dalam lorong yang paling dalam pelari dapat menjimatkan tenaga semasa berlari, mengelakkan diri daripada dihimpit oleh pelari-pelari lain dan memberi kesempatan kepada seseorang pelari berlari mengikut rentak masing-masing.

            Oleh itu taktik larian yang haru digunakan oleh pelari ialah berlari dengan kepantasan yang lebih pada tahap 100 hingga 200 meter pertama, kemudian dengan kepantasan sederhana untuk jarak kemudiannya. Apabila tiba pada tahap 100 hingga 150 meter sebelum menamatkan larian, pelari hendaklah berlari dengan kelajuan maksimum, lebih-lebih lagi jika pelari lain turut berbuat demikian. Mungkin ramai pelari berpendapat bahawa untuk memecut pada tahap akhir, larian tidaklah semudah yang diperkatakan. Ramai pelari yang tidak dapat meningkatkan kepantasan pada tahap ini disebabkan kehilangan tenaga dan yang dapat mereka lakukan ialah meneruskan kepantasan yang sedia ada hingga ke garisan akhir. Biar apa pun yang penting ialah pelari harus dapat berlari dengan bijak dan menggunakan tenaga tanpa berlebihan.

            Dalam menyertai sesuatu perlumbaan, seseorang pelari mempunyai dua matlamat, iaitu untuk menienangi perlumbaan itu dan memperbaiki catatan masa terbaik atau lebih baik daripada catatan yang lalu. Untuk mencapai matlamat ini, pelari hendaklah merancang lariannya serta mempunyai strategi larian tersendiri, berdasarkan kepada keupayaan peserta lain. Pelari juga boleh berlari bebas daripada kumpulan peserta lain, dengan demikian akan memberikan kesan psikologi terhadap pelari lain.



            Ringkasnya, larian jarak sederhana atau jarak jauh tidak mempunyai banyak perbezaan, termasuk dan segi latihan. Apa yang penting ialah ketika berlatih hendaklah memberi perhatian kepada daya tahan dan penggunaan teknik larian yang berkesan. Oleh itu untuk menjadi pelari jarak sederhana yang baik dan berjaya, pelari juga harus mempunyai semangat, keyakinan dan matlamat untuk mencapai kejayaan.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak