MID NUFF

Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)


Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka Perlembagaan Malaysia.Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul Razak.Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.Wakil Sabah telah mengemukakan memorandum yang mengandungi 20 perkara. Antaranya ialah:
a)    Agama Islam – agama rasmi persekutuan. Tiada agama rasmi di Sabah.
b)    Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah; Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan.
c)    Imigresen orang asing Sabah di bawah kuasa negeri Sabah.
d)    Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.
e)    Perwakilan Parlimen harus mengambil kira keluasan kawasan dan bilangan penduduk.
Pemimpin Sarawak tidak mengemukakan memorandum tetapi bersetuju dengan memorandum yang dikeluarkan oleh Sabah.
·         27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan
·         8 Mac 1963 Dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak
·         13 Mac 1963 Dibentangkan di Sabah.
Kedua-dua negeri menerima laporan ini dan laporan ini seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Kandungannya ialah:
a)    Agama Islam – agama rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.
b)    Bahasa Melayu – bahasa rasmi persekutuan.
c)    Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia apabila Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan.
d)    Imigresen Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal sendiri.
e)    Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri ini membuat pindaan.
f)     Perwakilan Parlimen – Sabah 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Singapura 15 kerusi.
Berdasarkan laporan JAK, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. Pada masa ini Brunei menarik diri secara rasminya.

Comments

  1. Thanks for the information. Helps me a lots. :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. thanks for this really usefull information

    ReplyDelete
  4. Thxx 4 the info help me alot with my pt3 exam as a guide

    ReplyDelete
  5. check your book again
    maklumat diatas adalah tepat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak