MID NUFF

1. Jelaskan maksud penggabungjalinan dan berikan tiga contoh


1.    Jelaskan maksud penggabungjalinan dan berikan tiga contoh

Penggabungjalinan merupakan proses penyampaian beberapa kemahiran dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Satu strategi yang telah disarankan untuk mencapai taraf pencapaian murid yang maksimum ialah penggabungjalinan. Penggabungjalinan ialah satu proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh dalam suatu proses P & P. 
Penggabungjalinan bertujuan membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak dalam satu proses P & P dan meningkatkan keberkesanan proses P & P. Penggabungjalinan juga penting untuk menarik minat murid terhadap proses P & P dan menjadikan proses P & P lebih bermakna kepada murid. Proses penggabungjalinan ini juga memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid secara seimbang dan menyeluruh melalui aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas yang melibatkan murid secara aktif. Penggabungjalinan akan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran utama akan diberikan fokus yang lebih berbanding fokus yang digabungjalinkan. Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain.



Terdapat tiga jenis bentuk penggabungjalinan kemahiran iaitu:
1)    Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran

a.    melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain.
b.    memerlukan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang digabungkan dalam sesuatu proses P & P.
c.    Kemahiran ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kemahiran fokus dan kemahiran sampingan.

2)    Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain

a.    memerlukan penggabungan kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam sesuatu mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang diajar.

3)    Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum.

a.    Melibatkan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran belajar untuk proses pembelajaran murid, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran penyelesaian masalah.
Contoh-contoh:
1)    Menggabungkan kemahiran mengambil lajak dalam permainan lompat jauh dengan mengambil lajak permainan lompat tinggi.
2)    Penggabungjalinan Matematik: Penggunaan nombor semasa mengira bilangan jaringan yang telah dilakukan oleh pelajar A semasa mengajar kemiharan menjaring bola – permain bola jaring.
3)    Penggabungjalinan kemahiran Sains: Guru menerangkan tujuan badan direndahkan semasa mengajar kemahiran hantaran - permainkan hoki.

Comments

  1. nota ini sangat membantu kakak yang baru nak sambung study....tq..kalau boleh masukkan strategi/pendekatan/kaedah P&P matematik pula...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak