MID NUFF

Sejarah Badminton


SEJARAH
                   
Permainan badminton dipercayai berasal dari India. Permainan ini dikenali sebagai 'poone'. Tarikh permulaan yang sebenar tidak dapat dipastikan tetapi di sekitar abad ke-19, permainan ini diperkenalkan ke seluruh dunia menerusi England lebih 100 tahun yang lalu.  Ketika itu, askar Inggeris yang bertugas di India telah memperkenalkan permainan ini ke England.
Dipercayai bahawa 'Duke of Beauford' telah menyaksikan sejenis permainan dengan menggunakan raket dan bulu tangkis pada tahun 1870 di sebuah tempat yang bernama 'Badminton'. Beliau amat tertarik pada permainan tersebut. Akhirnya beliau bersetuju menamakan permainan badminton sempena nama tempat 'Badminton'.
Pada tahun 1877, permainan yang sama telah dimainkan di India oleh sebab permainan ini sudah mepunyai asas di negara tersebut, maka mulalah permainan ini diterima dan dimainkan oleh penduduk di situ. Pada tahun yang sama, undang-undang permainan diperkenalkan. Peraturan awal yang signifikan ialah penggunaan gelanggang seperti yang dimainkan sekarang.
Penerimaan penduduk England terhadap permainan ini amat menarik. Dalam masa yang singkat, Persatuan Badminton England ditubuhkan, iaitu pada tahun 1893. Ini merupakan persatuan pertama di dunia untuk acara badminton.
International Badminton Foundation didapati pada tahun 1934 dengan sembilan negeri dikhaskan. Pengenalan Badminton tentang Thomas Cup terhadap lelaki pada tahun 1949 dan perempuan 1957 yong paling terkenal ialah July Derlin Hashman, dari Baltimore.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak