MID NUFF

Laporan Fenn-Wu 1952


Laporan Fenn-Wu 1952

            Selain daripada Laporan Barnes yang memberi tumpuan kepada sekolah-sekolah Melayu, terdapat Laporan Fenn-Wu yang berfokuskan kepada sekolah-sekolah Cina pula.

 Laporan Fenn-Wu 1952 ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina.  Laporan ini diketuai oleh Dr. Fenn, dari Setiausaha Kerja Bersekutu Negara Cina, serta Dr. Wu dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Maka dalam Laporan Fenn-Wu 1952, terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952).

            Terdapat beberapa usul-usul yang dikemukakan dalam Laporan Fenn-Wu 1952. yang pertama ialah sekolah Cina patut dikekalkan. Malah, sukatan pelajarannya jug hendaklah berasaskan kepada negara China tetapi bukannya Tanah Melayu. Usul ini diwujudkan supaya tidak berlaku penghakisan budaya dan adat bangsa orang Cina.

           Selain itu, sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil. Malah, bahasa kebangsaan juga diadakan. Laporan Fenn-Wu 1952 juga menyatakan bahawa sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) harus dikekalkan. Maka, sekolah-sekolah vokasional pula terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.

            Selepas Laporan Fenn-Wu 1952 dikemukakan, ia mendapat pelbagai reaksi daripada banyak pihak. Orang-orang Melayu telah menolak laporan Fenn-Wu kerana mereka rasa syor-syor dalam laporan tersebut tidak menguntungkan mereka. Tetapi, reaksi yang diterima ini telah membawa kepada satu pengkajian lain. Sebuah jawatankuasa khas, iaitu Jawatankuasa Pusat Penasihat Pendidikan telah ditubuhkan untuk mengkaji laporan Fenn-Wu.

            Jawatankuasa Pusat Penasihat Pendidikan ini terdiri daripada 20 orang ahli pelajaran, pegawai pemerintah dan ahli luar yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Dalam jawatankuasa ini, mereka telah ditugaskan mencari jalan tengah, bagaimana kerajaan dapat melaksanakan perakuan daripada Laporan Barnes dan Fenn-Wu.

             Ada di kalangan mereka berpendapat bahawa murid-murid dari sekolah rendah akan diajar Bahasa Melayu dan Inggeris tetapi anak-anak Cina dan India akan diberikan peluang untuk mempelajari bahasa Kuo Yu dan Tamil. Malahannya, bahasa pengantar di sekolah-sekolah pula hendaklah Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

            Sebagai kesimpulannya, daripada maklumat-maklumat yang didapati, ia jelas menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan orang Cina bersedia untuk menerima Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, tetepi mereka masih ingin mengekalkan bahasa ibunda mereka sebagai identiti budaya mereka. Maka saya rasa Laporan Fenn-Wu boleh diterima secara keseluruhannya kerana usul-usulnya telah menjaga kepentingan semua pihak secara adil.









Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak