MID NUFF

Cadangan bagi menghadapi cabaran dalam bidang perguruan/pendidikan


CADANGAN

3.1   Bagi  melahirkan  guru yang boleh  bersaing di peringkat  global, para guru perlu  meningkatkan  profesionalisme  dengan  meningkatkan ilmu  ke peringkat yang lebih tinggi. Kementerian  menggalakkan para pendidik  melanjutkan pelajaran ke peringkat  yang lebih baik,  Pelbagai program  telah dianjurkan  oleh Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan profesian guru. Misalnya  Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah, Program Pensisiwazahan Guru dan  seterusnya mendapat PHD.  Ini adalah  bertujuan  bagi meningkatkan tahap  profesinalisme guru di negara ini.  Oleh itu  peluang ini perlu direbut oleh para  guru agar  ilmu dapat  ditingkatkan selari  dengan perkembangan teknologi  yang pesat berkembang.

Guru-guru  perlu mendapatkan  ilmu-ilmu  yang  terkini  dalam menangani karenah pelajar  yang pelbagai  ragam, sekiranya  teknologi  pengajaran  dan pembelajaran dapat  dikuasai oleh para guru. Ianya  adalah  satu aset  yang berharga  kerana teknologi tersebut  dapat  menarik  minat  para pelajar untuk  belajar. Sekiranya perkara  ini  berlaku para pelajar  akan lebih cenderung  untuk  belajar  dari  membuang  masa yang tidak berfaedah  seperti  ponteng kelas, melepak di pusat  membeli belah  dan lain-lain masalah yang menyalahi  undang-undang negara.

3.2   Melestarikan  budaya penyelidikan

       Sebagai  guru yang ingin  melahirkan  pelajar  yang  berwibawa dari segi akhlak dan  kecerdasan, ianya  perlu kepada  muhasabah diri dengan erti kata lain perlu menjalankan  kajian tindakan sekiranya  pengajaran yang  dibuat  tidak mencapai objektif  yang dikehendakki.  Seseorang  perlu merefleksi  diri atau  bertanya  pada diri  mengapa  pelajar  atau  murid  tidak  dapat  apa yang  diajar  oleh  guru. Guru tidak  hanya  menyalahkan pelajar dalam  mencapai  objektif  yang diharapkan.
Para guru  perlu  melihat  kepada diri sendiri, mungkin kaedah atau strategi pengajaran tidak  sesuai  dengan  tahap  kecerdasan pelajar . Dimana  guru  perlu mengubah  cara  atau  strategi  yang  lain dalam  meraih minat pelajar terhadap pengajaran. Di sinilah pentingnya guru  membuat  penyelidikan  dalam  mencari formula  yang  terbaik  bagi menangani masalah  yang  guru  hadapi. Dalam perkara ini guru  semestinya mencari  ramuan yang berkesan dalam  menyelesaikan permasalahan yang  dihadapi. Seandainya  penyelidikan yang  dilakukan  oleh guru berkesan,  mungkin formula  tersebut  boleh  digunapakai oleh para  pendidik lain di negara kita. Maka   ia  boleh  memberi  manfaat  kepada guru-guru  lain, bukan hanya untuk  diri  penyelidik  bahkan boleh  digunapakai  oleh  semua guru.

Budaya  penyelidik  perlu  ada  di dalam  diri  setiap  orang guru  bagi  mencari penyelesaian  yang  akan  dihadapi  yang mana  seterusnya  dapat  menjadikan sekolah  yang cemerlang.  Disamping itu  dapat  meningkatkan  ilmu  profesionalisme guru  serta  meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran guru.

3.3  Sifat  guru

        Guru  yang  cemerlang  ialah  guru  yang  mempunyai  ciri-ciri  peribadi  yang mulia  yang  boleh  dijadikan  model  kepada  pelajar, rakan sekerja  serta  masyarakat  sekeliling. Ciri-ciri  peribadi  yang mulia ialah  bertanggungjawab, amanah terhadap  kerja, menepati  masa, berkongsi idea yang  baik, mempunyai budaya  penyelidikan, sentiasa  untuk meningkatkan profesinalisme  dan lain-lain lagi.  Mempunyai  komitmen  yang  tinggi  dalam menjalankan tugas, misalnya sanggup membuat  kerja  diluar  masa bekerja  sekiranya diperlukan.

Para  guru  hendaklah  membuang  sikap  yang  mementingkan diri sendiri, setiap program  yang  dilaksanakan  memerlukan  kerjasama  semua guru dalam  sesebuah sekolah barulah  setiap  program  dapat  dilaksanakan  dengan jayanya.
Ini  adalah  penting  bagi  kepentingan pelajar, sekolah  dan guru  sekolah  tersebut. Prestij  sekolah  tersebut  akan  dipandang  tinggi  oleh  masyarakat dan  seterusnya dapat  dibanggakan  oleh  setiap  warganya.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI