MID NUFF

Kerja Kursus Pengurusan Gerko-GERKO(IKHTISAS)

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/1999:

Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah

PERBINCANGAN MENGENAI:

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/1999:

Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah

Perbincangan mengenai Surat Pekeliling Ikhtisas:

SPI BIL. 7/199 Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah

Tujuan penubuhan kelab pencegahan jenayah.

Kelab pencegahan jenayah ini ditubuhkan atas dasar kesedaran betapa pentingnya untuk memupuk dan menyedarkan para pelajar untuk menjauhkan diri dari melakukan jenayah. Kelab ini sebagai langkah pencegahan sebelum terjadinya jenayah di sekolah dan sebagai pemulihan sekiranya telah pun terjadi kes-kes jenayah yang tidak sepatutnya terjadi di sekolah.Ini kerana, pelajar-pelajar ini adalah merupakan bakal penentu masa depan negara. Di sekolahlah tempat di mana kita ingin membina akhlak serta peribadi mereka dari segi jasmani dan rohani. Jadi, kesedaran untuk menjauhkan mereka dari jenayah adalah perlu supaya mereka lebih faham dan jelas betapa mereka perlu menjauhkan diri dari jenayah.

Antara tujuan penubuhan kelab ini adalah untuk memupuk rasa patuh dan taat kepada peraturan dan undang-undang negara. Sebagai warganegara, kita perlu patuh dan taat kepada undang-undang yang telah digubal. Sekolah boleh menjadi medium yang paling sesuai dan terbaik untuk menyemai sifat patuh dalam diri para pelajar. Kelab ini juga ditubuhkan untuk melahirkan rasa kesedaran dan tanggungjawab dalam mencegah jenayah. Kesedaran bahawa jenayah adalah satu tindakan yang teruk dan tidak bermoral amat perlu agar pelajar segera menjauhkan diri daripada terjebak.

Antara tujuan lain adalah untuk menyediakan garis-garis panduan mengenai cara-cara pencegahan jenayah dan menggalakkan mereka menjalankan aktiviti yang bermanfaat. Masa lapang para pelajar tidak lagi akan terbuang dengan perkara yang tidak berfaedah tetapi akan digantikan dengan aktiviti yang dapat memberi manfaat dalam diri mereka. Selain itu, kelab ini juga bakal melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan Negara dalam hal-hal jenayah.

Kebaikan menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah

Terdapat banyak kebaikan yang dapat dihasilkan melalui penubuhan kelab pencegahan jenayah di sekolah. Sesuai dengan tujuan penubuhan kelab ini, pelajar-pelajar dapat memanfaatkan kebaikan yang terhasil untuk memperbaiki diri mereka dan menyediakan mereka dalam mengharungi kehidupan sebenar kelak.

Penubuhan kelab ini juga adalah salah satu jalan untuk mencegah jenayah daripada terjadi di kawasan sekolah. Ini adalah sangat penting kerana sekolah adalah tempat pembinaan dan penyediaan modal insan yang cemerlang, bukan untuk melahirkan penjenayah atau insane yang tidak bermoral. Jadi, melalui program inilah, kesedaran dapat dipupuk dalam diri para pelajar.

Keburukan menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah

Di samping kebaikan dan nilai-nilai positif yang dapat dilahirkan melalui penubuhan kelab ini, terdapat juga beberapa kemungkinan hasilan negatif yang terhasil. Contohnya, sekiranya aktiviti-aktiviti yang dirancang terlalu padat dan tidak bersesuaian terutamanya dari aspek masa dan keadaan, penumpuan pelajar terhadap pembelajaran akan terganggu dan lebih buruk lagi akan menyebabkan keputusan mereka merosot. Kebanyakan pelajar-pelajar tidak panadai dalam membahagikan masa dan penumpuan dengan baik antara program-program kurikulum dan ko-kurikulum. Sudah pasti ada antara mereka yang akan lebih menumpukan terhadap aktiviti kelab dan terus mengabaikan pembelajaran

Selain itu, seperti yang kita semua tahu, setiap penubuhan kelab memerlukan banyak kerja dan komitmen yang besar amatlah ditagih untuk menjayakan objektif sesuatu kelab tersebut. Sekiranya pihak atasan atau pihak yang bertanggungjawab tidak menjalankan amanah yang diberi dengan baik dan tidak mengikut panduan yang telah ditetapkan, pelajar-pelajar akan diterapkan dengan input yang tidak betul dan tidak memberikan kesan yang positif kepada diri mereka. Sekiranya perkara ini terjadi, objektif penubuhan kelab ini tidak akan tercapai.

REFLEKSI

Refleksi

SPI BIL. 7/1999

Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah

Secara jujurnya saya amat merasakan penubuhan kelab pencegahan jenayah ini di setiap sekolah adalah bagus dan sepatutnya dilaksanakan. Seperti yang kita semua sedar, gejala sosial perlu diberi perhatian serius dan sewajarnya ditangani secara menyeluruh dan bersepadu oleh semua pihak. Lebih-lagi apabila kes jenayah ini mula melibatkankan murid sekolah dan didapati semakin meningkat.

Saya juga berpendapat denga penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah ini boleh memyampaikan mesej-mesej untuk meningkatkan kesedaran dan kepekaan murid terhadap jenis dan pola kelakuan jenayah. Saya rasa ini amat penting kerana pelajar akan berupaya menilai sesutu perkara itu adalah baik atau tidak hanyalah dengan kesedaran dalam diri dan ilmu yang diperoleh mengenai perkara tersebut. Tanpa kesedaran dan ilmu yang mencukupi, mereka tidak akan dapat menentukan atau membuat keputusan sama ada sesutu perkara itu patut atau tidak dilakukan. Selain itu juga, mereka dapat belajar dan mengetahui langkah-langkah untuk mengelak dan mencegahinya daripada berlaku.

Penubuhan kelab ini juga akan dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara sekolah dengan pihak polis dalam usaha membanteras perbuatan jenayah. Para pelajar juga akan memahami tugas polis dan lebih menghormati dan mereka selain belajar bagaiman untuk bekerjasama dengan pihak polis.

Akhir sekali, apabila melakukan tugasan ini, sebagai seorang bakal guru, saya dapat belajar kepentingan dan keperluan dalam menubuhkan sesutu kelab itu. Setelah kita menubuhkankan kelab pula, kita perlu berusaha untuk melaksanakan objektif dan tujuan penubuhan kelab agar usaha yang kita lakukan tidak sia-sia.

Sekian..

logoiptb

INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN

14000 MENGKUANG,

BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

SURAT PEKELILING IKHTISAS

PENUBUHAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

NAMA CALON : MUHAMMAD RIDZUAN BIN AZMI

NO.KAD PENGENALAN : 900209-08-5599

NAMA KUMPULAN : 1 PISMP PJ 2

NAMA PENSYARAH : EN.WAN KAMARUDIN B. WAN

HASSAN

EN MHD. FAKHRUDDIN B.

ABDULLAH

EN MAHAMAD ALI B. ABD

RAHMAN

TARIKH HANTAR : 9 MAC 2020

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI