MID NUFF

Kerja Kursus Tamadun Islam-TITAS

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN,

14000, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

SEMESTER 1

Tamadun Islam/Tamadun Agama Sedunia

NAMA : MUHAMMAD RIDZUAN BIN AZMI

NO. KAD PENGENALAN : 900209-085599

KUMPULAN : 3PISMP PJ/PI/PM 2

NAMA PENSYARAH : UST.SUBKI

TARIKH SERAHAN : 25 JULAI 2009

ISI KANDUNGAN

Kandungan Bilangan Perkara

PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya akhirnya dapat menyiapkan kerja kursus bagi Tamadun Islam ini. Jutaan terima kasih saya tujukan buat Ustaz Subki selaku pensyarah Tamadun Islam yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang penghasilan kerja kursus ini.

Terima kasih juga saya hadiahkan buat kedua ibu bapa saya, serta tutor yang telah banyak memberi dorongan kepada saya selama ini. Tidak lupa buat rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberikan kerjasama pada setiap masa.

Sekian, terima kasih.

Yang Teramat Menghargai,

----------------------------------

(MUHD.RIDZUAN B. AZMI)

1 PISMP PJ-PI-PM

PJ D’RUNNERS

Tajuk Tugasan

ISLAM HADHARI : 10 PRINSIP

KONSEP

Islam Hadhari bukanlah agama baru dan bukan ajaran baru. Islam Hadhari juga bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal.

PRINSIP ISLAM HADHARI

Prinsip-prinsip Islam Hadhari adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk memperkasakan umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.

ESEI :

10 PRINSIP ISLAM HADHARI

ISLAM HADHARI

Islam Hadhari bukanlah agama baru dan bukan ajaran baru. Islam Hadhari juga bukannya mazhab baru. Tetapi, Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Ia memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal.

Maka, prinsip-prinsip Islam Hadhari adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk memperkasakan umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.

Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sebagai teras utamanya. al-qur’an dan sunnah Rasulullah S.A.W sebagai teras pegangan dan rujukannya. Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan), syariah (perundangan), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang.

Orang islam mementingkan kerajaan yang dil dan beramanah. Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masing-masing. Kerajaan yang adil dan beramanah menekankan pentadbiran yang adil bagi semua rakyat. Maka, Urus tadbir yang berkesan, telus, amanah, ikhlas, tekun dan bertanggungjawab adalah dititik beratkan. dengan itu, kebajikan rakyat dapat terpelihara.

Selain itu, salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka. Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif boleh menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita.

Dalam usaha untuk memajukan negara, aspek ekonomi turut sama diberi keutamaan oleh Islam. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif memberikan satu pendekatan yang menggabungkan kepada usaha memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai dengan perkembangan ekonomi di dalam negara dan diperingkat antarabangsa.

Sebenarnya, Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian kehidupan masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan Islam menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material.

Di samping itu, orang Islam juga mementingkan pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita. Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu diberikan kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung dalam matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Oleh itu tidak boleh berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi undang-undang.

Satu daripada perinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian moral sebagai identiti negara tersebut. Dalam rangka meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani.

Malahannya, prinsip pemeliharaan alam semulajadi juga diberi tumpuan. Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii. Dalam proses pembangunan, manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengekploitasi alam tabii secara berlebihan dengan menggunakan sains dan teknologi. Natijahnya, keseimbangan alam semula jadi tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global, ribut taufan, hujan asid, pencemaran udara, air dan darat, kepupusan tanaman, habitat dan sebagainya semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan oleh aktiviti manusia.

Untuk mengatasi semua ini alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat.

Adalah menjadi pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya disamping berusaha untuk terus maju.

Akhir sekali merupakan prinsip ketahanan kekuatan. Islam Hadhari melihat pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi pembinaan ketahanan melalui modal insane iaitu kekuatan diri, fizikal dan spritual. Dengan itu, ia dapat menyemarakkan semangat patriotik dan cinta akan Negara. Adalah sangat pentingnya untuk memiliki sistem pertahanan terbaik dan disegani. Malah, pembangunan kekuatan pertahanan boleh berasaskan teknologi

Prinsip-prinsip Hadhari adalah seperti yang dinyatakan di atas. Secara kesimpulannya, jika kita mematuhi prinsip-prinsip yang dinyatakan, maka wujudlah pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam. Selain itu, ia turut memberi sumbangan dalam usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal.

REFLEKSI

REFLEKSI

Islam Hadhari merupakan satu pendekatan baru yang telah dibawa oleh mantan perdana menteri kita iaitu Tun Seri Abdullah Ahmad Badawi. Berdasarkan daripada konsep serta prinsip-prinsip yang ditonjolkan oleh Islam Hadhari ini membuatkan saya lebih teruja dan berminat untuk mendalaminya.

Sejak dari hari pertama saya diberi tajuk untuk mendalami tentang Islam Hadhari ini, saya tidak pernah rasa terbeban malahan saya merasa sangat gembira kerana tajuk yang diberikan pada saya ini dapat member manfaat yang banyak kepada diri saya. Islam hadhari ini bukanlah satu agama baru tetapi ianya adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam.

Islam hadhari ini tetap berada pada landasan Al-Quran dan sunnah, seperti yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam, cuma penekanan Islam Hadhari lebih kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Saya berasa sangat bersetuju dengan konsep ini kerana ianya sesuai dengan era globisasi kini yang sangat pesat serta menjurus kepada pembangunan. Namun, saya tetap merasakan jalan-jalan serta cara-cara Islam yang telah dibuat oleh Rasululullah tidak boleh kita abaikan dan hapuskan begitu sahaja. Walaupun Islam hadhari telah diperkenalkan, ini tidak bermakna kita perlu terus melupakannya dan mengatakannya salah atau tidak betul

Secara kesimpulannya, saya gembira kerana diberi tajuk ini dan sangat gembira kerana Berjaya menyudahkannya dengan baik. Saya berharap tugasan ini cukup untuk memuaskan hati semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Ridzuan Azmi

LAMPIRAN

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI